20 Resipi Aneka Nasi | Berbuka puasa mahupun bersahur tidak lengkap jika tidak menyentuh nasi. Maklumlah , perut kemelayuan. Jadi, kepada sesiapa yang sudah buntu selain makan nasi putih. Ini saya sediakan Resipi Aneka Pilihan Nasi. Resipi nasi yang sangat mudah dan sedap untuk dimasak.
Senarai 20 Aneka Resipi Nasi
- Nasi Ayam Hainan Mudah
- Nasi Ayam Kukus Halia
- Nasi Ayam Kukus
- Nasi Dagang Kelantan
- Bubur Nasi Kemboja
- Bubur Nasi Berlauk
- Nasi Lemak Sambal Tumis
- Nasi Lemak Sambal Telur Dadar
- Nasi Ayam Marjerin
- Nasi Goreng Ikan Masin
- Nasi Goreng Telur Pedas
- Nasi Goreng Sotong
- Nasi Goreng Ikan Bilis
- Nasi Goreng Mudah
- Nasi Minyak Daging Beryani / Beriani
- Nasi Minyak Guna Beras Biasa
- Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Kenduri
- Nasi Arab Mudah
- Nasi Daging bersama Air Asam Kerisik
- Nasi Ulam Sayur Keladi
#1 Nasi Ayam Hainan Mudah
Bahan untuk Nasi ( Nasi Ayam Hainan Mudah )
Bahan untuk Sos Cili ( Nasi Ayam Hainan Mudah )
Bahan untuk Sos Kicap ( Nasi Ayam Hainan Mudah )
Langkah-langkah memasak Sup Nasi Ayam Hainan Mudah
1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.
3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.
Langkah-langkah memasak Nasi Ayam Hainan Mudah
1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
4. Biarkan ia masak.
Langkah – langkah membuat Sos Cili
1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.
langkah-langkah membuat Sos Kicap
1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi.
Petua bagi memasak Nasi Ayam Hainan
- Ayam dicelup terlebih dahulu untuk memastikan isi ayam tidak keras. Kira isi ayam akan halus kalau buat teknik ni.
- Nasi Ayam Hainan juga boleh dimasak menggunakan teknik kukus.
#2 Nasi Ayam Kukus Halia
Bawang merah ( dihiris)
Halia (dicicang atau dihiris)
Ayam dalam 3 ke 4 ketul
Minyak masak
Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
Beras
1. Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
2. Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.
Halia dihiris nipis – saya cincang aje halia ni, kalau dihiris nanti anak saya pilih-pilih dan tolak halia tu ketepi, better saya cincang aje. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le!
Garam secukup rasa
Minyak bijan – saya letak banyak sehingga naik bau bijan. Kalau tak berapa suka letak 2 sudu pun dah cukup
Kicap cair – ikut berapa banyak yang anda suka. Saya letak 4 sudu besar.
Kicap manis sedikit – tak nak letak pun tak apa.
Serbuk lada hitam dalam 3 susu teh atau ikut suka.
** Untuk dimasukkan bila nak masak** daun ketumbar untuk menggantikan daun bawang yang tak ada stok dalam rumah ni.
2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Saya masak dalam 40 min.
#3 Resepi Nasi Ayam Kukus
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam
Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus
Pertama sekali kita rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi. Nasi dimasak seperti biasa ya.
Ayam di tos dan tunggu nasi masak.
Sambil tunggu nasi masak kita buat Sos Untuk Nasi Ayam Kukus kita.
Resepi Sos Merah
1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar dipotong kasar
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 gelas Air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.
*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.
Bila dah siap tumbuk bahan-bahan yang ditumbuk (Sha suka pakai lesung berbanding pakai blender), korang satukan bahan-bahan lain ke dalam 1 mangkuk.
Hidangan ini korang boleh hidang bersama sayur salad, timun batang dan hirisan tomato. Selain daripada Sos Merah sebegini korang boleh tengok resepi Sos Halia Bawang Ala Thai juga. Sos-sos macam ni boleh dipadankan dengan ayam rebus atau kukus sebabnya ayam rebus nampak kosongkan jadi kita meriahkan dengan sos.
#4 Nasi Dagang Kelantan
Bahan-bahan Kuah Nasi Dagang
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
nisan 11/2 keping
garam ikut kesesuaian
cili hijau 4 biji
santan – wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu
CARA-CARA Buat Kuah Nasi Dagang
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
3. kacau santan bersama-sama bahan tadi sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan mendidih lama sikit.
4. masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
5. barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati…
6. biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak … dan pekat sedikit… setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan.
7. gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat .. sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan..
Tips Bagi Kuah Nasi Dagang Sedap :
gulai ikan tongkol ni wani buat petang tu untuk esok pagi makan.. barulah bertambah kesedapan gulai ni..
Bahan – Bahan Untuk Memasak Nasi Dagang Kelantan
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
santan cair 21/2 cawan
Cara – cara Memasak Nasi Dagang Kelantan
1.beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia … dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
4. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la.
Tips Memasak Nasi Dagang Kelantan
– nak masak nasi dagang ni tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu, takut nasi tu dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap
– sebaik-baiknya , semasa nak angkat kukusan kali pertama tu ada petua nya .. pastikan beras tu bila kita picitkan diantara dua jari kita .. beras tu dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya .. dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia tu dan kukus balik untuk kali kedua. dan begitulah seterusnya .. jangan leka sangat ..
– wani nak cakap ikut timing pun tak boleh sangat … sebab ia bergantung kepada jumlah beras yang nak dikukus.
– nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk..KREDIT resipi asal dari : Wani Sukarno
#5 Nasi Bubur Kemboja
Bahan-bahan untuk buat bubur Kemboja
1) Beras yang da dibersihkan (xkesah la berape pot yang korang nak)
2)|Bawang putih (di tumbuk halus)
3)Udang kering(wajib ada nie)tumbuk la skit..biar hancur ckit
4) Potongan Ayam( kalau umi ayam seekor belah 4 nanti nak carikkan isi)
5)Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas letak lebih ckit yerk)
7)Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis la)8) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)
9) Sedikit garam
Cara-Cara Memasak Bubur Kemboja
Firstly,korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing.
Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la.
Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur .
Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye.
bahan-bahan hiasan dan pelengkap Bubur Kemboja adalah
lobak asin yang diracik.atau korang beli yang kecik tu je.
Limau
Daun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)
Isi ayam
Lada hitam
Sambal
Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dimakan.Senang je nak buatnya.
#6 Bubur Nasi Berlauk
1 cup of rice grain + 2 cups water. Lepas tu masukkan dekat dalam Philip Pressure Cooker and then press mode “Congee” and then press START.
After 13 minutes ur moi /bubur nasi is ready.. Kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.
And for the lauk parts.. U can cook basically anything u love. I basically cook what I got in my freezer. There are beef, mushrooms, dried anchovies. So here we go….
#7 Nasi Lemak Sambal Tumis
Telur yang telah direbus
Timun
Kacang
Ikan bilis yang telah digoreng
Bahan-bahan untuk memasak Nasi Lemak :
1 kotak kecil Santan
1 inci Halia dihiris
2 pot Beras
Bahan-bahan sambal Nasi Lemak :
3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar cili boh
Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
Gula
Cara-cara masak Nasi Lemak :
1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.
Cara-cara masak sambal Nasi Lemak :
1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
5. Masukkan gula. Gaul sebati.
#8 Nasi Lemak Sambal Telur
BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :
- 3 pot beras
- 1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
- sedikit garam
- 2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)
- 2 helai daun pandan (diikat)
- 3 senduk ciliboh
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
- 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
- segenggam ikan bilis
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam dan gula utk perisa
telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
ayam goreng
ikan bilis garing
ulam timun
sayur kangkung goreng
kacang tanah goreng
#9 Nasi Ayam Marjerin
- Bahan-bahan Nasi Ayam Marjerin
bawang putih (ditumbuk lumat)
halia (ditumbuk lumat)
ayam
1 jug air
kicap
sos tiram
cili merah
lada sulah
sup bunjut
garam & gula
madu
kentang (dipotong 7-10 bahagian)
lobak merah (dipotong2 selepas potong hiris sedikit tebal)
2 kiub pati ayam
cuka
marjerin
CARA-CARA MEMASAK NASI AYAM MARJERIN :
bahan tumbuk dibahagikan kepada 4 bahagian utk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
ambil 1 bahagian utk perap ayam di dalam mangkuk. biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut besama 1 kiub pati ayam.
setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dgn kicap, sos tiram, garam dan madu. perap selama 10-20 minit.
untuk masak nasi
cairkan marjerin dan masukkan 3 serangkai dan 1 bahagian bahan tumbuk.
apabila sudah kekuningan, masukkan bahan-bahan tesebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
masukkan air rebusan ayam, garam, daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
masakkan beras tersebut seperti biasa.
untuk masak nasi
setelah 10 – 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. tahap garing terpulang kepada masing-masing ye.
untuk masak kuah kicap
masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
kemudian, masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
tambahkan sedikit garam & kicap.
kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.
untuk buat sambal cili
masukkan 5-6 biji cilimerah atau hijau ke dalam blender.
kemudaian masukkan cuka, gula, air, sos cili dan 1 bahagian bahan tumbuk.
kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk utk dihidang.
untuk masak sup ayam
masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil, garam, kiub pati ayam dan bahan tumbuk.
kemudian masukkan lobak merah dan kentang.
bila lobak merah dan kentang sudah empuk, tutup api. boleh dihidangkan.
