Bengkel Kereta Continental Kuantan : Global Automotive Service Sg.Soi

bengkel-kereta-continental-kuantan

Pernah tak rasa susah nak cari bengkel yang betul-betul faham kereta Continental korang? Lagi-lagi kalau korang pandu BMW, Mercedes, Subaru, atau Audi. Bukan semua bengkel ada kepakaran dan alat ganti yang sesuai.   Dalam artikel ini, saya kongsikan satu bengkel Continental Kuantan yang memang pakar dalam servis kereta Import. Siap dengan lokasi, jenis servis, dan tips penjagaan supaya kereta korang kekal tip-top!

google.com, pub-9710208122940552, DIRECT, f08c47fec0942fa0

 Kenapa Pilih Bengkel Kereta Continental Kuantan?

Mekanik berpengalaman dengan kereta Continental

Kesemua mekanik dari Global Automative telah mengikuti kursus dalam bidang automotif. Mereka sangat terlatih dalam kerja-kerja seperti membaik pulih gearbox, dan faham setiap masalah mengenai kerosakan enjin kereta seperti BMW, Audi, Mini Cooper, Mercedes, Toyota dan lain-lain jenama Continental.

Alat Ganti kereta Continental berkualiti dan Original

Di Global Automotive Services, mereka menggunakan alat ganti kereta berkualiti. Tujuannya memenuhi piawaian pengeluar.

Teliti dan Profesional

Di bengkel kereta Continental Kuantan , setiap kenderaan menerima layanan menyeluruh yang mencerminkan standard Eropah. Proses servis kami bukan sekadar menukar minyak atau pemeriksaan rutin sahaja, tapi ia melibatkan:

  • Analisis terperinci dan diagnosis tepat

Kami menggunakan peralatan diagnostik terkini. Bagi mengenal pasti sebarang masalah tersembunyi sebelum ia menjadi isu besar.

  • Prosedur servis tersusun:

Setiap langkah disusun rapi mengikut SOP ketat, dari penyambutan pelanggan hingga pemeriksaan akhir, memastikan konsistensi dan ketelusan.

  • Sentuhan pakar

mekanik kami bukan sekadar membaiki. Tapi mereka memberi perhatian kepada masalah yang sering terlepas pandang, demi prestasi dan keselamatan optimum.

  • Laporan servis terperinci:

korang akan menerima laporan lengkap mengenai kerja yang dilakukan, cadangan servis akan datang. Paling penting status komponen penting kenderaan korang.

    Gabungan kepakaran, teknologi dan etika kerja ini menjadikan Global Automotive Services menjadi pilihan utama untuk pemilik kereta continental Kuantan yang mengutamakan kualiti dan kepercayaan.

    Jenis Servis Ditawarkan oleh Bengkel Continental di Kuantan

    1. Servis Berkala ( Minor dan Major Service )


    Servis berkala untuk memastikan kelancaran dan jangka hayat kereta korang, terutamanya bagi kereta continental yang kompleks.

    Sama ada servis kecil seperti penukaran minyak atau major service melibatkan pemeriksaan menyeluruh sistem dalaman.

    Mekanik akan pastikan setiap komponen diperiksa dengan teliti mengikut keperluan spesifik jenama dan model Continental .

    2. Pemeriksaan Sistem Brek, Enjin dan Transmisi


    Keselamatan ketika pemanduan dan prestasi bermula daripada asas dan sistem brek. Jadi enjin serta transmisi ialah nadi kepada kenderaan anda. Mereka tawarkan pemeriksaan terperinci untuk mengesan kehausan, kerosakan atau ketidakseimbangan sebelum ia menjejaskan pemanduan. Ketelitian mereka bagi mencegah kerosakan besar dan menjimatkan kos jangka panjang.

    3. Diagnostik Komputer untuk Kereta Continental


    Dengan teknologi diagnostik komputer canggih, mekanik membaca data terus dari sistem onboard Continental korang.

    Ini membolehkan proses kenal pasti isu tersembunyi yang tidak kelihatan secara fizikal.

