Artikel ini akan menjawab kenapa blog aku susah dapat job sponsored post, guest post, article writing dan kenapa susah sangat nak tingkatkan DA blog? dulu saya pun sama, susah lah juga blog saya nak capai Domain Authority seperti rakan-rakan blogger. Domain Authority ni boleh disifatkan sebagai penanda aras blog atau website. Bila DA blog ini mencapai lebih dari 20, bagi saya dah bagus. 


Jika DA dengan angka 30 keatas, lagi bertambah cemerlang blog tersebut. Ini pendapat saya sendiri sahaja. Sewaktu aktif sebagai blogger, saya tidak pedulikan langsung perkara ini. Tetapi sebenarnya bagus untuk SEO. Saya kongsikan panduan untuk tingkatkan Domain Authority ( DA ) blog dengan cepat. 



tingkatkan-DA-Blog-dengan-cepat





Iri hati membuahkan hasil


Seingat saya dulu, perasaan iri hati dengan rakan-rakan yang mana sering mendapat tawaran daripada klien luar negara. Klien luar negara biasanya berminat untuk meletakkan Guest Post article, Link Placement, sponsored post dan writing article di blog penulis. Tujuan mereka adalah mahu naikkan ranking website mereka di carian Google. 


Pernah saya rasa sedih teramat, iri pun bergabung pada masa itu. Sehinggalah saya mencari jalan untuk dapatkan juga seperti apa yang rakan-rakan perolehi. Tetapi masih tidak jumpa. Patah hati, dan berfikir pendapatan dalam bidang tersebut sukar. Sehingga lah saya bertukar profession dari Blogger ke Ghostwriter. Masa ni, saya menulis untuk berkongsi ilmu pengetahuan sahaja di ruangan blog. 


Allah gantikan segala usaha dengan tawaran daripada klien luar negara. 


Hari berganti minggu dan bulan berganti tahun. Di tahun 2023, saya baru perasan mengapa ramai klien yang menghantar permintaan kepada saya untuk sponsored post, article writing di blog, Guest Post article SEO, Siaran Media berbayar tetapi luar negara, dan Link Placement baru-baru ini . Rupa-rupanya, DA blog saya sudah mencecah kepada 26. Checking rank domain .  Masya allah, tabarakallah. Saya sangat bersyukur kepada allah. Jika Allah tidak gerakkan saya, rasanya mesti DA saya masih dengan angka 18 statik. Menangis saya~ haha. 



Apa yang saya buat untuk naikkan DA Blog :


1. Seeding keyword


Walaupun saya menulis kisah kehidupan dalam blog. Tetap saya seeding keyword terlebih dahulu untuk best SEO. Tapi, kalau kalian tidak mahir pun, tidak mengapa. Boleh je menulis artikel peribadi seperti biasa. Yang bezanya, artikel kalian tulis tu nanti tiada dalam keyword carian sahaja. 



2. Banyak artikel 


Perbanyakkan artikel di blog. Itu apa yang saya buat sehingga DA blog mampu mencecah 26. 


3. Artikel berkualiti


Ya, selain artikel di blog kita banyak. Menulis artikel berkualiti pun perlu sebenarnya. Boleh jadi, ia syarat utama untuk tarik prospek ( belum jadi klien lagi ) .


Nak hasilkan artikel berkualiti, pastikan kalian menulis artikel mengikut kaedah 5w 1H. ( What, who, when, why, where, dan How ) Jadi, artikel kalian takkan mengarut. Saja cakap macam ni, sebab saya pun pernah begini satu masa dahulu. Sedih gila~


Bagi menghasilkan artikel berkualiti. Sila pastikan artikel tersebut mempunyai pengenalan, isi-isi, dan kesimpulan kepada artikel tersebut. Teknik ini pun betul untuk tingkatkan DA blog.



4. Aktif


Selain blog mempunyai artikel yang banyak dan berkualiti, blog juga perlu aktif. Sebagai penulis, mesti kena rajin. Kata mahukan 'job' kan? dah tu blog tiada update. Macam mana prospek nak offer job kepada kalian.


Kalian dah laburkan duit bayar domain, mesti lah kena usaha lebih untuk dapatkan job kat sini. Hehe. Mesti cari duit semula untuk pulangan bayaran domain tu.


