Tak sangka Ramai yang sertai Kelas Ghostwriter Expert 2.0

 Rupa-rupanya macam ni feel seller yang buat jualan. Haza rahmatun rabbi. Saya gunakan teknik elemen emosi dalam setiap posting. Tidak sangka betul, tibanya Kelas Ghostwriter Expert boleh jadi 12 peserta kesemuanya. Syukur! dalam kelas, jangkaan saya hanya 5 orang sahaja peserta yang berminat. 


Peserta yang sertai Kelas Ghostwriter Expert 2.0



Sebelum ini, semua teknik saya gunakan untuk klien yang mengambil upah menulis bagi servis content blast . Tiba dalam minggu lepas, baiklah saya guna sendiri apa ilmu closing yang ada untuk Kelas Ghostwriter Expert 2.0. Syukur! semua peserta datang daripada pelbagai platform media sosial yang percuma. Ini termasuk di Facebook, Instagram, Whatsapp, dan LinkedIn. 



Sejujurnya, 10.40 malam tamatnya Kelas Ghostwriter Expert 2.0 di Zoom Meeting. Mahu sahaja menitik airmata tanda sebak. Sebab orang percayakan saya sebagai cikgu mereka untuk pembongkaran bagaimana menjadi Ghostwriter Expert. Memang niat saya, nak all out untuk mengajar Ghostwriter supaya Expert dalam bidang masing-masing. 


Feedback Kelas Ghostwriter Expert 2.0


Keesokan harinya, saya mendapat komen-komen positif daripada peserta kelas. Antara komen positif tersebut :


1. "Pertama kali saya tengok puan live! saya jelas dan faham apa yang saya mahu fokus lepas ini."- Athirah


2. "Kalau ada sharing session lain, puan inform saya ya!" - Puan Siti Aisyah 


3. "Nak masuk kelas ni, sebab nak refresh kembali."- Puan Fuzy


4. "Dapat study dan acah-acah berdepan dengan ina secara LIVE  pun bersyukur."- Puan Sha



Lain-lain mengenai Kelas Ghostwriter Expert :


1. Niat seperti saya katakan tadi, memang mahu membantu. Sebab saya kesian, ada antara mereka tidak mampu untuk membayar dengan yuran mahal.

 ( Mungkin ada yang tanya, kenapa tidak berikan percuma sahaja kelas?? Tidak boleh beri PERCUMA, sebab kebiasaannya yang PERCUMA orang tidak akan hargai.)  Dengan Yuran serendah RM 39 untuk 20 peserta terawal. Dan RM 99 kepada peserta ke-21 dan seterusnya. 


Tawaran Kelas Ghostwriter Expert 


1. Rakaman kelas . 

2. Group Support di Facebook. 

3. Task selepas kelas. 

4. Caj Penulisan. 

5. Contoh Sebut harga dan Invois.



Kesimpulannya, orang akan sertai kelas Ghostwriter  bila ada keinginan yang tinggi untuk pelajari ilmu tersebut. Oleh sebab itu, mungkin sebelum ini mereka tidak berjaya dan tiada tempat untuk buat rujukan. Jadi, mereka akan berlapang dada untuk sertai Kelas Ghostwriter Expert 2.0



Lihat portfolio saya  untuk rujukan anda. 

Follow media sosial : Facebook dan LinkedIn 



Kelas Ghostwriter