    Jadi, dengan menggunakan scan komputer untuk kereta continental. Mekanik boleh terus baiki masalah kereta continental tanpa rasa ragu lagi. Ianya tepat mengesan masalah kereta korang tanpa perlu periksa satu persatu masalah.

    bengkel-kereta-continental-kuantan

    Jenis Servis Bengkel Continental Kuantan di GLOBAL AUTOMOTIVE SERVICE

    Menyediakan tukar nama siap puspakom insurans + roadtax

    Renew roadtax dan insurans

    1. Baik pulih dan servis kenderaan.

    2. Mengecat.

    3. Diagnosis / komputer / Cooding program.

    4. Wiring.

    5. Servis Aircond kereta.

    6. Menjual sparepart baru atau second.

    7. Carwash.

    8. Towing

    9. Servis ambil dan hantar kenderaan ke rumah Customer.

    10. Menjual battery.

    11. Repair gearbox manual dan automatik.



    Sebuah bengkel kereta Continental yang terletak di Kuantan iaitu lokasi tepatnya di Sungai Soi. Bengkel ini dimiliki oleh anak muda bernama Saufan Osman. Anak muda yang berasal dari Kelantan. Diusahakan juga bersama isteri tercinta. Berpengalaman di dalam industri automotif melebihi 11 tahun. 

    Alamat Servis Bengkel Continental Kuantan : LOT 1474 – C KAMPUNG PAHANG , JALAN SUNGAI SOI 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia .

    Google Maps > Bengkel kereta Continental Kuantan

    Panduan penjagaan dari Bengkel Kereta Continental Kuantan

     Servis: Jangan tunggu bunyi pelik baru nak ke bengkel

    • Patuh pada jadual servis : anggaran setiap 6 bulan atau 10,000 km.
    • Minyak enjin : Yang sintetik penuh, ikut spesifikasi enjin. Elak jenama tangkap muat walaupun nampak murah.

     Tayar dan Sistem Suspension: Elak tayar botak sebelum masa

    • Semak tekanan setiap bulan : lebih-lebih lagi jika jarang bawa jauh.
    • Buat alignment dan balancing bila stereng mula ‘lari apabila kedua tangan dilepaskan’ atau terasa gegar.

     Penyejukan Enjin: Coolant bukan sekadar air warna-warni

    • Guna coolant gred tinggi, elak air paip (yang boleh tinggalkan keladak).
    • Tukar setiap 60,000 km atau ikut nasihat mekanik, bukan ikut rasa sendiri.

     Elektronik dan Bateri: Jangan pandang ringan lampu amaran

    • Pilih bateri sel kering, lebih tahan dan kurang hassle.
    • Sistem elektronik kereta Continental sensitif : sensor rosak pun boleh ganggu prestasi.

    Transmision Automatik: Tak nampak, tapi boleh sangkut

    • Tukar ATF (minyak gearbox) secara berkala. Iaitu antara 30,000–60,000 km.
    • Guna cecair yang diiktiraf oleh pengeluar. Campur jenama , risiko mahal untuk perbaiki.

    Penjagaan Luaran dan Dalaman: Tak perlu spa, tapi biar nampak bersih

    • Cuci kereta mingguan untuk elak kesan hujan asid dan habuk.
    • Guna wax atau ceramic coating sebagai ‘payung’ pelindung cat.

    Manual: Bukan sekadar bahan bacaan tertunggak

    • Manual ada info seperti tekanan tayar ideal, kod amaran, dan jenis minyak yang tepat. Boleh elak silap kos tinggi.
    towing kereta kuantan
    Kita tak nak kereta jadi macam ni. Dah kena towing kereta bawa ke Bengkel Kereta Continental Kuantan
    testimoni pelanggan yang datang ke bengkel Global Automotive Service
    Testimoni pelanggan bengkel kereta Global Automotive Services

    Boleh baca review pelanggan kami : Review pelanggan bengkel kereta continental Kuantan .

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, kalau korang adalah pemilik Continental di Kuantan, bengkel ini memang patut anda cuba. Nak tahu lebih lanjut atau buat temu janji? Klik link WhatsApp di bawah.

    Bengkel Continental Kuantan dipercayai!

    Waktu Operasi Global Automotive Services:

    Isnin – Sabtu: 8.30 pagi – 6.30 petang

    Ahad: 8.30 pagi – 5.00 petang

    By Nor Azlina

    Minat menulis artikel di blog dan website. Suka cabaran sebagai penulis artikel SEO.

    One thought on “Bengkel Kereta Continental Kuantan : Global Automotive Service Sg.Soi”

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *