Tips Buat anda yang sentiasa beralasan untuk bersenam!

   6 Cara Ingin Konsisten Bersenam  bunyi nya seakan sukar kan? Ingin konsisten bersenam memang sukar di lakukan oleh mereka yang tidak pernah bersenam. Tetapi, jika anda sudah biasa bersenam, anda boleh jadi konsisten bersenam setiap hari. Bersenam dengan gembira dan teruja setiap hari sewaktu melakukan. 


rajin bersenam





Dulu masa zaman hingusan, ketawa setiap kali buat senaman depan televisyen.


"Gedebak gedebuk.. bunyi tepuk lalat sepuluh kali. Lepas tu gelak sampai ke sudah.
Akhirnya, itu jerlah senaman paling ngeri di lakukan. Sampai umur awal 20-an masuk institut. Kaki cramp, terus tidak boleh bangun dalam orientasi. Memang memalukan, patutnya buat-buat pengsan je masa tu. Rentetan kejadian, 1 institut orang kenal, budak freshie yang 'kaki cramp'


    Selepas kejadian ngeri tu, insaf sekejap je. Habis belajar dah tak lakukan senaman lagi. Sampai  dah melahirkan anak-anak, seramai 4 orang. 


 

Baru rasa insaf dalam diri. Sebab pernah sakit macam-macam dahulu. Moga konsisten bersenam hendaknya. Nak hidup gaya sihat sebenarnya, banyak yang perlu di ubah selain bersenam juga


Ini 6 cara ingin konsisten bersenam:

 

1. Pilih senaman yang bersesuaian dengan diri. Jangan ikut orang lain.

 

Pilih senaman yang bersesuaian dengan umur, berat badan dan jantina anda. Permulaan memang rasa penat dan lenguh-lenguh badan, tetapi percaya lah keesokan harinya bersenam badan akan menjadi lebih ringan untuk melakukan senaman seterusnya.

2. Nikmati erti bersenam yang sebenar. 

Jangan paksa diri. Sakit, berhenti. Suka dan tidak membebankan sila teruskan. Aku buat 30 minit je sehari. 

 

Pilih senaman yang seronok sebagai contoh zumba. Ini aku lah, sebab sekali dengan muzik kan? jadinya semakin enjoy dengan senaman tu. Nak lakukan sejam pun boleh, sebab enjoy. Tidak stress. 


3. Langkah pertama untuk konsisten bersenam


Mulakan masa senaman yang pendek dahulu sebagai permulaan. Dah biasa, panjangkan waktu senaman anda. Mungkin sebagai permulaan 15 minit, bila sudah lama dan seronok cuba panjangkan masa bersenam antara 30 minit atau sejam.

 


4. Mindset untuk konsisten bersenam


    Tanamkan dalam diri, nak sihat. Bukan bersenam sebab nak kurus. Sebab kurus tidak boleh berhasil dalam sehari. 

 

Tanamkan dalam fikiran juga, nak bersenam bukan sebab nak pakai baju kebaya. Ini salah mindset! jika anda gagal kurus, pastinya mengundang kecewa. Seterusnya anda mengangkat bendera putih.


5. Jenis senaman memainkan peranan untuk konsisten bersenam 


   Ada banyak jenis senaman. Nak zumba ke, Tabata ke brisk walk, hiking atau paling berat sikit cuba zapin. Pun masih mengeluarkan peluh. 

 

6. Masa memainkan peranan untuk konsisten bersenam

 

Anda tentukan masa untuk bersenam. Pagi, petang atau malam?

Tiada kesalahan  dalam menentukan masa untuk bersenam sebenarnya. Bahkan anda lah yang menentukan masa untuk bersenam. Buat anda yang bekerja, pastikan mempunyai 'gap' selepas waktu pulang kerja. Sekurangnya sejam, ini kerana kita tidak mahu dengan melakukan paksaan keatas jantung. Bila jantung rasa terbeban, ia membolehkan darah  gagal mengepam jantung anda seterusnya boleh mati secara mengejut.


     

 

Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu. Dah bersenam, sila minum air masak yang banyak mengikut keperluan tubuh badan anda untuk elak dehidrasi. Boleh guna aplikasi di appstore , meminum air masak yang dapat bantu anda konsisten minum air masak setiap hari.

 

6 Cara konsisten bersenam ini di harapkan dapat membantu anda menjalani hidup sihat dan produktif.