#10 Nasi Goreng Ikan Masin
- nasi sejuk
- ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
- bawang putih (ketuk dan cincang)
- cili padi (ketuk dan cincang)
- telur
- kailan
- serbuk lada hitam / lada sulah
- sos tiram
- gula
- tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
- masukkan telur dan hancurkan.
- masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. kacau rata.
- masukkan gula dan serbuk lada hitam / lada sulah
- masukkan nasi dan kacau rata. SIAP!
#11 Nasi Goreng Telur Pedas
- nasi putih
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- segenggam ikan bilis
- 6 biji cili padi
- 2 biji telur
- tumbuk bawang merah, bawang putih, ikanbilis dan cili padi.
- tumiskan bahan yg ditumbuk tadi. masukkan 2 biji telur. gaulkan sebati.
- kemudian masukkan garam dan gaul sebati.
- akhir sekali barulah masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata. SIAP!
#12 NASI GORENG SOTONG
nasi lebihan semalam
2-3 ekor sotong – dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1-2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas)
1 biji telur (ni dibuat telur hancur terlebih dahulu ye)
sayuran – sawi & kubis
garam
minyak
daun bawang & bawang goreng
CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG SOTONG :
panaskan minya, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
masukkan cili kisar dan masak seketika.
masukkan sotong dan sos tiram. biar hingga sotong masak.
akhir sekali, masukkan nasi, garam, sayuran dan telur hancur. gaul rata.
SIAP! hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.
kredit resepi : Cahaya Hayati
#13 NASI GORENG IKAN BILIS
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih (digoreng dengan kulitnya sekali dan ketuk bawang)
2 sudu ciliboh
sayur sawi
segenggam ikan bilis
nasi
secubit garam
minyak utk menggoreng
CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG IKAN BILIS :
- kupas bawang merah dan tumbuk hingga lumat.
- basuh bawang putih dan goreng bersama kulit sehingga garing. ketepikan.
- masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. ketepikan.
- tumiskan bawang merah bersama bawang putih sehingga naik bau.
- masukkan ciliboh, serta tumis sehingga pecah minyak dan garing.
- masukkan sawi dan nasi putih. gaul sebati. perisakan dgn garam.
- akhir sekali, masukkan ikan bilis. gaul sekata. SIAP!
kredit resepi : Nor Azlina
#14 NASI GORENG MUDAH
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 10 biji cabai melaka (ditumbuk)
- 3 biji telur ayam
- sos tiram
- sos cili
- sosej
- nasi
- tumis semua bahan yang ditumbuk. kalau nak sedap, masukkan sedikit mentega bila nak menumis.
- masukkan sos tiram dan sos cili sedikit.
- pecahkan telur dan masukkan sosej. kacau semua bahan agar sebati.
- akhir sekali, barulah masukkan nasi. goreng biar semua bahan dan nasi sebati.
- SIAP!
#15 NASI MINYAK DAGING BERYANI
- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan marjerin / planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntuk bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam
- 1 kiub stok ayam
- pewarna kuning
- 6 biji bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 cm halia (dikisar)
- bawang goreng
- daun bawang (dihiris)
- tumiskan bahan yang telah dikisar dgn marjerin / planta. masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
- masukkan beras yang dah siap dicuci, garam, air, susu cair dan kiub ayam
- apabila nasi telah kering, masukkan pewarna kuning. letakkan bercapuk atau setompok-setompok. tutup dan biarkan seketika.
- setelah kering, kacau rata. biarkan seketika.
- bolehlah dihidangkan. SIAP!
