Pernah tanya nurse, masa tu saya datang ke Klinik Kesihatan bagi mendapatkan pil perancang keluarga . Katanya, kalau dah pernah dijangkiti virus Influenza A pada tahun yang sama. Kita tidak akan terkena lagi. Rupanya tidak ya! keluarga kami, selang sebulan iaitu bulan September 2025, kemudian Oktober 2025. Virus menjangkiti kami lagi.
Oh, sungguh lah rasa penat! duit tidak usah kira. Memang banyak berhabis. Ada yang cakap, ini virus orang kaya. Sebabnya ubat agak mahal. Menangis kejap saya, suami tak tahu lah tu. Selang sebulan, ujian datang lagi.
Kami bukan apa, bila asyik sakit. Pendapatan keluarga dah berkurangan. Tambah lagi, kami suami isteri bekerja sendiri.
Gelombang pertama Influenza A
Bulan September 2025. Keluarga kami dapat virus Influenza A melalui taska anak nombor 4. Ya Allah! balik sekolah, Yusuf dah mula batuk. Seterusnya, anak kami nombor 3 ( Furqan ). Dia beritahu saya, bahawa lutut dan pinggang sakit.
Ketika itu, saya tidak fikir apa. Saya syak, mungkin lasak di sekolah.
Nak tahu bagaimana gejala-gejala berlainan yang kami terima ? jom baca gejala-gejala Influenza A .
Gelombang ke-2 Influenza A
Gelombang kali ini, tidak teruk. Cumanya, Yusuf sahaja agak merisaukan.
Suami tidak bawa ke hospital, terus ke klinik. Kali ini, Mya Clinic menjadi pilihan.
Suhu badan Yusuf yang berusia 5 tahun mencecah 40 darjah. Jadinya, dia asyik tidur. Terbaring sahaja.
Kami tidak menyangka, bahawa kali ke-2 serangan Influenza datang.
Terduduk suami. Yusuf paling banyak terima ubat setakat ini.
Ubat Influenza A Kanak-kanak
- Omiflu.
- Ubat batuk berperisa blackcurant.
- Spray tekak sebab ulser.
- Ubat demam.
- PCM ( Ubat punggung )
Ubat Influenza A Dewasa
- Ubat demam.
- Jenis pil ( Ubat batuk ) .
Berapa kos ujian Virus Influenza A?
Kali ini, kos ujian dikenakan bagi Influenza A adalah RM 250.XX .
Bayaran ini termasuk swab hidung. Sekiranya ujian dilakukan melalui test air liur, ianya tidak tepat ( sebab anak nombor 3 pernah buat test tersebut ) Jadi, kali ini hanya Yusuf sahaja dikenakan swab. Kerana suhu badannya yang tinggi. Kiranya Yusuf sebagai wakil dan salah satu cara jimatkan kos.
Kesimpulan : Influenza A dan penularan wabak
Selagi ada ibu bapa yang mengambil sikap sambil lewa tentang kesihatan anak-anak di sekolah. Dibiarkan hadir ke sekolah, dengan bergejala. Penularan virus Influenza A tidak dapat diputuskan sampai bila-bila. Jadi, sebagai ibu bapa sila cakna tentang kesihatan anak-anak. Cutikan mereka jika mereka bergejala.
Sekiranya ada di kalangan keluarga yang dijangkiti Influenza A, silakan kuarantin di rumah. Korang bercuti sahaja. Berehatlah.
Semoga Allah SWT gantikan rezeki kami seluarga dengan rezeki yang berkat dan berzat selepas ini. Begitu juga dengan korang yang sedang diuji ketika ini.