Syukur kepada Allah swt, apabila Furqan yang berada di tahun 1 kini mendapat Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023. Rezeki anak-anak yang bersekolah tahun 1 bagi sesi 2023. Apa yang bezanya, sesi persekolahan diberikan wang bantuan sebanyak satu ratus lima puluh sahaja, serta diberi bantuan tambahan sebanyak satu ratus ringgit .
| Furqan darjah satu bagi sesi 2023 |
| Keseluruhan bantuan khas awal persekolahan 2023 sebanyak RM 250 |
P/s : Dikala ekonomi tidak stabil, saya seperti biasa dengan kerjaya sepenuh masa sebagai SEO Ghostwriter Malaysia. Mengambil upah menulis artikel SEO, buat Kelas Basic SEO, menulis e-book, copywriting ( ayat jualan bisnes ) , menulis konten klien dan manuskrip buku serta 16 jenis penulisan lain.
Sisi lucu Muhammad Arif Furqan selepas pulang dari terawih.
“Dik, ambil duit ni.” Note merah dihulurkan kepada Furqan, sejurus melalui depan seorang pakcik tua.
“Ha? tak nak, tak nak.” Ujar Furqan.
“Ni duit raya, pak cik nak beri.” Sambung pak cik tersebut sambil memujuk.
Furqan membuka langkah seribu kali ini meninggalkan abahnya keseorangan di dalam masjid.
Setibanya di rumah, suami menceritakan seperti peristiwa diatas.
Saya terus melakukan soal siasat keatas anak yang berumur 8 tahun.
“Furqan, mama nak tanya sikit. Betul ke tadi orang beri duit di masjid?”
Mengangguk. Kemudian, dia memberitahu bahawa “Furqan ingat lagi pesan mama. Orang bagi duit jangan ambil. Nanti orang culik.”
Tepuk dahi saya mendengarnya.
“Sape nak culik awak tu? kan ada abah situ. Mana lah orang nak culik budak kalau ada penjaga.”
“La, rugi lah tak ambil duit tu.” Keluh Furqan sambil memandang abahnya.