Suami tidak marah ke jadi Penulis Upahan/ Ghost Writer |  Bila ada job menulis sebagai penulis upahan, ada pula gangguan. Ini bukan keluhan atau rungutan ya.  Biasa nya gangguan daripada Yusuf yang berumur hampir 2 tahun. Aku faham, budak besar tu perlukan perhatian lebih dari mak nya. Tetapi sejak akhir-akhir ini, memang tidak di nafikan lagi. Semakin menjadi, dan bila aku bercakap bertentang mata kami. Yusuf seperti faham apa yang aku sampaikan. Aku dah kenyangkan perut, mandikan serta tidurkannya sebelum aku memasuki ke ruang bilik menulis ku. 

 

 

suami-tidak-marah-jadi-penulis-upahan


    Sebagai penulis upahan, aku tidak boleh terus hanyut dengan masalah. Benda boleh settle kan? jadinya, aku bangun pagi seawal mungkin untuk elakkan gangguan daripada anak bongsuku itu. Pagi tu dalam lingkungan jam 3.30 pagi. Aku tidak terus menghadap laptop sebaik sahaja bangun. Pernah di sebutkan dalam ayat al-quran surah al-Qashash ayat 77:

 

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”

  Carilah pahala negeri akhirat dengan harta kekayaan yang di kurniakan Allah kepada kita, sebab kehidupan ini hanya sementara dan kehidupan akhirat itu yang kekal abadi. 


    Lantas aku mengerjakan solat sunat untuk ketenangan jiwa dan banyak meminta kepada allah. Masya-allah tabarakallah. Selepas solat dan mengaji Al-Quran, baru lah aku On kan Wifi serta membuka laptop. Kerja-kerja menulis sebagai penulis upahan, aku mulakan setelah selesai berjumpa dengan allah. Masa ini, baru lah terasa begitu banyak idea-idea kreatif muncul satu persatu. Segala idea yang muncul di mindaku, terus ku catat dalam buku nota secepat mungkin.Manakala, kerja rumah pula ku siapkan pada pagi hari sampai ke malam.


    Sebagai penulis upahan, dalam masa  sama merupakan suri rumah tangga sepenuh masa perlu bijak membahagikan masa. Jika tidak, kerja entah kemana serta tidak boleh fokus sepenuhnya. Aku sebagai penulis upahan, setahun menceburi dalam bidang ini baru lah dapat rentak yang betul. Iaitu aku menulis 2 kali sehari. Waktu sebelum subuh dan petang selepas zohor. Ini jika jadual kerja aku padat. Aku susun begini.



Suami Tidak Marah ke jadi Penulis Upahan?


    Pernah di tanya oleh prospek. "Suami tidak marah ke kerja macam ni?" Masya allah, tabarakallah. Suami menyokong 100% minatku dari kerja blogger lagi. Cuma sekarang, aku utamakan kerja sebagai penulis upahan. Sebab salah satunya, aku suka menulis untuk client. Suka sangat! kadang kala duduk sahaja, dapat idea untuk client. Jadi, mengapa tidak aku jualkan terus idea tersebut.

 

    Dan, mungkin suami ku juga berbisnes. Jadinya, faham dengan aktiviti bisnes bagaimana. Kepercayaan itu yang penting sebenarnya. Lagi pun, aku bekerja untuk membantu mak abah dan keluarga kecilku. Aku tidak suka duduk di rumah tanpa mempunyai pendapatan. 


Bahkan, jika ada client perlukan perjumpaan bersama. Suamiku temankan, dengan membawa anak-anak sekali. Ya allah, sesungguhnya semua client memahami. Bawa anak-anak, tetapi mereka pergi bersiar-siar dengan suami selepas menghantar ku dalam setiap perjumpaan. Apa pun, sebelum melakukan sesuatu pastikan dapat reda suami terlebih dahulu. Jika tidak, sukar dalam urusan mencari rezeki.

 

Jaga Iktilat sebagai Penulis Upahan

 

    Nampak macam mudah. Tetapi sebenarnya agak berat jika berurusan dengan client berlawanan jantina. Bagi ku, sangat mudah jika diizinkan. Pokok pakalnya, ia bermula dengan niat. Jika niat kita betul, demi mencari rezeki. Allah pasti mudahkan jalanku.

 

    Berbalik kepada menjaga ikhtilat, aku memang akan sediakan satu group bersama client bagi perbincangan.  Dalam tu juga ada sang isteri client. Jadinya, tiada lah isu yang akan timbul di belakang hari. Biasanya jika melibatkan proses kerja yang panjang seperti menulis manuskrip dan content writer. 

 

Masya allah, tabarakallah. Ini lah pekerjaan yang paling dekat dengan jiwa aku sebagai seorang suri rumah. Last aku bekerja pada tahun 2012 di bengkel kereta sebagai kerani sparepart, menguruskan bill, mencatat kerosakan kereta dan pelbagai lagi berkaitan masalah kereta. Dan, tahun 2013 sehingga 2018 berbisnes dengan tiada hala tuju akhirnya sia-sia. Tahun 2019 kembali bangkit dengan menjadi penulis blog dan seterusnya menyambung menulis sebagai penulis upahan.


    Bila reda dalam sesuatu perkara, allah pasti buka jalan rezeki kepada umatnya. Benar janji allah! hanya cepat atau lambat sahaja sebenarnya. Oh ya, berbalik kepada tajuk  Suami tidak marah ke jadi penulis upahan atau Ghost Writer. Untuk berikan kepercayaan kepada suami, sebagai seorang isteri mestilah buat bersungguh-sungguh. Dari sisi lain ialah tanpa bantuan modal, terutamanya dari sini suami akan mula percaya penuh kepada kita. Kelas-kelas berbayar semua menggunakan modal sendiri termasuk membeli laptop iaitu alatan utama sebagai penulis upahan.


    Jika ada yang bertanya, mengapa tidak belikan tab untuk jimatkan kos? buat pengetahuan korang, sebagai penulis upahan adalah tidak wajar memiliki tab bagi menyiapkan kerja-kerja menulis client. Begitu juga dengan ruangan menulis. Jika anda menulis di meja makan. Serius kah korang menulis? seakan tidak professional. Bahkan kelihatan korang tidak serius dalam bidang penulisan. Dari sini, korang akan di nilai untuk berikan korang job atau sebaliknya. Mungkin risau korang adalah scammer. Siapa tahu?


    Akhir sekali, menjadi penulis upahan ada proses nya. Tidak mudah dan tidak juga sukar. Apa pun, perlu dapatkan reda sang suami untuk bekerja walau pun dari rumah sahaja. Dan, jangan lupa, hasil menulis tadi kongsikan bersama keluarga. Jangan sesekali kedekut untuk di belanjakan kepada mereka yang berhak.