Antara berita yang di nanti-nantikan oleh ramai pasangan yang telah berkahwin, sama ada pengantin baru dan juga yang lama telah berkahwin iaitu menerima berita kehamilan. Keterujaan tetap ada bagi mereka, walau sudah mempunyai anak-anak sebelum ini. Apatah lagi pengantin baru atau mereka yang mempunyai pengalaman pertama, berganda lah keterujaan. Naluri seorang wanita, sudah pasti gembira menerima kehamilan baru. Apakah berbadan dua memiliki tanda-tanda kehamilan atau sebaliknya? teruskan bacaan anda mengenai tanda-tanda kehamilan yang patut anda dan pasangan ketahui sebelum ke klinik. 

 

 

 

upt, pregnancy test
Cara menggunakan UPT : Setelah period delay seminggu, sudah boleh check.

 

 

 

15 Tanda-tanda kehamilan yang patut anda dan pasangan ketahui sebelum pergi ke Klinik :

 

1. Period tidak ada

 

Period tidak kunjung tiba pada tarikh sepatutnya. Bulan sebelumnya, period anda setiap bulan tidak pernah terlepas, tapi kali ini sudah lewat. Mungkin lewat 7 hari, 14 hari dan seterusnya. Boleh beli terus UPT di farmasi dan watson atau guardian. 


Tanda lain sebelum kehamilan muncul ialah bulan pertama period cantik, bulan ke-2 akan sedikit lambat dan bulan ke-3 pasti naik 2 line upt. Ini antara tanda yang jelas sebelum anda di sahkan hamil.

 

2. Perut sakit

 

Di sebabkan period tidak datang pada tarikh sepatutnya, maka perut anda akan merasa sakit. Kembung dan berangin. 

 

3. Nipple Sakit

 

Nipple breast akan berasa sakit apabila tersentuh atau berlaga dengan pakaian. Jika ibu yang menyusukan badan, nipple akan sensitif. Tidak selesa semasa penyusuan berlaku. 

 

4.  Sakit Kepala


Kepala akan sakit, bukan pening kepala. Seolah kepala ingin meletup. Adakala dinding seakan bergoyang.


5. Mengidam


Sesetengah wanita akan merasa ingin makan setiap masa. Rasa keinginan untuk makan itu semakin menjadi-jadi. Asyik terliur sahaja dengan pelbagai makanan. Mengidam makanan masin, masam, manis dan mahu makan benda yang pahit.


6. Loya tekak 


Akan merasa loya ketika menggosok gigi pada awal pagi. Ada yang loya waktu petang dan malam juga.


7. Merasa letih dan lesu


Tubuh badan akan merasa lesu setiap masa. Asyik mengantuk sudah semestinya. Perlukan banyak berehat ketika ini.


8. Membuang Air kecil


Segelintir wanita akan kerap membuang air kecil. Dan urin akan kelihatan sedikit keruh ( kemungkinan urin kotor ). 

 

9. Kuku

 

Kuku akan cepat panjang, ini berdasarkan pengalaman aku yang terdahulu. 

 

10. Perut buncit

 

Sesetengah wanita, perutnya akan sedikit buncit. Walau tidak ketara kelihatan, tetapi perutnya akan sakit jika memakai seluar yang ketat. 


11. Suka makanan Masam


Tanda-tanda kehamilan seterusnya ialah suka makanan masam. Bukan semua wanita mempunyai tanda ini, hanya segelintir sahaja. Tekak wanita yang hamil akan terasa payau dan pahit jadinya mereka perlukan makanan yang masam-masam. Ada yang makan masam mahu elakkan merasa loya. 


12. Tidak Berselera Makan


Walau bagaimanapun, ada juga wanita yang mempunyai tanda-tanda kehamilan ini akan hilang selera makan. Terutamanya nasi. Jadi  tukar kepada roti, biskut, dan bijirin berkhasiat bagi tenaga untuk tubuh badan anda.


13. Tubuh badan Berangin


Badan akan sentiasa sendawa, kentut dan sakit kepala sepanjang masa sewaktu dalam tempoh kehamilan. 


14. Deria bau sensitif


Deria bau akan menjadi lebih sensitif. Ini adalah tanda-tanda kehamilan yang jarang di miliki oleh wanita hamil. Jadi, hidung anda akan cepat menangkap bau-bau di sekeliling sama ada bau busuk dan wangi. Ada yang tidak boleh bau badan suami sendiri pun ada. Dan bau wangi pun, ada juga wanita hamil yang tidak sukakan.

 

15. Kekejangan otot

 

Kemungkinan akan berlaku kekejangan otot pada subuh atau di tengah malam. Ini kerana, tubuh badan kekurangan kalsium. Boleh juga tidur dengan memaki stoking dan tidur beralaskan badan di kaki. 

 

 

                             Artikel lain : Keguguran di usia 5 Minggu kandungan

 

 

    Kemunculan tanda-tanda kehamilan ini, bukan semuanya anda dan pasangan ketahui. Adakala ia hadir tanpa sebarang tanda. Sedar tak sedar, naik double line UPT tersebut. Siapa sangka kan? kuasa allah. Ada juga yang period setiap bulan pun boleh mengandung dengan kuasa allah. Sedar-sedar sudah 5 bulan usia kandungan. Semoga dengan kehadiran 15 tanda-tanda kehamilan yang patut anda dan pasangan ketahui,  sebelum ke klinik. Dan segera dapatkan nasihat daripada doktor perbidanan. Tahniah di ucapkan buat anda yang hamil.