Terapi saya adalah kedai buku selain menulis bagi pihak pelanggan. Cliche ke tak ni? tapi itulah cerita ikhlas daripada lubuk hati suci ini. Apabila dapat masuk ke sini, memang berjam juga. Selain itu, duit pun boleh berhabis beratus  di kedai buku sahaja. Inilah cara bahagia sendiri yang mungkin berbeza daripada orang sekeliling.

 

bahagia-cara-sendiri
 

Apa salahnya, jika buat pelaburan dengan membeli buku-buku ni semua. Lagi pun, bukan kepentingan peribadi. 3 orang anak pun turut angkut sama. Jadi, nak masuk ke sini memang kena beberapa bulan sekali je. Hahaha. Tangan ni memang nak membeli banyak novel bila melangkah masuk sini. Belum lagi jika projek penulisan masuk, kena 2 kali ganda membeli sebagai rujukan maklumat. 

 

Kami keluar rumah selepas asar, kononnya nak pergi ke Cowboy sahaja. Selepas keluar dari membeli belah disana, sempat lagi berbisik kepada suami.

 


"abang, jom pergi ke kedai buku.Nak?" ujar saya sebaik sahaja beberapa langkah, bergerak dari kaunter bayaran.


"Boleh. Tapi kita berhenti solat di rumah makcik dulu. Kemudian, sambung beli buku." Nada tegas dari suamiku. 

"Yeyyyyyyy! memang tak sabar nak beli buku ni abang. Anak-anak pun sama juga." Spontan kedua belah tangan  saya menguli pipi tembam suami. 

"Ish, ape ni. Malu lah orang tengok." Merah padam muka suami ketika ini. 

Sementara itu, anak sulungku Sara dan Soffea  sudah mula tersenyum. Sejurus melihat 'drama' mama dan abah. 

 

 Selepas ke Cowboy, suami singgah ke kedai makan untuk mengisi perut bagi makan malam kami. Dalam kedai makan, tepat azan berkumandang. Selepas siap makan, kami menuju ke rumah makcik suami, iaitu ibu saudaranya yang terletak di Bukit Sekilau bagi mengerjakan solat Maghrib disana. Lokasinya tidak berapa jauh dari pusat bandar Kuantan. 

 

Bahagia cara sendiri dengan memiliki koleksi buku 

 

Sebahagian buku yang saya letakkan diatas meja menulis. Hanya senaskah  sahaja berbahasa Inggeris. Iaitu 'The Lost art Closing' daripada Anthony Iannarino. Bacaan ringan sahaja. 

 

Bahagia-cara-sendiri


(rujuk gambar ) Ini adalah koleksi buku-buku perniagaan yang saya suka baca. Dengan membaca buku dari niche bisnes, menjadikan diri saya  lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk meneruskan kerjaya sebagai penulis upahan. 

 

Saya percaya,  membaca buku-buku sangat memberi inspirasi kepada penulis. Ia seperti 'booster' untuk saya ke hadapan. Tambah lagi, memang wajar sebagai penulis perlukan ilmu. Selain itu, dengan membaca buku menjadikan penulisan lebih tersusun. Serta penggunaan kosa kata dalam penulisan menjadi lebih baik.

 

Rasa puas hati apabila dapat memiliki buku-buku yang diidamkan selama ini. Hasil duit dari menulis, selain saya laburkan untuk seminar, buku juga tidak ketinggalan. Itu lah nilai yang saya tawarkan kepada klien.

 

Jarang sekali saya mahu tunjukkan koleksi buku di media sosial, terutamanya di Facebook. Bukan lah saya tidak memiliki sebarang buku apa pun, bagi saya tidak seronok pula nak tunjuk.

 

Terpaling bahagia apabila melihat buku sendiri terselit di rak kedai buku Popular

 
"mamaaaa. Jerit Sara sebaik dia melihat tersusun buku-buku di rak. Tapi yang dia excited adalah buku saya sekitar tahun 2021 yang saya pegang tu. 



"Cepat ambil gambar kat sini, mama. Kakak rasa sebak pun ada ni" Arah Sara lagi.



"Okaylah." Saya pun secara spontan, tersenyum puas bersama naskah buku yang ditulis ketika menyertai antologi buku ini. 



Akhirnya, saya jumpa juga buku ini di rak buku di Kuantan. Masya Allah. Tabarakallah. Alhamdulillah, perasaan itu lain apabila melihat buku berada di rak kedai Popular. Terus rasa berhasrat mahu terbitkan kisah percintaan kami sebagai novel. 

 

Sedikit pesanan saya, buat rakan penulis yang ingin mengambil job menulis manuskrip. Sekurang-kurangnya ada memiliki senaskah buku karya tulisan sendiri. Sama ada buku solo atau pun secara antologi ( menulis bersama penulis lain ). 

Selain itu, rakan penulis juga dinasihatkan mempunyai asas penulisan bagi menyediakan manuskrip tersebut. Serta ianya program berbayar. 

Buku yang  dipegang oleh saya, kisah hidup berada di halaman 119 yang bertajuk 'Permata dalam Lumpur'.  Saya harap cerita tersebut membuka minda pembaca dengan situasi sekarang.

 

Sendiri perlukan koleksi buku nota untuk catatan 

 

Apabila menjadi penulis upahan, saya laburkan sedikit duit hasil menulis kepada bahan menulis. Sebagai contoh buku dan pen untuk menulis. Ya, walaupun dunia sudah maju. Tetapi buku dan pen sangat penting bagi saya untuk mencatat pelbagai idea dan ghostwriting job. 

 

Paling murah, buku nota saya beli yang berharga RM 20 kebawah. Suka jenis yang ada ring ( spriral wire book ). Pendapat peribadi saya ianya cantik dan sangat memberi inspirasi ketika menulis. 

 

Pernah ditegur oleh suami, kenapa beli yang mahal? sedangkan buku latihan budak ada yang bawah seringgit. Jawapan saya, perempuan dan lelaki tidak sama pemikiran. 

 

Perempuan nak yang cantik. Bukan sekadar menulis sahaja, malah perlu diulang bacanya. Jadi, sudah tentu perlukan buku nota yang cantik. 

 

Selain itu, buku nota ini juga saya asingkan setiap jenis. Ada untuk tulis sumpahan pen dan kertas bagi pembangunan diri. Juga untuk jurnal harian. Buku untuk menulis ghostwriting job dan buku skrip untuk idea bank konten media sosial saya sendiri.

 

 Serta seminar berbayar yang saya sertai, turut dicatat ke dalam buku nota supaya ilmu mudah serap di minda. Untuk tahu mengenai dunia penulisan, terus ke Ghostwriter Malaysia

 

Begini lah bahagia cara sendiri sebagai SEO Ghostwriter Malaysia. Selain mendapat duit hasil menulis bagi pihak pelanggan, saya juga suka habiskan duit dengan pelaburan yang baik demi kerjaya sendiri. 

 

Tidak suka melabur, bagaimana mahu menjadi penulis yang baik di mata klien. Bukankah mahu jadi penulis yang berjaya mesti sukakan pelaburan dari segi duit dan masa? saya juga percaya, apa yang kita berikan ( usaha ) akan mendapat sebaiknya sebagai balasan.



bahagia-cara-sendiri
Saya bersama buku antologi : Lelaki Himpunan Setia



Ikuti saya di Facebook : Nor Azlina Mohd Ali