Cara Mudah Buat ROTI GOLOK Cara Mudah Buat ROTI GOLOK - Beauty dan lifestyle

Cara Mudah Buat ROTI GOLOK


ROTI GOLOK aka ROTI VIRAL




ROTI GOLOK aka ROTI VIRAL



Bahan A
**********
1 cawan air suam
1 sudu besar gula
3-sudu besar yis

sila biarkan yis mengembang sebegini.. barulah boleh digunakan




Bahan B

**********

4 cawan tepung tepung high protien

3 sudu Besar Nestum (yang telah dikisar halus) (melembutkan doh)

2sudu besar mentega

1 biji telur

1sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)







CARA-CARA

**************

1. Tuang bahan A kedalam bahan B sedikit demi sedikit.uli doh sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit.




2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 utk sebiji roti.. buat memanjang n pintal2(ikut citarasa masing2)




3. Sapukan loyang dengan sedikit planta..(supaya roti tidak melekat pada tray dulang) Susun dlm loyang.. jarakkan 



4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda




5. sementara itu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing2 api atas bwh smp masak




6. Tunggu roti sejuk barulah sapu di atas pemukaan roti dengan butter/marjerin..




7. Kemudian taburkan atau tenggelamkan roti yang telah disapu marjerian tadi dengan susu tepung




8. Akhir sekali, Tekapkan roti tadi dengan gula kastor








TIPS supaya ROTI cepat gebu..
**Masukkan doh roti kedalam plastik bersih, dan hempuk doh sehingga ia lembut..




Selamat Mencuba!!






Cara Mudah Buat ROTI GOLOK Cara Mudah Buat ROTI GOLOK Reviewed by azlina ina on 8:00 AM Rating: 5

5 comments:

Powered by Blogger.