Aku lebih suka search apa sahaja di carian google untuk maklumat tambahan sebagai bahan rujukan. Dan aku juga suka sangat buat carian melalui google untuk membeli sebarang produk dan makanan. Jadi, kenapa bisnes perlukan website? maka, terjumpalah website yang betul -betul menjawab segala pertanyaan aku. Bagi aku, website ni penting buat mereka yang berbisnes. Tak kisah bisnes apa sekali pun, tapi website ni wajib ada. 

 

 

kenapa-bisnes-perlu-website-jenis

 

               Korang pula macam mana? sama juga yer macam aku? nak beli perfume, beli makanan berpantang, pakaian dan nak hantar kereta ke bengkel pun aku cari di google.  Rajin buat carian dan terjumpa lah website bisnes pelbagai. Pendapat aku, zaman sekarang ini lah antara zaman penting nya memiliki sebuah website. Dan, tersangat rugi jika kalian yang bisnes tetapi tidak ada website.

 

 

 Mengapa Pemilik bisnes Perlu memiliki Website

 

Kerana dengan memiliki website, prospek boleh menyemak latar belakang bisnes sebelum menggunakan servis dan produk. Sama ada di percayai atau dan adakah ianya berkredibiliti.  

 

 

Website penting untuk Peniaga ‘Online’

 

1.  Media Sosial yang Tidak Menentu

 

Dikatakan situasi sekarang dengan platfrom media sosial tidak menentu.

 Sebagai contoh : Facebook sudah beberapa kali menukar pelbagai polisinya oleh Mark Zukerberg, iaitu selaku founder nya. Adakah anda masih lagi selesa begitu? bagaimana pula, jika suatu hari media social yang  anda focus tu tiba-tiba di hack oleh scammer dan hilang begitu sahaja. Tak takut ke? penat-penat kumpul followers dan hilang begitu sahaja. Lebih serius, media social tersebut dah tidak wujud lagi? errrr

 

 

2.  Pelanggan Berkualiti boleh di cipta hanya melalui website

 

Anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa apabila memiliki website. Tetapi juga dapat memiliki pelanggan yang berkualiti iaitu serius untuk membeli dan menggunakan servis anda. Jadi, close deal pun lebih cepat setelah prospek memasuki website anda. Segala maklumat yang di perlukan prospek ada dalam website anda.

 

 

3.  Menaikkan Kredibiliti sebagai Individu Berbisnes

 

Secara tidak langsung, dengan memiliki website juga menampakkan anda serius dalam berbisnes. Bisnes anda akan kelihatan professional di mata prospek. Di sini juga, ia mampu menaikkan kredibiliti anda sebagai pemilik bisnes.

 

Dalam website anda juga boleh masukkan pencapaian, endorsement daripada pihak tertentu, aktiviti bisnes, gambar staff dan pejabat. Cara ini dapat menguatkan lagi keyakinan terhadap prospek untuk menggunakan brand anda.

 

 

4. Profile Syarikat

 

               Website anda juga boleh di masukkan maklumat syarikat seperti nama syarikat, staff terlibat, pengalaman dalam industri anda dan sebagainya. Cara ini amat bagus untuk prospek mengenali anda sekaligus sebelum menggunakan servis dan produk.

 

5.  Connect ke platform-platform lain

 

Apa yang bagus apabila memiliki website untuk bisnes adalah, anda boleh bawa pelanggan yang datangnya dari website terus ke media social yang lain pula. Cara ini juga boleh meningkatkan kepercayaan kepada pelawat atau followers dengan  brand anda.

 

 

Kelebihan Website  kepada perniagaan Offline ( Perniagaan jenis Servis )

 

 

               Aku rasa part ni ramai sangat usahawan di luar sana yang terlepas pandang. Terutamanya mereka yang memiliki perniagaan seperti  kedai runcit, Butik Pakaian, Restoran, Bengkel kereta, Kedai Gunting Rambut dan Spa atau pendek kata perniagaan yang jenis servis. Mereka tidak langsung memikirkan memiliki website dan hanya bergantung kepada media social seperti Facebook dan TikTok sahaja.

 

               Sebenarnya, prospek paling suka melayari internet bagi mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan seperti yang aku buat. Iaitu melalui  carian di Google. Nah! Prospek jumpa kedai kau, dan bukannya kedai pesaing. Bukan ke seronok macam tu?

 

 

1. Marketing Cara Bijak

 

Website pun salah satu kerja marketing yang bersifat kekal, dan bukan macam facebook, Instagram, TikTok yang perlukan kos lagi untuk setiap kali buat iklan.

 

 

2.  Di luar kotak

 

Apabila mempunyai kedai fizikal, sebagai usahawan perlu berfikir di luar kotak. Memiliki sebuah website sebagai kedai online anda amatlah penting. Ia bertujuan menarik lebih ramai prospek datang ke kedai fizikal.


Sebagai contoh, masukkan artikel yang bersesuaian dengan niche bisnes anda.

 

 

3. Bisnes Mudah di jumpai

 

Maklumat lengkap kedai fizikal anda turut boleh di masukkan ke dalam website. Jadi, prospek yang datang boleh jadi dari kawasan setempat dan mereka yang bercuti di kawasan sekitar.

 

4.  24 Jam Tanpa Henti


Bisnes 24 jam tanpa henti. Bisnes anda beroperasi,  jika memiliki website. Dari sini, anda sudah dapat menjimatkan dari segi masa dan pekerja. Dah tak perlu lagi staff menjawab segala pertanyaan, sebab maklumat semuanya dari website.


 

Cadangan aku, buat mereka yang memiliki perniagaan wajib memiliki sebuah website. Berikut merupakan golongan yang memerlukan website.

 

Jenis Bisnes yang Perlukan Website

 

 

Jenis-jenis  Perniagaan Offline atau Bisnes Servis ( Kedai Fizikal )

 

Interior Design, Butik Pakaian, Butik Kasut, Kedai runcit, Kedai Gunting Rambut, Bengkel kereta, Bengkel Motor, Kedai makan, Kedai kek dan roti, Aksesori kereta, Syarikat Kontraktor, Cleaning Service, Pusat Dobi, Agent Insuran, Agent Hartanah, Pusat Latihan Memandu, Syarikat Keselamatan dan lain-lain.

 

Jenis-jenis Perniagaan Online

 

Freelancer ( penulis, pelukis, designer, fotographer,  dan lain-lain ) Agent affiliate, Agent produk, founder produk, Bisnes MLM, dan bisnes  secara atas talian ( online )

 

 

Bisnes anda akan lebih maju daripada pesaing , jika mempunyai sebuah website. Belum memiliki website? Jom belajar buat website. 

 

Maklmumat lanjut terus klik > Kelas Bina Website

 

Atau

 

anda sibuk dengan bisnes???

 

jangan risau.

 

Anda focus je bisnes tu. Boleh je  menggunakan servis bina website daripada olienetsolution

 

 


    Pendek kata, mempunyai website adalah satu back-up kepada individu yang menjalankan bisnes. Walaupun zaman sekarang, zaman media sosial. Website wajib di miliki oleh individu berbisnes kerana ia satu-satunya cara branding kepada bisnes anda.



Post a Comment