Seram : Kaki siapa pula tu?

Suasana malam tadi,sunyi. Sungguh sunyi. Tanpa bunyi-bunyian di luar rumah. Tanpa bunyi cengkerik mahupun bunyi katak memanggil hujan. “Huhh! Panas betul malam ini, berbahang”. Pelik. Bentak hatiku.


derapan-kaki





Ku kira hampir 20 minit, Suamiku Bersama Furqan ( anak nombor 3 ) Sudah lena tidur didalam bilik yang dipasangkan aircond jenama ACSON . Aircond yang sudah berusia hampir 10 tahun sama seperti usia perkahwinan kami.


Sementara di ruang tamu pula ( ruang tamu aku yang simple cukup sekadar mempunyai sofa L, TV dan 2 bidang karpet yang ku beli secara online )  aku Bersama anak-anak lain iaitu Soffea 5 tahun, Sara 8 Tahun dan baby Yusuf 8 bulan.


Sara sedang asyik menonton channel Youtube favourite nya ( JOYAH ) , Soffea sedang lena diatas sofa . Manakala, aku duduk di lantai beralaskan karpet shaggy ( jenis berbulu tebal dan lembut). Sedang menyiapkan content client. Sedang asyik ku menaip content, tiba-tiba..

 

Bunyi sesuatu diluar rumah iaitu di parking kereta. Jadi, aku hanya buat-buat tak dengar sahaja. Tak mahu menakutkan anak-anak.

 

Tetapi, bila bunyi kali ke-2. Sesuatu ingin menghampiri sliding door.

 

“prap..prap..prap.. prapppppppp” semakin lama semakin kuat bunyinya. Bunyi seperti derapan kaki orang berjalan di luar pintu sliding yang ingin menghampiri sliding untuk masuk.

 

“mama, bunyi apa tu?” kata Sara.

 

Kemudian aku cuba mengamati nya lagi. Mana tahu, kot ada bunyi lagi yang dapat ku dengar.

 

Ya, seolah aku mencabar dengan nya. Lalu ia berbunyi lebih keras dan kuat.

 

“prapp..prappp..prappppppppp..” bunyi seakan orang berlari dengan menggunakan selipar jepun yang basah.

 

Aku memandang Sara .. lalu kami sama-sama menjerit ketakutan.

Lantas terus kami berlari ke bilik utama, bagi mendapatkan suamiku.

 

Bukan kami sahaja yang berlari masuk ke bilik. Malah, Soffea yang sedang nyenyak tidur diatas sofa pun boleh bangun dan berlari masuk ke bilik. Kalian cuba bayangkan macam mana situasi tersebut?

 

Kemudian ..

 

“abang, ada benda lah kat luar tu” kata aku kepada suami.

Bagi menyokong kata-kata ku tadi.. Sara mengiakan sahaja.

“ya abah, ada bunyi betul-betul kat luar tu.” Sara takut ni..

 

Dengan muka mamai suami menjawab, “takde apalah tu. Kucing kat luar cakar”

 

Kmudian baru aku teringat, aku tinggalkan Yusuf keseorangan di ruang tamu. Lantas ku berlari anak mendapatkan yusuf disana. Alhamdulillah, Yusuf okay sahaja.#

 

 

Sebenarnya, jam 9.30 malam kami ke Teluk Cempedak bagi membeli makanan melalui “Drive thru”. Entahlah, kemungkinan ada yang mengikut pulang Bersama agaknya.

 

Yusuf memang ada menangis sewaktu pulang dari membeli makanan , tetapi aku tak syak apapun masa tu. Dia tak mahu berenggang, sewaktu aku ingin ke tandas. Hmmm..

 

 

 

.