6 Ciri Harimau Jadian Yang Ada Pada Manusia

Hari ni ( 23 April 2024 ), tiba-tiba teringatkan seorang rakan dalam group seram di Facebook. Beliau juga adalah admin group dan penyumbang terbesar kepada cerita seram dan mistik  di kalangan followers. Dalam himpunan cerita-cerita seram di dalam group, cerita beliau adalah yang paling menarik dan berbeza pengalaman. 




harimau-jadian






Kenapa saya aktif di group sana? tak lain, semestinya saya mahu dapatkan pengalaman seram di kalangan followers di sana pada tahun 2017.


Di tahun 2016, saya aktif menulis cerita seram di blog. Masa ni, planning saya adalah content di blog genre seram. Nak jadikan sebuah blog misteri ketika itu. Tengoklah nama blog saya pun misteri, tak letak pun nama. 


Bukanlah fokus mahu jadikan Niche lifestyle gitu seperti sekarang. Ini lah punca utama saya sertai group tersebut.


Titik permulaan cerita



Nak dijadikan cerita, admin di sana create satu group whatsapp sokongan. Nak sertai group sokongan di Whatsapp, bukan suka-suka je boleh masuk. Ada tapisan juga yang perlu dilalui . Bukan sembarangan orang  juga yang boleh masuk, kerana cerita seram di sana melibatkan aib dan privasi lain juga. 


Jadi, admin group tersebut juga melantik pembantunya untuk membuat pemilihan ahli di group whatsapp. Pembantunya juga bukan sembarangan, budak silat. Bila cakap budak silat, bukan kosong. Juga pembantu seorang wanita. Yang mana, wanita ini juga mempunyai kelebihan iaitu berkebolehan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk ghaib. 


Seram tak? saya pun tak tahu lah. Kenapa boleh terperangkap dalam group whatsapp macam ni. Aneh-aneh semuanya. Dalam seronok mendengar pelbagai cerita, adakala seram menjengah. 


Ahli group di whatsapp ketika itu adalah 50 orang sahaja. Bukan semua ahlinya yang mempunyai sifat aneh macam tu, jika tidak silap saya hanya 3 orang sahaja. Lain-lain ahlinya hanya bercerita pengalaman diganggu sahaja. 


Ini menjadikan, setiap hari ada sahaja rakan-rakan yang berkongsi pengalaman seram mereka. Seronok!



Harimau jadian 



Pengalaman seram menyeronokkan ketika itu, apabila admin menceritakan perihal dirinya. Beliau bukan sekadar manusia di mata kasar, tetapi adalah keturunan harimau jadian. Seram tak gais? teringat cerita hindustan sekitar tahun 90-an. Seram weiii. 


Menurut kajian saya mengenai harimau jadian, ianya adalah manusia biasa sahaja. Tetapi, mereka yang berketurunan daripada Sumatera sebahagian nya sahaja masih dengan warisan ilmu turun temurun. Apabila tiba masanya untuk bertukar harimau, ia perlu meneran. 


Berbalik cerita admin group tadi, beliau kongsikan sedikit perihal mengenai harimau jadian. 



Ciri-ciri harimau jadian 



Katanya lagi;

1..Setiap bulan, beliau akan pulang ke kampung halaman yang jauh daripada penempatan manusia untuk bertukar kepada bentuk  harimau. Daripada nenek, dan adik beradiknya.

2..Ketika marah, beliau akan mendengus.

3..Pantang melihat cahaya bulan ( yang ni saya kurang ingat, sama ada bulan penuh atau sebaliknya)

4..Selain itu, beliau mempunyai tanda. Setiap adik beradiknya ada memiliki tanda pada tubuh badan.

5. Ciri lain yang saya perasan terhadap beliau adalah seorang lelaki yang lembut. Seingat saya, di zaman persekolahan dulu beliau sering di buli dengan rakan-rakan.


6. Satu lagi sikap, harimau jadian boleh mencium siapa yang mempunyai hati hitam dan baik budi pekertinya. 


Ok, sampai di sini sahaja cerita seram. Risau tuannya ketahuan dengan artikel ini.


Cerita ini saya muat naik di Thread, dan ada yang berminat untuk sertai. Maaf lah ye, cerita di tahun 2015. Smartphone dan nombor telefon pun saya sudah tukar, jadi bagaimana lagi saya mahu hubungi mereka semuakan? 


Tambahan lagi, dunia sekarang merbahaya. Semuanya mahu kejar followers. Silap hari, cerita dalam group whatsapp boleh VIRAL jika orang yang salah menyertai group tersebut. Sebab itu lah, setiap ahlinya melalui tapisan dahulu oleh pembantunya melalui kaedah scan.




P/S: Terputus hubungan dalam group tersebut, sebab smartphone selalu rosak dek kerana group tersebut. Haha. Jem habis~ dan, punca saya keluar dari group disebabkan ada seorang wanita yang agak psycho. Latar belakang suami, keluarga dan kediaman kami diketahui olehnya sedangkan saya tidak kenal wanita tersebut. Entah lah group apa saya masuk, semuanya aneh-aneh. Ada sixth sense belaka.