Tak pernah terfikir untuk bertemu kembali, akhirnya 4 mata bertemu. Kalau dulu, masing-masing kurus kering. Kini tak lagi ya. Masing-masing dah mempunyai 5 anak bersekolah.

kenangan zaman study

Patut lah,beberapa minggu sebelum berjumpa kawan masa zaman belajar di Institut Latihan Perindustrian  (ILP) ni. Mata ina berkedip. Orang tua-tua pesan,nak berjumpa orang jauh,tapi bagi korang yang tak percaya. Terpulang kepada masing-masing, sama ada nak percaya ataupun tidak. Tak susah pun kan? 



PERTEMUAN SETELAH 11 TAHUN





Akhirnya,tanpa dirancang pun. Sebab sebelum ni, dalam group whatsapp asyik beratib nak buat perjumpaan. Kami dah bercadang nak buat mini gathering lah. Daripada tahun berapa lagi berjanji,akhirnya sampai ke sudah tak berjumpa.

Iyalah,masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga.Itu yang agak payah untuk berjumpa. Kami berdua yang tak merancang sebarang perjanjian,akhirnya bertemu juga. Bukan senang tau nak boleh berjumpa ni. Masing-masing duduk di negeri berlainan.

Ina di Kuantan dan kawan yang dalam gambar ni Zamriah (Diah) asalnya dari Kelantan dan menetap di Puchong.






Semasa zaman belajar,bukanlah kami ni berkawan rapat. Best friend pun bukan. Mungkin di sebabkan Diah duduk berlainan bilik. JAdinya,kami taklah banyak masa untuk rapat. Yang menjadikan kami best friend ialah selepas zaman belajar. Hahaahha..Kelakar juga kan? Itupun  asbab group whatsapp tambahan lagi kami ni suri rumah. Selalu contact dalam whatsapp bertanya khabar, berjual beli dan berkongsi resipi masakan.


Korang rasa, Ina dulu belajar subjek apa di ILP ? Engineering? haha. Bukan. Bila bercakap engineering, seronok juga tengok syarikat epc company . Menarik betul . Sebab syarikat ini besar dan stabil. Sesuai lah sesiapa yang nak buat OJT dan training di situ.


BERTEMU DI PUCHONG





Kebetulan minggu lepas juga,Ina menghadiri Family Day anjuran dari Kelab Blogger Ben Ashaari  yang di taja oleh Farm In The City,Seri Kembangan. Alhamdulillah,Diah mempelawa supaya bermalam di rumahnya yang terletak di Puchong.Kami sekeluarga menerima pelawaan tersebut.

Sempat kami bermalam selama 1 malam sahaja. Sebab tak mahu mengganggu keluarga dia kan.Lagipun Diah baru sahaja habis berpantang.




Seronok sangat apabila bertemu 4 mata bersama kawan zaman belajar dahulu.Kami sama-sama mempunyai anak seramai 3 orang.Ehehehe.. Diah juga yang baru habis dalam fasa berpantang bersalinkan anak ke 3. Banyak yang kami bualkan tapi itu pun rasa macam tak cukup lagi nak bercerita msaing-masing.Heeee~ Bukan membawang erkk.



JALAN-JALAN PUTRAJAYA




Dataran Putrajaya







Semalaman di Puchong.Sempatlah kami seisi keluarga  di bawa (suami Diah yang bawa kami dengan menaiki hanya 1 kereta sahaja,yerlah jika 2 kereta kang..mahu sampai ke mana kami ni haa..ekekeke )ke tempat menarik di Putrajaya ni.Terimakasih juga kepada suami Diah(Sarjan Hadi).. Walaupun mereka tak baca blog ni.Tetap ina akan simpan kenangan di blog.Terima kasih sangat kerana sudi melayan tetamu.Siap bawa kami sekeluarga ke Dataran Putrajaya lagi.. Best lah aktiviti di sana.Untuk aktiviti anak-anak. Sempatlah kami bergambar di masjid Putrajaya ni.Alhamdulillah..,jika mereka ni takda.Mahu kami sekeluarga terperap jer dalam bilik hotel.Hihihihi.. 




Port menarik untuk bergambar ni kat Masjid Putrajaya..View malam




Akhir kata,semoga kalian sekeluarga  di murahi rezeki sentiasa serta dalam lindungan allah s.wt selalu.

By Nor Azlina

Minat menulis artikel di blog dan website. Suka cabaran sebagai penulis artikel SEO.

4 thoughts on “11 Tahun Dah! Kini Kami Bertemu Kembali”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *