Sebenarnya, Kelas Basic SEO ( Search Engine Optimization ) langsung tiada dalam perancangan saya sebagai panjangkan lagi branding saya selaku Penulis Upahan atau Ghostwriter. Mereka nak sangat belajar SEO sebagai pemula. Oleh sebab, ramai rakan-rakan penulis yang minta saya ajarkan mengenai SEO untuk artikel. Mahu atau tidak, terpaksa saya lakukan. Berbekalkan ilmu dan pengalaman selama menguruskan artikel-artikel klien di website. Maka, terbina lah Kelas Basic SEO secara personal coaching.

 

 

belajar SEO pemula

 

 

Tiada pengalaman Setup

 

Jika diikutkan, saya memang tiada pengalaman lakukan kelas secara LIVE secara 2 hala bersama pelajar. Setup Google Meet pun tidak tahu, jika perancangan awal kelas saya tu mengajar secara whatsapp sahaja tau. 

 

Oleh sebab, macam sukar. Terpaksa lah saya pecahkan ketakutan tersebut. Konsep cuba jaya setting Google Meet. Haha. Kelakar sangat! dalam masa 20 minit, Allah bantu mudahkan urusan saya. Maka, Kelas Basic SEO secara LIVE di Google Meet! syukur sangat! masya allah, tabarakallah. Sungguh! 


Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 54 yang bermaksud: “Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.” Itulah yang berlaku.

 

 

 Pelajar saya ni, excited punya pasal. Sebelum puasa lagi, beliau sudah lakukan pembayaran deposit untuk tempahan slot kelas. Maklumlah, Kelas Basic SEO ini adalah sampingan sahaja saya uruskan. Maknanya, saya tidak buka setiap minggu kelas. Saya tidak utamakan berapa bilangan pelajar dalam sebulan. Tambahan lagi, saya pun masih aktif menjadi penulis upahan atau SEO Ghostwriter Malaysia


Cuma saya hadkan kelas. Hanya hujung minggu sahaja, saya buka kelas. Isnin hingga Jumaat saya fokus kepada ghostwriting job. 



Pengalaman mengajar 


Masya allah, tabarakallah. Sangat seronok sebenarnya ajar ilmu kepada pelajar. Manakan tidaknya, semua ilmu yang saya ada terus curahkan kepada pelajar secara online. Apa yang saya lakukan kepada artikel-artikel klien, begitu juga lah saya ajarkan kepada pelajar.


Jadi, sesuai dengan harga kelas RM 199. Kelas Basic SEO jer, sebab di kalangan saya adalah rakan penulis yang tiada ilmu mengenai SEO. Kelas diadakan 2 hari. 



Kalut nak belajar sebelum raya : Nak belajar SEO penulis pemula


Masya allah, tabarakallah. Sungguh! kuasa allah. Saya ingat nak berehat selepas mengajar kan? tapi lain pula jadinya.


Baru sahaja saya naikkan status kelas di media sosial Facebook, Tiktok dan LinkedIn. Masya allah, tabarakallah. Jam 5 petang sudah ada yang whatsapp kata nak tahu lebih lanjut mengenai kelas yang saya buat di Google Meet. Terus penulis ayat jualan ( copywriter ) ni berminat. Sebenarnya, slot pelajar saya ni jam 10 pagi. Tetapi, disebabkan kelewatan. Slot pelajar ini tengah hari. Sudah ada yang memotong membuat pembayaran Kelas Basic Seo.


Kemudian, datang pula seorang penulis. Saya memang kenal beliau! katanya tidak mahu belajar selepas raya. Saya pun terkejut! susun jadual, kelas beliau seawal 8 pagi. Nah! 


Sungguh! saya terkejut. Begini sekali rezeki yang allah berikan. Tidak sangka sambutan diluar jangkaan. Sebab sebelum ini sudah lebih 5 orang yang bertanyakan mengenai kelas, semuanya tidak jadi. Yer lah, masa itu saya beritahu kelas secara whatsapp sahaja. 



Dalam Kelas Basic SEO, semuanya terdapat 21 slide untuk dibincangkan bersama. Praktikal terus dilakukan depan laptop masing-masing. Kiranya, kelas saya ni secara teori dan praktikal. Kelas saya banyak kepada case study daripada klien-klien artikel saya. Alhamdulillah, feedback pelajar yang mengikuti kelasa saya.

 

 

Perkara lucu sewaktu dalam kelas

 

Diakhir kelas, boleh pula pelajar saya berseloroh mengatakan bahawa muka saya ni mempunyai iras YB Izzah. Entah lah, tapi saya memang dah lali. Memang ramai yang cakap begitu. Cuma apa yang saya nak beritahu, jauh tau dari panggang api. Kulit saya macam mamak sikit tau. Tidak sama~ bukan chineese look. 



Baiklah, jika kalian nak tahu maklumat mengenai Kelas Basic SEO, dapatkan maklumat jelas mengenai personal coaching daripada saya. Nak belajar SEO sebagai penulis artikel pemula? inilah kelasnya.