Sambutan Birthday ke-9 Nur Wardina Soffea

 Sejak awal bulan 4 2024 lagi, Soffea dah beritahu siap-siap kepada Mama dan abah untuk sambutan birthday nya. Kelakar pun ada dengan Soffea ni, dan geram pun ya juga. Manakan tidaknya, hampir 2 minggu dia cakap bila nak sambut birthday dengan beli kek hari jadi. Naik bernanah telinga, bukan setakat mama dan abah jer. Si kakaknya dan adiknya pun bosan juga. Dalam tempoh 2 minggu tu, dia peringatkan kami. 


Hari yang dinantikan telah tiba semalam, 18 April 2024. Dia minta sebiji kek. Tapi, mama dan abah bawa makan malam di restoran Azam Roasters. Kali ini, sambutan hari jadi tiada kek dan digantikan dengan makan malam sahaja. Keluarga kecil kami, akan spend RM 200 untuk makan di luar. Biasanya, begitulah. Bukan lah setiap hari makan di luar. 



Ulang-tahun-kelahiran-Soffea





Pada mulanya, kami nak sambut di Nasken Coffee Indera Mahkota. Menu kat sini semuanya sedap-sedap. Selain menu western, ada kek slice, dan aneka kopi best. Tapi, tiada rezeki. Mama lemas bila kedai yang crowded. Memang penuh dengan umat. tidak tahu mana datangnya semua orang. Lebih kurang 10 minit, kami angkat kaki  untuk menuju ke restoran Azam Roasters. Hujan pula malam tadi. Kecewa lah tak dapat makan di Naskeen. 



Pengalaman mengandungkan Soffea dan bersalin 


Sungguh banyak dugaan ketika mengandungkan soffea ni..(9bulan bwk perut) bleeding hampir sebulan. Dan, bleeding tersebut tidak ketahuan puncanya, tetapi ada berlaku lutut saya lebam berwarna keunguan ketika itu.


Dan paling best, saat bersalin kan Soffea. Keluar memang mudah, setibanya di hospital jalan dah buka 5cm tanpa rasa sakit. Tanda bersalin tiada. Akan tetapi instinct seorang ibu amat kuat, mengatakan soffea nak keluar juga 18/4/2015.




Masa dihospital dilayan macam VIP. Duduk di wad biasa, sedangkan saya bersalin anak petama berisiko. Rezeki kali ini, alhamdulillah rezeki sgguh. Sehari je duk hospital.




Asal usul Nama Soffea 


Selamat Ulang tahun kelahiran ke- 9 , buat Nur Wardina Soffea. Asal usul nama di beri, sebab saya sukakan Wardina Saffiyah sebenarnya. Watak dalam cerita senario. Sopan orangnya.
 
Wardina bermaksud, seorang yang warak dan alim. Sekarang ni, dia asyik minta tudung labuh nak ke sekolah. Pergi jalan-jalan pun dia bertudung. Soffea pula sebab saya minat Soffea Jane.




Pengalaman sedih bersama Soffea 



Semasa berpantang, pusat Soffea terjonjol . Efeknya, Soffea asyik membuang air besar. Dalam masa 1 jam, 5 Pampers di perlukan. 1 hari sebanyak 20 Pampers. Pernah doktor memberi cadangan operation pusat pada usia 6 bulan, jika pusat masih begitu. 


Teringat sewaktu mengandung kan Soffea, saya jadikan 'habit' dengan bermain belon. Asyik tekan belon yang kempis. Dan. Akhirnya, pusat nya terjojol.


Selain itu, sepanjang tempoh  mengandungkan Soffea saya banyak didatangi ujian kehidupan. Saya asyik menangis dan Suami jatih sakit GERD. GERD mengganas ketika saya mengandungkan anak nombor 2. Di ketika ini, Al-Quran menjadi peneman. Setiap masa saya membaca Al-Quran. 


Alhamdulillah, 3 minggu berpantang. Pusat Soffea kembali normal. Syukur! masa ni airmata abah dan mama dah kering bila terima berita macam ni. 




Akhir kata, semoga dengan pertambahan umur ini akan membuatkan Nur wardina Soffea semakin bijak membesar dan tidak lagi manja seperti dahulu. Yang mana, setiap hari boleh dikatakan menangis. Ini terkenankan sikap saya ketika mengandung. Cepat terasa dan menitiskan airmata.