Rambut kerinting dan kembang, boleh menyebabkan individu yang memilikinya patah semangat dan kurang berkeyakinan untuk bergaya di khalayak ramai. Bukan setakat dewasa, malahan kanak-kanak turut mempunyai kecenderungan tersebut.

 

 

luruskan-rambut-kerinting
Kanak-kanak rambut kerinting dan kembang cantik sebenarnya

 


Diejek berambut keriting kembang


Apabila mengingati momen tersebut, aku adalah salah seorang yang memiliki rambut kerinting dan kembang. Teringat sewaktu kecil, aku digelakkan dengan abang sulung. Dia cakap, rambut aku macam sarang tebuan! apa lagi aku ni, menangis lah. Modal bergaduh je abang sulung jadikan rambut aku sebagai bahan usikan. Sedih sangat.

 

Kadang-kadang, aku berasa pelik, kenapa aku je berambut kerinting. Kakak dan adik-adik semuanya berambut lurus mewarisi baka abah. Hanya aku seorang mengikuti mak, berambut kerinting dan kembang.

 

Cara meluruskan rambut kembang

 

Paling lucu, aku sentiasa basahkan rambut supaya tidak kering bertukar jadi kembang dan kerinting. 


Asal jer kering rambut, aku dengan berlari pantas pergi ke tandas untuk basahkan rambut. Bila diingatkan kembali, macam bodoh jerlah. Membazirkan air di rumah. Dah lah rumah aku menggunakan pam elektrik. Menggunakan air telaga rumah tok saudaraku. 


Tapi tulah, sikap kanak-kanak kan? mana tahu kelakuan ni cerdik atau tidak. Aku rasa, itulah cara bodoh aku meluruskan rambut kembang.


Usia menginjak ke remaja, aku sedikit demi sedikit dapat menerima bahawa aku memiliki rambut kerinting dan kembang.

 

Cara luruskan rambut kerinting


Sewaktu aku berumur 20 an, sempatlah aku merasa rambut rebonding. Ini lah cara luruskan rambut kerinting yang berkesan. Dengan usia 24 tahun, mana lah mampu nak pergi ke spa. Gaji kerani pada tahun 2006, berjumlah RM 500. Mana lah cukup untuk hidup ketika itu.


Rezeki sebab ex-boyfriend yang sponsor buat rambut. Kos rebonding masa tu, RM 600 termasuk vitamin rambut.


 Jadi, sempatlah merasa rambut lurus paras pinggang. Rambut kerinting, apabila diluruskan memang panjang. Walhal masa tu, rambut aku melebihi bawah paras bahu sahaja. Seolah magik pula. Haha.

 

Bagaimana cara merawat rambut yang kembang


Tidak dinafikan, di usia 35 tahun. Aku berkeinginan untuk meluruskan rambut. Ketika itu di fasa pandemik ke-2. 


Bayangkan, orang ikat perut tapi aku membazirkan duit. Mujurlah menggunakan hasil titik peluh sendiri sebagai penulis upahan, jadi suami tidak boleh bising. Nak cantikkan diri, jadi tidak boleh nak tanya suami. Sebab sikap seorang suami dia akan kata isteri dia cantik dah, tapi sebaliknya ( sebab nak suruh berjimat ). Semua lelaki sama tau!


Seingat aku, beberapa hari sebelum ramadan menjengah pada tahun 2021. Jadi, aku bawa lah anak-anak ke spa rambut. 


Alhamdulillah, settle 3 orang anak sekali menggunting rambut. Memang lama masa diambil untuk meluruskan rambut ( rebonding ) 3 jam jika tidak silap. 


Mujur suami bekerja sewaktu aku pergi ke spa rambut di balok. Kos meluruskan rambut kembang dan kerinting ni sebanyak RM 450, termasuk steam rambut. Rambut sudah dipendekkan menjadi paras bahu. Jika tidak dipotong, mungkin akan jadi lebih mahal kos rebonding.

 

Cara merawat rambut kembang


Disebabkan aku sayang rambut, dah hampir 2 tahun aku memiliki rambut lurus. Jadi aku merawat rambut, dengan menggunakan minyak rambut. 

Sapu minyak 

Caranya adalah sapu pada rambut setiap kali selepas mandi.


Sikat rambut selepas mandi


 Aku akan menyikat rambut 3 kali sehari dan menyapu minyak rambut zaitun. Ya, hasilnya rambut aku kekal lurus.


 Sepatutnya, tempoh rebonding sudah tamat tempoh kan? biasa cukup setahun, dah mengembang dan kerinting kembali.


Penggunaan jenis sikat


Sebaiknya, bagi pemilik rambut kerinting menggunakan sikat yang lembut dan mempunyai gigi sikat yang tumpul bukan tajam.



Anak perempuan sulung, Sara dia mewarisi aku yang mana mempunyai ciri rambut kerinting dan kembang. Menangis jugda dia kesedihan dengan perbezaan dia dan adik-adiknya. 


Sempat aku pujuk dia, mengatakan bahawa orang lain berlumba-lumba nak kerinting kan rambut. Macam customer yang di spa aku pergi tu. Makcik tu beria nak kerinting kan rambut. Jadi, anak aku tidak pernah lagi sedih dek cerita di spa.


"Sara patutnya beruntung tau! makcik kat spa tu sanggup berhabis RM 300 semata-mata nak kerinting kan rambut. Tapi Sara? Allah bagi PERCUMA jer."


Ayat yang aku gunakan bagi memujuk Sara. Selepas ayat ini, Sara sudah jadi berkeyakinan dengan rambut kerinting ikal. Ikutkan dahulu, lagi berkerinting halus. Selepas beberapa kali dipotong, rambut Sara menjadi ikal.

 

Justeru itu, jangan pernah sesekali berasa sedih dengan ciptaan allah. Terima dengan reda. 


Aku masih setia dengan cara meluruskan rambut kembang dan kerinting menggunakan minyak rambut sehingga kini dan tidak akan melakukan proses rebonding lagi. Kerana ada keburukan disebaliknya selain kehabisan duit dan kerosakan rambut.

 

 

 Facebook: Nor Azlina Mohd Ali