- 1 kg daging (direbus hingga lembut)
- 1/2 cawan minyak
- 1 cawan air
- 125g rempah beriani
- 2 tangkai daun ketumbar
- garam
- 2 biji kentang (dipotong 4)
- sedikit susu cair
- 2 sudu cili kisar
- 7 biji bawang merah (dikisar)
- 5 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 labu bawang besar (dikisar)
- 1 1/2 cm halia (dikisar)
#16 NASI MINYAK GUNA BERAS BIASA
- 2 cawan beras yang telah dibersihkan
- 2 ulas bawang besar (dimayang) *
- 5 ulas bawang putih (diketuk) *
- 2 inci halia (potong memanjang) *
- 1 inci kulit kayu manis *
- 2 kuntum bunga lawang *
- 5 biji buah pelaga *
- 3 sudu makan marjerin *
- minyak masak utk menumis
- air secukupnya (sukatan biasa masak nasi)
- 1 sudu garam
- panaskan minyak berserta marjerin di dalam periuk. masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.
- kemudian, masukkan beras dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.
- sekarang bolehlah dimasukkan air dan garam. kacau supaya semua sebati.
- kita tunggu hingga nasi masak.
#17 NASI TOMATO LAUK KENDURI
- beras biasa / basmathi (sukatan adalah 1 pot beras : 2 pot air)
- air sukatan beras
- 3sb minyak sapi
- 2sb minyak masak
- rempah 3 beradik (bunga lawang / kulit kayu manis / buah pelaga)
- 1/2 tin susu cair
- 1 tin susu
- 1 tin tomato puri
- daun ketumbar
- daun pandan
- 1 biji tomato (potong 4 bahagian)
- garam
- bahan kisar : 1 ulas bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1/2 inci halia
- panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah 3 beradik sampai garing dan naik bau. Masukkan tomato puti, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.
- masukkan susu cari dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. biarkan separuh didi.
- masukkan garam, daun pandan dan tomato.
- bila dah mendidih, masukkan beras, kacau bagi rata. terus pindahkan ke periuk nasi. ni kalau tumis di atas dapur lah…
- PETUA : jika guna beras biasa, nak nampak cantik bila dah masak, wajib goreng dulu beras tersebut ye.
#18 NASI ARAB MUDAH
- 1/2 ekor ayam (dipotong 2)
- 1 kiub ayam
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 1 biji cili merah (dibelah 4)
- 1 batang kulit kayu manis
- 1/2 sudu jintan manis (biji)
- 1/2 sudu biji ketumbar
- 1/2 sudu lada hitam (biji)
- 1 sudu garam
- minyak sapi / mentega / minyak masak
- 2 1/2 pot beras biasa yang telah direndam dlm 5-7 minit (kalau guna berat basmathi, rendam dalam 30 minit)
- 1/2 sudu biji ketumbar
- 1/2 sudu jintan manis
- 1/2 sudu lada hitam
#19 NASI DAGING AIR ASAM KERISIK
- 500G daging (dihiris)
- 5 pot beras basmathi
- 3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
- 5 sudu serbuk kurma
- 1 biji bawng merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
- 1 helai daun pandan
- 3 sudu mentega
- garam
- cukup rasa Maggi
- masukkan butter, bawang merah, bawang putih & 3 serangkai. tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air. masukkan juga daun pandan. biarkan sampai garing.
- selepas tu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda ye.
- masukkan pula lobak merah. kacau bagi rata lobak merah dgn rempah ratus.
- 5 pot beras disukat mcm nak masak nasi biasa (5 pot beras : 6 pot air). utk beras basmathi ni tambahkan sedikit air lagi sebab beras basmathi memang perlukan lebih air. agak-agak je ye sukatan air tu.
- masukkan garam dan cukup rasa Maggi dan kacau rata.
- akhir sekali, padamkan mode BAKE dan tukar kepada mode RICE. masak selama 15 minit.
- 2 sudu kerisik
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 7 cili akar hijau (dihiris bulat)
- 3 cili merah thai (dihiris bulat
- 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
- 1 biji bawang putih (dihiris nipis)
- 1 sudu air asam jawa
- sedikit air suam dan garam
#20 NASI ULAM KELADI
- nasi
- ikan talang masin – goreng dan mesin halus
- udang kering – goreng tanpa minyak dan mesin halus
- kerisik – mesin halus (elok kalau buat sendiri)
- lengkuas dan serai – mesin halus, tapi mesin asing-asing ye
- bawang besar – potong nipis
- bunga kantan – potong nipis
- ulam-ulaman – gulung kemudian hiris halus.
- keladi – rebus, lepas tu buang air
- ikan temenung – rebus, asing isi dan tulang. mesin (mcm buat laksa)
- bawang besar, belacan – mesin air
- cabai kering mesin
- daun kesom
- bunga kantan – hiris nipis
- lada hitam – mesin halus
- asam keping
- gula & garam
banyak menu nasi yang dah dicuba, next nak buat nasi dagang pula..