Selepas aku di uji allah dengan keguguran lalu, maka terpaksa aku melepaskan job tetap sebagai content writer di salah sebuah syarikat client. Ikutkan memang berat hendak melepaskan job tersebut. Bukan di buang, cuma aku mengundurkan diri dari menjadi salah seorang team mereka. Jadi, artikel ini aku nak kongsikan pengalaman menjadi content writer dan tip untuk jadi content writer. 


petua buat content jenis reels di Facebook, 6 ribu views dalam masa 3 hari : https://www.ehbelogaku.com/2022/08/reel-content-facebook.html

 

 

Ada juga yang memanggil content writer dengan nama lain iaitu Content Creator. Setelah diteliti, content creator juga bermaksud pencipta kandungan. Dan, biasanya digunakan untuk Youtube.


    Korang tahu tak, content writer tu apa tugasannya: 

 

     Buat pengetahuan korang, skop tugasan seorang content writer adalah menyediakan content bertulis. Selain daripada itu, seorang content writer juga perlu menyediakan copywriting, dan poster juga. Seperti aku sendiri, aku sediakan kesemuanya untuk client. 

 

Pengalaman menjadi Content Writer malaysia



    Memang agak rumit kerja sebagai content writer. Kena bikin poster, yang ni aku hanya tawarkan mini poster. Copywriting mesti kena pandai menulis dan seterusnya menulis content. Content yang di tulis oleh aku mengikut niche bisnes client. Content writer yang aku bekerja selama setahun lebih tu dalam niche automotif. Client pun menetap di Kuantan iaitu sama lokasi aku. Jadi, sesekali aku juga datang melawat ke lokasi client. Support bisnes mereka juga. 

 

 

Upah Content Writer  

 

    Masya allah tabarakallah. Aku di bayar sebanyak 4 angka sebulan  sebagai content writer. Sebelum menjadi content writer di sini, aku telah menjadi content writer di salah sebuah syarikat lain juga. Itu adalah job pertama aku sebagai penulis upahan sebenarnya. Disebabkan latar belakang ku pernah bekerja sebagai kerani sparepart, kerani jualan, claim sparepart dan berkaitan automotif ni jadinya pengalaman buat client jadi bertambah yakin untuk aku menulis content mereka. 
 
 
 

Pengalaman Lucu sebagai Content Writer 


    Client tidak percaya berurusan dengan aku pada mulanya. Ya lah, duduk dalam lokasi yang sama  tetapi masih berurusan  melalui whatsapp. Setelah beberapa minit berurusan melalui whatsapp dan panggilan telefon, client tidak bayar deposit secara online. Mungkin takut scammer. 
 
 
    Client datang ke rumahku, setelah lokasi di hantar serta membayar full payment secara tunai. Itulah pengalaman lucu bagi aku. Terkejut pun ya juga, ingatkan client acah sahaja.  Job sebagai content writer ni aku dapat semasa bulan ramadan PKP 1.0. Dan, suami pun terkejut tiba-tiba client datang ke rumah bayar duit sedebuk macam tu.  Aku sendiri pun takut sebenarnya, tetapi aku percaya ianya rezeki ramadan 27 ketika itu. Juga rezeki aku selama ini melaburkan duit memasuki kelas ghostwriter juga serta kelas penulisan lain. 



Reda suami 



    Sebenarnya suami tidak percaya akan kerja-kerja freelance ni semua. Aku pun blogger, income masa tu tak banyak. Sebab pasaran blogger nak semuanya wanita yang cantik-cantik belaka untuk dapatkan job. Berbeza dengan job sebagai content writer dan ghostwriter ni, sebab job ni kita menulis bagi pihak client. Idea kreatif di perlukan bagi seorang penulis dalam bidang freelance.
 
 
     Sebab sebelum ini pun aku dah banyak kali gagal dalam bisnes, dan modal suami semuanya. Oleh itu, suami tidak percaya. Tetapi kali ni, aku gigih usahakan guna modal sendiri untuk sertai pelbagai kelas penulisan dan marketing. Bila aku berjaya dapatkan job pertama tu, alhamdulillah. Suami pun reda, dia sokong aku sepenuhnya. 
 
 
 

Tiada job selama sebulan sebagai Ghostwriter / Content writer

 
 
    Berbalik kepada cerita aku dah undurkan diri sebagai content writer di syarikat tersebut ( ini client ke-2 sebagai content writer) .  Aku mengalami keguguran waktu itu, emosi sangat-sangat terganggu. Jadinya, aku kasihan kan client aku tu buat dia tertunggu. Jadinya, aku melepaskan job tersebut walaupun client sanggup menunggu. 
 
 
    Walaupun perit, selama sebulan tiada job aku terima waktu itu. Bukan tiada job masuk, ada whatsapp dari repeat client dan prospek banyak aku pass kepada rakan-rakan.  Semasa cuti tu, aku habiskan job tertunggak menulis content keagamaan pula. Namun, aku reda dan percaya rezeki lain ada allah nak berikan.
 
