Testimoni ebook pelanggan, adalah satu cara untuk penulis mendapat kepercayaan terhadap prospek yang mahu di pitching.  Client perlukan testimoni ebook , jika mahu meneruskan projek menulis bersama penulis. Ya, tindakan yang tepat sebagai seorang prospek. Aku pun macam tu juga, risau jika tersilap pilih penulis untuk menulis ebook.

 

Fakta penulisan ebook yang anda patut tahu!

 

Sebenarnya, idea ebook pelanggan ini sudah lama tersimpan di dalam folder draf. Pada awalnya, tahun 2021 aku mahu terbitkan sebuah artikel bagi siaran di blog personal ehbelogaku. Entah bagaimana, keinginan  mahu terbitkan tiada. Asyik tertangguh dan terlupa kerana sibuk menguruskan hal-hal penulis upahan yang lain.

 

 

Testimoni client ebook

 

Pada bulan June 2022, servis penulisan ebook aku disunting oleh pelanggan. Kebetulan sangat, niche yang pelanggan mahukan itu adalah idea yang aku telah mengarang dan telah siap. Masya allah, rezeki allah sudah tertulis, maka jadilah ebook ringkas dengan 40 halaman. Masa ni, hanya allah sahaja yang tahu. Berbaloi aku 'brainstorm idea' dan perap selama 1 tahun.

 

 

Oleh sebab, ebook tersebut lebih kepada jenis panduan. Jadinya, aku perlu membuat sedikit infografik dan juga design mudah. Alhamdulillah, selama 1 bulan proses menyiapkan ebook tersebut.

 

 

 

testimoni ebook

 

 

 

Antara proses buat ebook

 

 

1. Menulis dan membuat kajian keatas tajuk ebook

 

Sebelum menulis sebuah ebook,  penulis membuat kajian mendalam terlebih dahulu mengenai tajuk serta isi kandungan ebook tersebut.  Setelah itu, melakukan proses penulisan sehingga siap.

 

2. Pruf dan editing

 

Setelah siap menulis, akan melalui proses pruf dimana  tatabahasa dan struktur ayat akan diperbaiki bagi menjadikan penulisan tersebut sedap dibaca dan lancar.

 

3. Layout

Reka letak susunan di dalam ebook. Jika tidak, susunan ebook akan kelihatan berserabut dan sakit mata memandang kerana tidak disusun dengan format ebook.

 

4. Cover ebook

 

Reka kulit ebook. Ia wajib ada bagi sebuah ebook.

 

Kesimpulannya, mengupah penulis bagi menulis ebook sangat suatu kemestian. Kerana penulis yang berpengalaman mengendalikannya, pastinya faham jenis ebook yang bakal ditulis mengikut niche bisnes anda.

 

Aku sebagai penulis ebook, berpengalaman menulis beberapa ebook client sejak tahun 2020. Antaranya adalah niche perniagaan, psikologi pekerja, kecantikan, kerjaya, kecantikan dan juga ebook kesihatan. Yang paling terbaharu, client meminta aku menulis ebook bagi jualan di ebay.

 

 

 

Buat anda yang mahu terbitkan ebook, boleh mengupah aku di sini > wasap.my/60189107161/SayanabuatEBOOK



Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

Post a Comment