Staycation di Erya by Suria Hot Spring, Janda Baik. Ini kali kedua kami sekeluarga berehat dengan suasana kehijauan. Masya allah, ingatkan kami sudah tidak jejakkan kaki lagi di sini. Tahu-tahu sahaja, sudah check in pada hari Ahad dan Isnin iaitu cuti Agong. Tambahan lagi,  kebetulan stress pula mahu siapkan ghostwriting job. Mana tidaknya, saya perlu membaca english journal yang diberikan oleh klien sebagai rujukan artikel SEO. Ya, kali ini kerja mencabar. Ok, kita teruskan dengan artikel percutian ya. 



staycation-janda-baik
Muka gembira dapat tenangkan fikiran 



Oleh kerana, suami dan saya stress dengan kerja. Kemudian, cuti sekolah pun hampir berakhir. Rasa macam lama tidak pergi bercuti, terakhir di Kulai. Maka, sepakat untuk staycation di Janda Baik dengan suasana kehijauan. Sebenarnya mahu bercuti di mana-mana homestay di dalam perkampungan sahaja kerana mahu menikmati alam semulajadi. Namun, apa yang kami mahukan semuanya tiada. Maklumlah, last minit punya plan. Memang tiada lah kekosongan homestay. 


Erya by Suria Hot Spring 

Akhirnya, Erya by Suria Hot Spring, di Janda Baik menjadi pilihan. Suami mahukan bilik yang ada jakuzi. Tetapi, bilik tersebut dalam maintanence. Katanya staf di situ kerana banjir. Alhamdulillah, sujud syukur bilik belakang itu dalam maintenance. 

Bilik tersebut menghadap pemandangan hutan. Pernah lah ketika tidur, terasa meremang. Rupanya bantal yang saya peluk tu, mungkin ada yang 'empunya'. Terus saya campaknya ke lantai waktu tengah malam. Hahaha. Kemudian, suami mengutipnya untuk gunakan. 


Tingkat 3

Alhamdulillah, sujud syukur kali ini. Kami dapat bilik dengan pemandangan swimming pool. Menginap di tingkat 3. Masya allah, tabarakallah. Saya dapat tidur nyenyak. Begitu juga dengan anak sulung. Kami berdua ni special sedikit. Pergi ke mana-mana tempat mesti tidak boleh tidur dan dengar pelbagai bunyi. Tetapi malam itu di Erya by Suria, Hot Spring. Tiada bunyi yang menganggu kami di bilik 301. 


staycation-janda-baik




Bilik 301 

Bilik kami ini betul-betul berdekatan lift. Keluar lift, belok kiri terus temui bilik 301. Nampak macam kecil je biliknya dari luaran. Tetapi tidak di dalam, boleh anak-anak berlari juga. Cuma ruangan solat tu perlu solat berseorangan. Kami pilih bilik keluarga, dengan mempunyai 3  single bed. Kami tiba di EryaBySuria tepat jam 4 petang. 


staycation-janda-baik
Save sini, nanti kalau mahu datang lagi ke pilih bilik 301



Berbeza dengan bilik yang mempunyai jakuzi tu. Lagi besar, dan landed. Tapi itulah, dah bilik besar anak-anak jadi takut. 


Ciri keselamatan bagus. Menggunakan kad akses, saya kira moden juga. Sebab pada pintu bilik selepas diakses ada terpapar nombor bilik. 


Syukur sangat, bila katil boleh dicantumkan. Makanya, jadi lah besar. Sebelum pulang, kami susun semula katil tersebut seperti biasa. 


Pemandangan 

Dari bilik kami, melalui tingkap  dapat melihat pemandangan pool dari kejauhan. Sedikit pemandangan hutan, dan Cafe di bawah. 

Dengan pemandangan begini, sedikit sebanyak dapat menenangkan fikiran kami. Syukur! staycation paling bermakna kami buat kali ke-2 di Janda Baik.


staycation-janda-baik
View pool dari atas je mampu. Excited sangat sampai tidak bawa telefon turun sewaktu mandi-manda



Makanan 

Makan malam tidak termasuk harga RM 292 yang kami ambil melalui Agoda. Hanya breakfast sahaja. Makanan di sini boleh lah untuk breakfast, tidak mempunyai banyak pilihan.