 
 
    Semasa aku ketiadaan job ni, aku tidak keseorangan. Ada rakan-rakan yang menyokong sewaktu aku bersedih, selain suami dan keluarga. Di sini, aku dapat  mengenal mana rakan serta lawan dan sebaliknya. Memang sedih sangat ketika ini. Aku tetap bangkit juga.. alhmadulillah, allah bersama aku. Aku reda akan hal yang lepas.

 
 
     Dan, memang betul aku dapat job menulis 90 artikel yang mudah. Slot menulis terpaksa ditutup di awal bulan. Masya allah tabarakallah! sungguh tidak sangka, kini aku menjadi content writer iaitu menulis artikel di website client pula. Buat pengetahuan korang, aku adalah full time dalam kerja-kerja freelance ( ghostwriter dan content writer )



    Pengalaman aku sebagai content writer tidak lah terlalu banyak, namun boleh di gunakan sebagai portfolio sebagai ghostwriter juga. Aku juga pernah menjadi content writer dalam kecantikan, bisnes makanan (restoran) , produk kesihatan , automotif , Insurans , Hibah , motivasi dan keagamaan. Selebihnya sebagai content writer menulis artikel dalam niche kecantikan, keagamaan, kekeluargaan dan automotif. 



Sebelum korang nak jadi content writer ni, perlu faham. Kerja content writer ni bukanlah mudah, sebab ia memerlukan otak kanan dan kiri perlu berhubung. Perlu berfikir untuk dapatkan idea kreatif untuk dijadikan content bukan kita tiru content orang lain untuk di jadikan content sendiri.


Menjadi content writer biarlah menulis yang baik sahaja. Kerana dengan penulisan boleh menarik kita ke syurga atau neraka juga. Jika penulisan ajak orang bergaduh, fitnah dan sebagainya, kita berdosa. 
 
 
 
 


 Buat mereka yang ingin menjadi content writer :


1. Mahirkan diri dalam penulisan 

 

Tidak kisah menulis dalam gaya penulisan berbentuk formal atau pun jenis santai. Sebab client ni pelbagai. Ada jenis sukakan penulisan santai, dan juga penulisan formal ( berbentuk bahasa buku )

Caranya, dengan banyakkan membaca buku-buku. Novel dan buku motivasi untuk kosa kata. Jadikan sebagai amalan membaca buku.


2. Copywriting 



Jadi content writer bukan sahaja pandai menulis content berbentuk seeding. Malahan copywriting pun mesti mahir menulis. Copywriting ialah ayat memujuk, mengayat atau ayat pukau pelanggan supaya membeli secara tanpa sedar. Ia adalah ayat iklan. Jadi, copywriting ini penting buat content writer untuk menguasai. 


 Baca : Copywriting dan Storytelling 

 

 

3. Poster 

 

Sekurang-kurangnya mahir bikin mini poster. Ya, setiap content memang perlukan mini poster. Ada caption beserta mini poster juga, sebab pembaca tengok gambar terlebih dahulu seterusnya baru membaca isi kandungan yang ingin di kupaskan.  


Mini poster, sila menggunakan apps yang berbayar jika ingin cantik. Sebab content writer pun di bayar, jadi jangan kedekut pula ambil yang free. 


Apps di smartphone : Canva, pilih berbayar secara bulanan atau apps lain untuk editing poster.


4. Lain-lain cara untuk menjadi content writer


Grafik jika korang mempunyai kemahiran lebih. Boleh tawarkan kepada client, dan caj akan menjadi lebih mahal. 


Jangan lupa juga, content writer juga sila mantapkan diri dengan ilmu kemahiran penulisan lain. Sebagai contoh menulis storytelling juga. Storytelling tu pun sebahagian copywriting juga sebenarnya tau. Cuma yang berbeza ianya jenis penceritaan. Ada plot tersendiri. 

 

5. Content writer yang sebenar


 Dah nama pun content writer, diri sendiri pun mesti mempunyai content tersendiri. Iaitu di platform social media korang seperti facebook, twitter, blog dan LinkedIn.  


Aku percaya, dengan adanya content barulah prospek sudi melamar kita dengan job menulis sebagai content writer.  Jadi, cuba gambarkan yang korang tu seorang content writer juga. Bagaimana? aktifkan diri menulis di social media korang. 


Belajar di kelas Content Marketing dan Facebook Writing, terus ke sini > Kelas Content Marketing dan Facebook Writing


    Aku rasa cukup sahaja perkongsian sebahagian pengalaman yang setahun jagung ini, sebagai content writer serta tip menjadi content writer di platform social media. Content writer yang mana ia menulis artikel di laman website client. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang yang membaca. Dengan adanya pengalaman sebagai content writer ini juga dapat di jadikan portfolio sebagai content writer untuk client menilai hasil kerja freelance


Nak upah aku menulis content artikel, copywriting, ebook dan content di sosial media. Terus klik sini > SayaperlukanPenulis