Bila anak-anak Berzikir nak Shopping Baju Sekolah!

    24 jam anak-anak aku asyik berzikir nak beli baju sekolah. Asal celik jer mata, tanya bila nak pergi membeli persiapan ke sekolah. Aku bukan apa, sibuk sikit bagaikan di rantai kaki tak boleh keluar rumah dek kesibukan ghostwriting job. Oleh sebab, memikirkan berdosanya aku tidak melayan anak-anak. Pagi Isnin terus aku menerjah ke Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd iaitu cawangan terdekat di Jalan Tun Ismail, Kuantan

 

beli-baju-sekolah-murah-hari-hari

 

 

    Sampainya di sana, anak sulung aku dah tahu bahagian mana yang nak di tuju pakaian sekolah. Terus dia ke tepi sudut. Tahun lepas pun kami shopping di Hari-hari juga. Hari-hari adalah tempat shopping pakaian sekolah yang aku suka pergi. Ini kerana Hari-hari adalah 'One stop Centre'. Semua kelengkapan sekolah  turut di jual di sini seperti  baju-baju sekolah rendah, menengah, baju pengawas, pengawas pusat sumber semua jenis. 


 Jony dan Jeny


    Antara jenama utama di Hari-hari adalah Jony dan Jeny. Kualiti pakaian setanding dengan harga yang di tawarkan. Aku memilih saiz 30 untuk baju anak sulungku yang darjah 4. Manakala, anak ke-2 yang darjah 1 memilih saiz 28. Untuk pakaian sekolah, aku suka beli yang besar daripada saiz badan asal anak-anak. Maklumlah, anak-anak akan cepat membesar. Nak jimat, kena beli yang bersaiz besar. 


    Bagi aku jenama ni bagus sebab mataerial kain dan baju tidak terlalu tebal serta mudah di basuh jika terdapat kotoran degil pada pakaian.


    

Kasut Hitam 

 

Paling anak-anak suka dengan kasut sekolah di Hari-hari. Kerana kasut ringan dan selesa di pakai. Rekaan kasutnya juga terkini. Aku sendiri tengok pun, berkenan dengan kasut  tu sebenarnya, dari jauh tengok terus terpikat. Terima kasih lah kepada Mantan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdahulu iaitu Dr Maslee Malik yang mengeluarkan arahan supaya menukarkan kepada kasut hitam untuk ke sekolah. Bila dengan kasut hitam, mudah lah sikit anak-anak. Tak nampak comot sama sekali dengan kasut tersebut.  

 

Satu ciri yang aku perasan kasut Jony dan Jeny ni, dia cepat kering apabila di basuh. Itu yang anak aku suka. 

 

 

Layanan Staff di Hari-hari

 

Dari segi layanan aku suka. Bagaikan raja di sambut baik oleh staff mereka, dan semasa pemilihan barang sekolah pun mereka yang bantu cari. Tambahan lagi, aku dengan anak kecil, jadi amat sukar untuk aku memilih kelengkapan sekolah, staff mereka yang banyak membantu aku. Memang di sini susunan  pakaian sangat teratur, mudah je nak cari jika ikutkan.


Hasil shopping di Hari-hari tersebut mereka dapatlah setiap seorang sepasang baju sekolah, kasut, stokin, dan beg sekolah.Malam tu, mereka tidur dengan nyenyak sekali. Puas hati barangan sekolah mereka sudah di beli. Dan, perangai budak-budak selagi tidak sekolah dan selagi itu lah mereka asyik keluarkan barangan mereka.

 

 

 One stop centre di Hari-hari

Ia berkonsepkan 'One Stop Centre'. Memudahkan kerja aku yang tak banyak masa di luar. Dengan anak yang ramai, sini memang sesuai. Settle sekali keluar je, lagi pun dengan musim Covid19 ni, memang wajar kurangkan pergerakan. 
 
 
 

Harga Murah dan mesra poket Bagi Rakyat di Pusat Pakaian Hari-hari

 

 
Pakaian sekolah rendah untuk anak aku, iaitu baju dan kain sekolah hanya RM 37.90 bagi saiz 30. Bagi aku dah betul murah! dengan material kain. Kasut Sepasang (lupa dah berapa harga) , sehelai tudung saiz L RM 14.90 , Beg sekolah, stokin  dan lain-lain. Budget persekolahan anak, aku belanjakan RM 150. Ini bermakna RM 300  wang yang dibelanjakan untuk 2 anak sekolah.
 
 
 
Beli-kelengkapan-sekolah-di-Hari-hari

 
 
 

Sekilas info mengenai Pusat Pakaian Hari-hari Sdn Bhd: 

 
 
Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd ni ada 90 cawangan di seluruh Malaysia. Boleh tengok senarai cawangan di: www.hari.com.my/locator untuk cari lokasi cawangan yang berdekatan anda.
 
 
Jika rasa takut dengan Omicron untuk keluar rumah, boleh terus beli secara online kat sini www.ehari.com
 
 
Sehingga 1 April ada kempen Back To School (BTS) yang menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk semua kelengkapan sekolah jika membuat belian secara online.
 
 
Di Shopee pun boleh beli tau. Cari je nama kedai harihari_ nanti jumpalah. Kat sini pun ada kempen BTS juga sehingga 1 April. 
 
 
Jangan lupa follow Hari Hari di Shopee dan juga page Pusat Pakaian Hari-Hari untuk info terkini.
 
Kadang-kadang ada jualan kejutan untuk item tertentu yang mana boleh dapat lebih diskaun pada masa terhad sahaja. Jangan lupa tuntut voucher penghantaran PERCUMA dari Shopee untuk belian RM15 keatas.
 
 
 Tuntut dengan Shopee tau.. jangan tuntut dengan Hari Hari pulak.
 
persiapan-persekolah-2022-hari-hari
anak-anak dengan muka gembira, bila barangan persekolahan berjaya di tunaikan

 
 
  Ikuti Media Social Pusat Pakaian Hari-hari Sdn Bhd :



            Instagram  : Hari-hari Official
 
 
 
    Akhir kata, selamat kembali ke sekolah anak-anak!  ibu bapa yang masih mencari kelengkapan sekolah, boleh terus dapatkan di Pusat Pakaian Hari-hari Sdn Bhd. Antara pasaraya yang menawarkan harga murah, mesra poket rakyat dan berkualiti. Paling penting ianya 'One Stop Centre.' Itu paling best, tak perlu banyak bergerak untuk dapatkan kelengkapan persekolahan anak-anak.



 
type='text/javascript'>