Blog aktif, tidak semestinya perlu update setiap hari. Cukup 10 artikel sebulan pun boleh. Setiap artikel ditulis sekurangnya pendek 800 patah perkataan. Dan jika melebihi 1000 patah perkataan pun bagus. Boleh lah menandingi artikel-artikel yang ada di SERP ( Search Engine Result Page ) .


5. Niche


Ada yang cakap, tetapkan 1 niche sahaja untuk blog peribadi kan? entah lah. Jika kalian nak buat begitu, teruskan. 

Tetapi apa yang saya pasti, niche saya sudah bercampur. Dengan izin Allah, ada juga klien luar negara tawarkan sponsored post, article writing, Guest Post dan Link Placement di ruangan blog saya walaupun blog saya ni membosankan. Asyik bercerita tentang Ghostwriter sepanjang masa. Kahkah. 


6. Broken link

Yang ini semua penulis blog tahu. Buang broken link jika ada. Ini pun punca DA tidak naik, sebab ia menganggu SEO blog. Cara tersebut, kalian boleh pergi ke Free Broken Link checker . Website ini membantu jejak error di blog, jika ada link yang sudah mati dan sebagainya. 



7. Terima Guest Post


Cara lain mahu tingkatkan DA blog dengan cepat adalah dengan menerima mana-mana permintaan prospek untuk meletakkan guest post, article writing, link placement, dan sponsored post. 


Sebagai contoh : Pada permulaan saya menerima sahaja permintaan daripada klien luar negara. Asalkan bayaran tidak membebankan saya untuk transfer dari Paypal ke akaun bank milik sendiri. Kemudian, lama kelamaan, dengan cara tersebut. Klien membayar saya mengikut DA semasa saya. 



Contoh dibawah, biasanya klien tumpang letak artikel milik dia sendiri ke blog personal saya.

Maksudnya, artikel tersebut tak pernah disiarkan di mana-mana blog atau website lagi. Blog saya adalah yang pertama. Ia dipanggil Guest Post artikel. Dalam isi kandungan artikel tersebut, juga mempunyai link yang membawa ke website klien.


Dalam dan luar negara, saya terima je klien. Asalkan ianya bukan artikel yang berunsurkan politik, seksual, lgbt, kasino dan forex.







Dalam gambar di bawah. Prospek berminat meletakkan link di dalam artikel blog personal yang saya hasilkan. Link tersebut ialah artikel daripada klien ( pihak ke-2) syarikat tersebut.

Prospek berminat dengan artikel mata rabun yang ditulis oleh saya sendiri pada tahun 2018. Sebelum ini, sudah ada klien lain juga meletakkan link nya di dalam artikel yang sama.

Lain-lain :

Prospek mungkin boleh datangnya kedai cermin mata dan produk mata/ kesihatan.
P/S : Artikel yang ditulis saya adalah search intent kepada masalah tersebut. 

Jadi, pihak ke-2 berminat mahu meletakkan artikel daripada website mereka ke artikel milik saya.


Naikkan-DA-blog
klien daripada agensi berminat untuk link placement




Sebelum ini pun, ada juga klien yang mahu artikel lama yang ditulis oleh saya untuk review produk. Ehehe. Sebab ada 'matching'. Maka, berlaku lah jualan antara saya klien pihak pertama dan ke-2.


Dalam kelas Basic SEO pun, saya ada sentuh berkenaan topik ini.



Kesimpulannya: 


Dengan 7 Panduan untuk tingkatkan  DA Blog dengan cepat telah saya kongsikan.  Saya berharap kalian menggunakan study case ini dengan segera. Selain itu, panduan diatas juga dapat menaikkan personal branding kalian di blog jika konsisten update blog, blog aktif, serta DA pun tinggi. Kredibiliti kalian sebagai penulis blog pun meningkat. Itu lah prospek dalam dan luar negara nampak potensi blog kalian. 


tingkatkan-DA-blog-cepat





Jika  sesiapa yang berminat untuk letakkan sponsored post, link placement, article writing ( saya menulis sendiri )  dan guest post di blog saya. Terus emel ke sini >   norazlina181@gmail.com


Anything for guest post, sponsored post, link placement and article writing. Hit me at email : norazlina181@gmail.com