Antaranya Mee Goreng, Nasi Goreng, Mee sup, roti bakar, sosej, telur hancur,  dan pencuci mulut ialah buah tembikai dan tembikai susu. Aneka air terdiri dari Teh, kopi, fresh oren dan air suam. Mee Goreng sedap di sini. 


Di sini, jika mahu makan malam. Sebaiknya, kalian pergi keluar makan di sebelah  petang. Ini kerana jarak resort ke restoran atau kedai makan adalah sekitar 10 batu. Kami pergi ke restoran Sri Tanjung. Restoran ini ada menyediakan ikan bakar dan masakan panas.


Ya, memang betul jauh. Dan, sesiapa mempunyai penglihatan terhad pada waktu malam tidak digalakkan keluar. Suasana betul-betul perkampungan serta di sepanjang jalan keluar tidak berlampu  kiri dan kanan bahu jalan. 


Tetapi, jika sudah melepasi. Jalan ok dah. Kami kali ini, kebetulan jalan raya pada waktu malam meriah. Ada banyak kereta yang lalu lalang, jadi tidak lah takut. Kebanyakan kereta yang melalui jalan di depan resort ini mahu pulang ke Kuala Lumpur.


Swimming pool

Terdapat 4 swimming pool yang ada di sini. Iaitu 2 pool untuk kanak-kanak, manakala 2 lagi kolam dewasa yang mana special iaitu'hot spring swimming pool'. Masya allah, tabarakallah. Heaven betul~ kami turun untuk mandi sekitar jam 9 pagi. Berasap kolam, hahaha. Best lah. 

Antara benefits Hot Spring untuk kulit :

Soaking in hot springs can be a great way to naturally detox your skin. Thanks to the high amount of silica in the water, it can also soften rough or dry skin. Plus, the mineral content of sulfur springs has been shown to help persisting. Sumber daripada website sclheath.org . 


Selain itu juga, dengan mandi dengan hot spring ini. Dapat menenangkan diri. Bila kami sudah puas mandi di kolam air panas, terjah pula di kolam kanak-kanak. Kemudian, bergilir-gilir sehingga jam 10.30 pagi. Semakin tengah hari, semakin ramai yang turun ke kolam tersebut. 


Parking 

Saya suka parking lot di EryaBySuria. Besar sangat! check in depan, dan boleh parking di bahagian belakang. Yang mana di bahagian belakang ini juga lah terdapat bilik-bilik yang mempunyai jakuzi seperti saya katakan di awal cerita. Belakang juga pilihan bilik yang menghadap hutan. 

Hari kejadian, kami silap keluar ke bahagian depan parking. Dah terpaksa patah balik, tapi tidak bagi saya dan anak-anak. 


Kami berjalan kaki sahaja petang itu menuju ke bahagian belakang parking. Agak jauh, tetapi seronok sangat. Meraung lemak-lemak saya tau~ haha.


Suami tidak sanggup ketika itu. Saya katakan kepada suami " ini baru lah menikmati suasana bercuti dengan keindahan alam". Siang boleh lah. Jika malam, tidak sanggup! risau jika keluar biawak di celahan pagar-pagar yang menghubungkan semak di tepi hutan. 


Wifi 

Paling suka! walaupun resort Janda Baik dikelilingi hutan, namun wifi tetap laju. Ini lah staycation paling bermakna kami. Video semua laju je akses. Cadangnya nak buat konten di TikTok, tetapi tu lah. Enjoy sangat berada di Erya by Suria kali ini ok. 



Staycation di Janda Baik adalah pilihan tepat iaitu di Erya by Suria. Jika kalian mahu tenangkan diri dengan alam semulajadi, ini lah tempatnya.


Awal pagi boleh menghirup udara segar serta dapat melihat kehijauan selepas bangun daripada tidur. Kemudian, boleh mandi-manda di kolam air panas. Berasap air tau.