agar nasi sedap dan tak mudah BASI. Iyalah..,orang kita ni..asal nasi
basi jee mulalah pikir ada SYAITAN berak lah..Orang khianat la
kan.Walhal cara memasak nasi tu yang tak betul..
okay..salin erk nota nihh..
![]() |
petua..agar nasi tidak mudah basi |
lama/tidak cepat basi, isikan air di dlm periuk sehingga penuh.
Kemudian masak di atas dapur gas sehingga air mendidih.
nasi yg tahan lama.masukkan beberapa helai daun pandan ketika
proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Proses masak air sehingga mendidih di dlm periuk nasi ini tidak perlu
anda lakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya
sekali dlm sebulan. Atau ketika anda ada majlis atau kenduri sahaja.
Sesudah
air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Selain kita akan
mendapat nasi yg tidak cepat basi, kita juga akan mendapat saluran
sinki yg bebas dr kotoran degil seperti minyak tepu yg terhasil dr
minyak masak kegunaan harian serta lemak minyak dr ayam dan daging.
Kebaikan 2 dlm 1
![]() |
barulah sukat beras |
Lap
kering periuk nasi tersebut dan isikan dgn kuantiti beras yg ingin di
masak. Dlm gmbr ini, sy masukkan 6 mangkuk beras biasa. Berat semangkuk
beras adalah 500 gram. Maknanya sy masak sekaligus 3 kilo beras.
Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yg ingin anda masak.
![]() |
kaedah menentukan air |
Basuh
bersih-bersih beras yg hendak di masak. Di sini saya TIDAK MENGGUNAKAN
TERM ‘cuci beras jgn lebih dari 3 kali sebab nnt vitamin/zat beras akan
kurang/hilang’. A big no! Beras kena cuci bersih dan berkali-kali sampai
air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang. Bagi
kita yg beragama ISLAM, selawat lah byk-byk ketika dlm proses membasuh
beras ini. InsyAllah hasilnya akan baik-baik saja.
![]() |
sukat air menggunakan jari |
Setelah
siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yg paling MUJARAB
adalah dgn menggunakan JARI TENGAH. Masak lah berapa byk beras pun, 1
kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA.Ukur
menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk,
cuma ukur ketinggian air sahaja. Sblm ukur air, pastikan ratakan dahulu
permukaan beras.
Kaji beras yg anda gunakan.Beras
yg biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah
garisan jari tengah. Macam dlm gambar ini, sy guna beras biasa. Beras yg
perlu guna byk air, sukatan air guna garisan atas jari tengah. Dan
beras yg jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah
jari tengah. Kawan2 boleh rujuk gambar jari tengah yg sy ikat gunakan
getah utk memudahkan kawan2 faham sukatan air beras.
Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul2 di tengah garisan jari tengah.
Bila
sukatan air sudah sesuai dgn kuantiti beras yg hendak di masak,
masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo yg sy masak, sy
masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar
nasi yg masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.
Bila
nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi
supaya nasi masak secara rata. Wap yg terkumpul akan keluar dan nasi
tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yg cantik dan tidak
cepat basi. Mengikut periuk nasi yg sy gunakan, sekali masak muat utk 3
kg dan mengambil masa 1 jam. Selamat mencuba.Bawalah ilmu ini ke mana2 majlis merewang. Dan masaklah dgn penuh keyakinan.
Tutorial masak nasi putih yg mudah.
Nasi gebu berderai sebiji-biji, nasi tahan lama dan nasi yg terhasil sedap dan wangi.
credit : Noorastella
Owh… Baru tahu. Thanks for the tips.
Saya letak minyak masak setitik dua
Lain kali saya nak cuba tip ini pula
Wah baru tahu.
Boleh gunapakai lepas ni 🙂
Singgah sini dan follow
#BloggerPantaiTimur
akukaudansesuatu.blogspot.com
Tq for sharingg..rabia biasa masak nasi.
wow. baru tahu boleh letak garam dan basuh periuk dengan air pandan! tq ^^
terima kasih.
detail betul.
uwh patutla sy penh tgk mck masukkn garam dlm beras..baru tahu..tq info.