Membeli-belah di Kedai Buku MBS Kuantan

Sebaik menerima bayaran wang pendahuluan  projek ghostwriting daripada klien semalam, terus saya mengajak suami serta anak-anak ke kedai buku MBS Kuantan. Kali ini saya pergi ke cawangan Balok. Rasanya sudah lama tidak menambah peralatan menulis saya, walaupun kerjaya sebagai ghostwriter kebanyakannya menggunakan laptop


kedai-buku-mbs
sebahagian buku-buku bacaan yang ada di rak meja menulis



Apakah kerja ghostwriting yang melibatkan penggunaan  buku nota


Sebagai individu yang terlibat dalam industri penulisan. Sudah pastinya, buku dan peralatan menulis seperti pen menjadi perkara penting kepada saya. Cara orang lain, saya tidak pasti. Hehehe. 


Walau pun dunia sekarang dengan teknologi maju, saya masih dengan cara lama. Orang kata old school masih di gunakan lagi. Namun, ini adalah salah satu cara manual sahaja. Mungkin ada yang bercakap, remeh perlu menyalin di dalam buku nota. 


Tetapi, tidak bagi saya. Walau pun tampak remeh, namun ianya berbaloi untuk saya. 


Apabila melibatkan kerja-kerja menulis artikel SEO, jadi perkara utama saya perlu mencatat longtail keyword di dalam buku. Selain mencatatnya, di dalam Microsoft Word


Kaedah manual hanya catatan peribadi sahaja, manakala di laptop sebagai back up di fail serta  diberikan kepada klien untuk semakan. 


Apabila menulis di sebuah buku, saya dapat rasakan minda terbuka luas. Dengan tercetusnya idea-idea baharu untuk kerja menulis lain. Menarik kan? rasanya minda semakin berkembang jika amalkan tabiat begini. 

Demi klien sanggup ke kedai buku mbs


Jika kalian  melihat meja kerja saya, rak buku di meja banyak dengan buku-buku nota yang telah digunakan. Saya suka membeli buku-buku nota sebagai tempat mencurahkan deraf maklumat artikel atau penulisan lain sebelum saya menaip di laptop. 


Demi klien, saya sanggup asingkan 1 buku untuk 1 projek penulisan. Tidak lain, sudah pastinya mahu elakkan dari bercampur aduk dengan maklumat projek. Hanya projek jangka masa panjang, memang khas sebuah buku khusus. 


Berbeza pula jika projek pendek, yang ini saya hanya menulis di sebuah buku nota yang bercampur dengan pelbagai jenis penulisan lain. 


Buku-buku nota 

Jika dahulu, saya suka mendapatkan buku yang berkulit keras di kedai buku. Manusia boleh berubah, begitu juga dengan selera saya. Selera terhadap buku kini berubah. Dari berkulit keras, bertukar kepada jenis gegelung. Ini disebabkan keselesaan ketika menyelak helaian demi helaian untuk semakan dan ulang kaji saya. 

Syurga Kedai Buku

Ya. Syurga saya adalah di kedai buku. Sukakan bauan buku-buku yang baharu, sama ada buku bacaan umum mahu pun buku-buku nota. Satu lagi habit adalah dengan  membeli pen dan buku-buku nota dengan banyak. Kadang-kadang sampai 4 buah buku. 

Kekerapan saya membeli buku-buku nota bukanlah setiap bulan, namun membelinya dalam kuantiti yang banyak. Mungkin faktor malas keluar berulang kali. 

Dek kerana syurga saya di kedai buku. Maka, suka berhabis duit juga selain dengan buku nota dan peralatan menulis turut membeli novel serta buku-buku perniagaan. 6 bulan yang lepas, berhabis sehingga RM 3XX.XX . Kos termasuk membeli kelengkapan anak-anak juga. 


Ok, saya tinggalkan kalian dengan anekdot semalam di kedai buku MBS. 

Detik lucu semalam sewaktu di kaunter bayaran ;

"Mama, ni lagi." Soffea datang dengan segenggam highlighter.

"Haaa? Soffea, ni bukan kedai RM 2 ok. Pergi letak tempat dia semula."

Mengikut arahan, serta berlalu pergi dengan muncung mulutnya.


Mungkin Soffea terkeliru antara kedai RM 2 dan MBS, yang mana warna brand mereka adalah MERAH. Seperti  biasa apabila kami ke kedai buku, 3 orang anak pun ada bahagiannya juga. Si kakak dan Soffea mengambil buku latihan matematik, sains dan buku lukisan. Manakala, Furqan hanya berminat dengan buku matematik.


Lain-lain barangan yang dibeli saya ialah pembalut buku teks, dan sticky note. Keseluruhannya berjumlah RM 68.XX . Masya Allah, tabarakallah. Seronok sebab dapat belanja dan membeli-belah di kedai buku MBS bersama anak-anak hasil dari upah menulis sebagai Ghostwriter.


 Sementara ayahnya serta si bongsu menunggu di dalam kereta sahaja. Mujur lah ada suami, yang boleh bawakan kami pada sebelah malam. Kerana di waktu malam pemandangan saya agak terhad.