Konten media sosial : Konten ditulis mengikut bajet klien

Konten media sosial adalah satu bentuk isi kandungan yang disediakan oleh content writer. Konten mungkin berbentuk penulisan dan video. Ianya boleh disiarkan di mana-mana platform media sosial seperti di Facebook, Instagram, Youtube, TikTok, website dan blog. Dalam artikel ini, saya mahu ceritakan lagi mengenai pengalaman sebagai penyedia isi kandungan di media sosial.


Baru-baru ini, ada klien yang mengupah saya untuk menulis kapsyen ( caption ) bagi page bisnes mereka. Tugasan begini, bukan dibayar secara bulanan oleh klien. Tetapi bayaran mengikut projek klien ( base on project ).  Klien mahukan saya menulis kapsyen, bukan itu sahaja. Malahan meminta saya membuat poster yang perlu masukkan logo bisnes beliau dan font tulisan mengikut warna branding.

 

 

konten-media-sosial
Kapsyen yang ditulis oleh saya beserta poster bergambar yang diberikan.
 
 
 

Pernah bekerjasama dengan klien syarikat 'advertising'

 

Bermula penghujung tahun 2021, saya bekerjasama dengan syarikat advertising yang berada di lokasi Johor Bahru. Saya menjadi penulis upahan iaitu menyediakan content media sosial. 

Apa yang menyeronokkan saya, apabila bekerjasama begini. Saya diminta oleh klien menyediakan pelbagai jenis content buat klien mereka. Klien yang terdiri dari pelbagai jenis bisnes. 

Meliputi bisnes yang mempunyai kedai fizikal. Iaitu bisnes yang tawarkan servis seperti kedai makan, restoran, kedai dobi pakaian, pasaraya, bengkel kereta, kilang dan perindustrian. 

 

Sebelum saya diterima sebagai penulis konten

 

Biasalah sebelum prospek mahu menggunakan servis penulisan ini ada syarat mereka tersendiri. Terutamanya perlu tunjukkan CV, Resume atau Portfolio yang mengatakan bahawa saya ini memang seorang penulis upahan yang boleh dipercayai. 

Bukan itu sahaja, ada maklumat tambahan lain juga mereka mahu tengok sebagai bukti. Iaitu contoh penulisan daripada klien yang terdahulu. 

Bahagian ini, saya tidak boleh tunjukkan sepenuhnya kepada prospek. Ianya adalah privasi lalu klien saya. Jadi, hanya sebahagian isi kandungan sahaja yang saya tunjukkan sebagai bukti.

 

Titik tolak bermula sebagai penyedia konten media sosial

Dari cerita diatas saya mengambil upah untuk menulis content media sosial klien. Servis macam ni, saya tak perlu jaga page klien.

 Tetapi hanya bekalkan isi kandungan media sosial kepada klien, yang membezanya ialah klien sendiri akan siarkan bahan penulisan dan poster di page bisnes mereka. 

Ini adalah kerana, klien sendiri sudah ada penulisnya atau memang tidak mempunyai bajet bulanan sediakan penulis secara tetap di page mereka.  Jadi, penyedia konten media sosial lah yang sesuai untuk menyediakan isi kandungan klien.

 

Contoh konten idea, dalam niche kecantikan ( beauty ) yang saya berikan dalam video ini. Kalian boleh gunakan ia, olah menjadi konten kalian sama ada di media sosial facebook, Instagram dan Website.





 

Jenis Konten media sosial yang disediakan :

 

Konten media sosial SEO

 

Yang saya sediakan adalah dalam format SEO, iaitu Search Engine Optimzation, yang mana saya perlu lakukan kajian keatas kata kunci mengenai sesuatu tajuk isi kandungan yang mahu ditulis. 

 

Kapsyen media sosial beserta gambar poster

 

Ada klien meminta saya menulis di page mereka. Tetapi tugasan ini bukan dibayar secara bulanan. 

Bayaran yang diterima adalah 'Base on Project' klien. Iaitu mengikut projek semasa yang klien terima.

Sebagai contoh, saya dibayar oleh klien yang mahukan saya menulis kapsyen berbentuk status testimoni pelanggan. 

Klien meminta saya menulis kapsyen beserta gambar poster. 

 

Hanya masukkan beberapa gambar projek dan jadikan status di page dengan sedikit olahan ayat. 

 


Selain itu, beliau juga meminta saya menulis 5 artikel di website mengikut strategi bisnesnya.
Pakej bajet begini termasuklah 5 kapsyen di page Facebook klien dan 5 artikel SEO bagi siaran di website.


Kesimpulannya:

Klien saya terdiri daripada pelbagai jenis bisnes. Antara yang menjadi masalah bagi mereka, adalah ketiadaan masa untuk menulis kapsyen di page mereka.


Selain dari itu, ada juga klien yang takut untuk menulis. Bukan takut apa, risau apa yang ditulis berlainan dari kefahaman ayat yang mahu disampaikan kepada audiens. Tambahan lagi, tugasan klien hanya mencari jualan bagi bisnesnya. Kapsyen ialah ayat yang ditulis dibawah poster untuk menceritakan perkara atau aktiviti di dalam gambar tersebut.

 

 

 Bisnes kalian tiada sebarang update di page facebook? dengan kerja-kerja terkini. Mari saya bantu kalian. Tak perlu bayar bulanan, tetapi bayaran mengikut projek semasa sahaja. 


Harga bagi servis yang klien saya ambil adalah ; pakej 5 artikel SEO dan 5 kapsyen media sosial berjumlah RM 600.  Namun, jika kalian mempunyai bajet tersendiri, saya akan sesuaikan mengikut keperluan pemasaran bisnes kalian.




Terus whatsapp saya ke sini > wasap.my/60189107161/contentmediasosial




 

 

type='text/javascript'>