Cabut gigi geraham bawah kiri, menjadikan artikel tersebut menjadi tanda tanya oleh pembaca di blog saya. Artikel tersebut, menceritakan bahawa saya telah mencabut gigi geraham sebanyak 2 batang. Dek kerana waktu saya bersama anak-anak 24 jam sebagai suri rumah, maka saya ambil peluang terus mencabut 2 batang gigi pada masa yang sama. 

 

 

cabut-gigi-geraham-bawah-kiri
Pertanyaan pembaca di blog artikel sebelumnya

 

Imbas kembali pengalaman cabut gigi geraham bawah kiri

 

Bila diingatkan kembali, ternyata pengalaman cabut gigi bawah kiri menyeramkan. Tetapi apakan daya, harus dicabut juga. Agak menakutkan, sehingga suami datang mengetuk pintu bilik 'surgery' kerana berjam lamanya tidak juga siap proses mencabut. 

 

Pada masa itu, popular dengan cerita menantu anak menteri yang meninggal sewaktu mencabut gigi geraham. Lagi lah bertambah takut suamiku.

 

Gigi  geraham saya bukan sahaja berlubang. Tetapi meninggalkan rasa sakit, sebaik meminum air masak. Bayangkan tahap kritikal sudah gigi tersebut. Katanya doktor di Klinik Kesihatan, jika sakit macam saya dah boleh cabut, sebab ia kategori kritikal. Cuma, tidak boleh bengkak sahaja.

 

Namun begitu, saya tidak pergi ke klinik kesihatan tersebut memandangkan PKP fasa ke-2 ketika itu. Ada SOP yang ketat. Hanya klinik swasta sahaja yang menerima kes saya ketika itu. 

 

Cerita penuh boleh dibaca : Proses cabut gigi geraham. 

 

 

 

 Kesan cabut gigi geraham 

 

Menjawab kepada persoalan pembaca, kesan dari mencabut gigi. Antara kesan yang saya terima selepas mencabutnya ialah :

 

1. Proses pulih menjadi lambat. Bukan kerana saya mempunyai penyakit kencing manis, tetapi ada sebab lain. Saya pun terlupa apa pantang saya telah langgar. Hahah. Sebab cerita ini sudah 4 tahun berlalu.

 

2. Kesan mencabut  jangka panjang. Struktur gigi telah lari dari kedudukan asalnya. Ini adalah kerana, saya tidak memasang gigi palsu yang baharu. Fikiran saya jauh ke hadapan, risau bila mati esok lusa. Seksa jasad saya nanti, sebab kena korek gigi yang ditanam. Hahaha. Apalah yang merepek saya ni kan?

Kalian jika mahu buat gigi, terserah. Ikut sahaja nasihat doktor ya! 

 

3. Kesan seterusnya pula. Bila tiada gigi yang dicabut, susah lah juga nak makan. Bukan tidak boleh mengacip makanan. Tetapi, setiap makanan keras mesti akan tercucuk di bahagian tapak yang kosong itu. 

 

4. Geraham bawah saya hampir ke belakang, iaitu kedudukan  nombor 2 dan gigi depan. Setakat senyum tu, masih tidak menampakkan 'rongak' ( ketiadaan gigi ). Hahahahaha. 

 

Kalian jika risau bab ni, sila buat gigi baharu selepas cabut ok. 

 

Secara kesimpulannya, kalian sebagai tuan badan. Bertanya lah kepada doktor gigi yang bertauliah. Jangan sesekali ikut orang lain. Sebab kedudukan gigi kalian dan saya tidak sama. Jadi, tidak terpakai sebagai rujukan. Sekadar bacaan ringan bolehlah. Terima kasih kepada pembaca Fatiquin yang sudi meninggalkan jejak di komen. Apa pun, semoga allah permudahkan urusan awak dan pembaca lain yang mempunyai masalah nak cabut gigi geraham bawah.