Feedback belajar seo bagi pemula - Jelas, mudah dan Proven !

 Bulan Februari 2024, bertubi-tubi dapat klien ghostwriting daripada niche travel. Dah macam virus pula kan? Termasuklah student Kelas Basic SEO sendiri, pun dari niche travel. Terima kasih sebab percayakan kelas online saya yang kini sudah berusia 1 tahun pada bulan Februari 2024. Feedback daripada student ni pun bukan biasa-biasa juga ya. Kadang-kadang boleh buat tersenyum kegembiraan saya ni, bila mana dapat sebarkan ilmu mahal kepada mereka yang memerlukan. Artikel kali ini perkongsian feedback belajar SEO bagi pemula di tahun 2024.


belajar-SEO-bagi-pemula


Kelas basic SEO untuk siapa?

Kelas Basic SEO, hanya sesuai kepada mereka yang ingin mengambil upah menulis artikel pelanggan dan mereka sememangnya kerjanya menulis artikel di syarikat sahaja. Lain-lain dari itu saya tidak galakkan. Anda mesti tahu mengapa saya cakap begini, terutamanya dari segi kos. Sebab ada yang kata mahal ( RM 298 2 hari ), saya tidak kisah. Mungkin kelas ni, anda bukan target saya untuk kelas Basic SEO.


Kenapa hanya untuk penulis artikel ?


Sebab utamanya adalah kelas basic SEO tiada modul menulis artikel ya. Dalam sesi pembelajaran, terus kepada penulisan artikel SEO dan teknikal. Dan, jika saya ajarkan penulisan artikel masa saya akan menjadi lebih panjang.


Masalah pelajar

Beliau pernah memberitahu kepada saya secara details bahawa, sebelum ini sudah belajar SEO ( Search Engine Optimization ) . Namun, beliau kecewa dengan pembelian tersebut kerana tidak dapat ilmu seperti yang diinginkan. Walau pun belajar, tetapi masih tidak jelas.

Apa yang saya lihat, beliau tidak menggunakan sebaiknya SEO yang ada di website. Rugi!

Selain daripada itu, mencari keyword SEO pun tidak tahu. Allahuakbar! rugi sangat ni.

Bagaimana dengan Feedback belajar SEO bagi pemula

Masya Allah, tabarakallah. Dan, Haza rahmatun min rabbi.

Pelajar memberikan feedback belajar SEO bagi pemula dengan tenang. Ketika ditanya dalam sesi Zoom Meeting, pelajar memberitahu bahawa mudahnya mencari keyword kalau macam ni.

Paling seronok saya dengar kata-kata pelajar ini adalah . "Baru jelas gambaran macam mana nak tulis artikel SEO."

Syukur sangat dah saya, bila pelajar faham apa yang dipelajari dalam kelas selama 2 hari iaitu selama 6 jam. 


Lain-lain pelajar mengatakan kelas saya seronok untuk belajar SEO kepada mereka yang sukakan cabaran!