Bonding time antara suami dan anak-anak tanpa isteri. Kali ini, rezeki saya tiada untuk keluar bersama mereka untuk pergi menonton wayang bersama. Ditakdirkan sakit perut, jadi saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan dengan ikut sama.

 

 

Bonding-time- suami

 

 

Masa saya 

 

 Anak sulung sahaja menemani saya di rumah.  Sara yang temankan,  sewaktu ketiadaan 3 orang anak yang lain. Katanya Sara lagi, dia takut mama pengsan sewaktu ketiadaan yang lain dirumah. Allahuakbar! terharu  rasanya, apabila anak fikirkan begitu sekali terhadap saya. 

 

Ikutkan, saya tidak lah sakit yang serius. Hanya sakit perut sahaja, gastrik datang menyerang. Dek kerana saya termakan makanan yang pedas malam tadi. 

 

 

'Me time' tanpa anak-anak 

 

Sujud syukur saya ni ha! selain 'me time' pergi ke spa. Ketiadaan anak-anak dirumah buat seketika waktu, rezeki  bagi saya. Yang mana, selama ini anak-anak akan bergaduh sahaja di rumah menganggu saya untuk menyiapkan  ghostwriting job. 



Uruskan template Blog 


Nak dijadikan cerita, sudah 2 hari saya menukar template blog ini. Pada hari Ahad, setelah bertanya rakan-rakan. Akhirnya saya membuat pilihan dengan membeli template daripada Soora Template. 


Sebelum ini pun pernah membeli template daripada seseorang, 5 template. Sejak template itu bermasalah. Tahun 2022 baru nak bertindak. 




Dapat Ghostwriting Job


Terlebih dahulu, saya ucapkan rasa syukur kepada allah. Kerana allah temukan prospek ini kepada saya. Prospek ini mahu saya menyiarkan Press Release di siaran blog personal ini.


Namun begitu, disebabkan mempunyai masalah pageview merudum. Jadi, saya tolak dengan baik prospek tadi. Dan mencadangkan bahawa menggunakan rakan bloggers daripada KBBA, sebagai ganti.

 

Prospek juga berkata berkenan dengan penulisan,  Press Release gaya santai yang ditulis sebelum ini oleh saya.  

Press Release bukan sahaja ditulis dengan formal, tetapi ada juga klien yang berminat untuk saya tulis dalam gaya santai. Sebelum ini saya menulis Press Release SEO, bagi siaran di website klien.



Yerlah, prospek dah lihat portfolio saya sebelum ini. Serta memberi kata putus, mahu atau tidak saya perlu cadangkan sahaja rakan-rakan blogger sahaja. 

 

 

Pengalaman menukar Template blog sendiri

 

Dek kerana masalah pageview merudum, saya nekad untuk menukar template dengan sendirinya. Allah maha baik! Allah berikan waktu terluang saya bagi membaiki template  di blog. 


Sebelum ini, saya hanya mengupah sahaja rakan blogger. Namun berbeza kali ini, sendiri yang uruskan. Saya bermain coding sendiri. Buat research terhadap masalah yang dihadapi. Jika ketiadaan waktu, memang sukar mahu fokus.Tambahan lagi saya banyak menerima ghostwriting job ketika itu, berbeza kali ini. Awak jadikan saya lapang. 



Selama 6 jam duduk dihadapan laptop, mengurusakan template blog sahaja. Saya cuti memasak, hanya fokus kepada laptop sahaja. Maklumlah, bukan bidang saya. Tetapi saya mahu mencubanya. Dulu, sewaktu saya belum mahir menulis artikel SEO pun begini juga.


Allah lapangkan masa saya, jadi boleh lah lakukan research. Juga memakan masa selama berjam lamanya. Sehingga saya tidak memasak ketika itu. Haha.. mujurlah dapat suami memahami. Makan order online sahaja.

 

Masih belum siap sepenuhnya, menguruskan blog wordpress. Saya perlu compress pula coding tersebut. Untuk masalah tersebut, saya hanya lakukan research untuk jalan penyelesaian.

 

 Perbualan saya bersama suami :

 


"Abang, tadi macam mana bawak anak-anak tengok wayang. Seronok?"


"Okay je." balas suamiku pendek. 


"Yusuf takde mengamuk? bergaduh dengan Furqan?" 


"Behave sangat. Takde gaduh apa. Tidur pun takde dalam panggung." 


"Biar betul?" aku cuba merapati suamiku lagi. 


"See the leg lah. Ayah mithali katakan."


"Perasan nak mampus. Hikhikhik" Sambil aku bermonolog sendirian, dan bunyi ketawaku sedikit kedengaran. 


"Abang, kalau saya ikut tadi. Mesti saya jadi pelari pecut. Yusuf suka sangat main lari-lari dengan saya, menyelit celah kain baju dalam kedai pakaian." 


"Err, kalau macam tu. Abang jer lah bawa anak-anak keluar. Sebab anak behave sangat tu. Saya boleh duduk rumah, siapkan kerja-kerja rumah dan Ghostwriting job."


Jelingan mata suami, memberi jawapan kepadaku. 


 

Baru dia tahu kot, macam mana handle anak tanpa isteri..



Kesimpulannya, allah aturkan masa yang terbaik untuk saya menguruskan template blog sendiri. Bukan itu sahaja, hari yang sama juga saya menukar template wordpress blog saya yang satu lagi iaitu niche digital marketing. Selain itu, hari terbaik suami dan anak-anak bonding time bersama tanpa isteri disisi.