Tetapi..,macam mana pula jika rambut dibiarkan.Tiada penjagaan khusus? Semestinya..,rambut akan mudah rosak,berbau dan berkelemumur.Euwww~~ Jadi..bagaimana ingin mengatasi masalah sebegini?
JENIS RAMBUT
Adakah rambut anda jenis normal, berminyak atau kering? Ketiga tiganya mudah mengalami masalah kelemumur. Setelah kenalpasti jenis rambut, pilih syampu yang sesuai. Rambut yang berminyak perlu menggunakan syampu yang berasaskan oil control.
Manakala rambut kering pula perlu dilengkapi dengan perapi untuk melembutkan rambut. Sekiranya korang gemar mewarna, mengerinting atau rebonding, anda memerlukan perawatan yang khusus untuk rambut.
KENALI AKTIVITI
Adakah anda seorang yang aktif atau sering terdedah dengan persekitaran? Dengan mengenali dan menyedari aktiviti korang seharian, boleh lah korang dengan memilih jenis hijab yang sesuai serta mudah menyerap peluh dengan baik. Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada kesihatan rambut.
MENCUCI RAMBUT
Menurut pakar, rutin terbaik bagi mencuci rambut ialah sekali dalam 2-3 hari. Pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut anda. Tidak semestinya mahal, asalkan ia sesuai dengan korang seterusnya menjadikan kulit kepala terasa bersih, segar, lembut, lurus, lebat, bebas kelemumur serta terlindung daripada sinaran UV.Wahhh!! hilang segala kegatalan dan berminyak kulit kepala tu kan?
MANJAKAN RAMBUT
Sekali sekala berikan perawatan ekstra buat rambut anda. Contohnya menggunakan creambath di salun pilihan. Namun, jika korang seorang yang sibuk dan tiada masa untuk ke salun, usah bimbang.
Kini, terdapat pelbagai syampu yang lengkap dengan rangkaian perawatannya, bermula dari syampu hinggalah ke perapi. Setelah mencuci rambut, sapukan perapi kemudian bersihkan dengan air bersih. Gunakan syampu dan perapi secara berasingan kerana fungsi syampu ialah membersihkan helaian rambut dan kulit kepala. Sementara perapi untuk melembutkan sahaja.
TERDEDAH KOTORAN
Rambut boleh menjadi punca kepada pelbagai kuman dan debu. Sekiranya rambut korang tidak bersih kerana kurang penjagaan, elakkan menyentuh bahagian tubuh yang lain seperti wajah terutama ketika basah. Kuman dari rambut yang di sentuh akan mudah dipindahkan ke wajah.
Lebih parah jika kulit wajah korang jenis berminyak dan berjerawat. Maka, jagalah kebersihan rambut sebaik-baiknya.
Cara lain ialah gantikan sarung bantal secara kerap kerana segala kotoran yang terlekat pada sarung bantal akan menyebabkan jerawat.
PILIH TUDUNG
Pastikan korang memilih tudung yang ‘mesra’ dengan rambut serta sesuai dengan keadaan. Contohnya ialah jika ke tempat kerja, pilihlah yang berfabrik lembut dan tipis bagi memudahkan peredaran udara keluar masuk.
GANTI TUDUNG SETIAP HARI
Pastikan korang tidak mengulangi tudung yang sama secara kerap. Ini kerana tudung tersebut pastinya sudah terserap peluh dan kotoran sewaktu korang memakainya.
Disarankan supaya menganginkan terlebih dahulu tudung yang telah anda pakai sebelum mencucinya. Namun, jika anda memakainya dalam tempoh yang singkat contohnya ke kedai berhampiran, ia bolehlah digantung dan dipakai kembali. Namun, elakkan memakainya untuk ke tempat kerja.Eheheeh..bukanlah apa,,risau nanti..,bau hapak semerbak.Kesian rakan di pejabat terpaksa hidu bau yang tidak menyenangkan.
DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Anda boleh mendapatkan nasihat pakar farmasi untuk syampu yang sesuai. Perlu diingat, masalah rambut kadangkala bukan disebabkan cara korang menjaga dan mengendalikanya. Mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendiri jika korang tidak mencari penyelesaiannya.Takkan nak tunggu rambut botak dahulu kan? Baru nak bertindak…hemmm.
ELAK GOSOK RAMBUT TERLALU KASAR
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, lurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Jangan gosok rambut dengan kasar.
SIKAT RAMBUT APABILA PERLU SAHAJA
Okay..korang yang bertudung.Jangan disebabkan korang berfikiran.’Aku bertudung’ jangan pula biarkan rambut tidak bersikat pula.Nanti boleh menyebabkan rambut menjadi kusut dan tidak terurus.
Jika selalu sangat menyikat rambut, menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak berlebihan.
ELAK GUNA PENGERING RAMBUT
Supaya rambut tak mudah kusam. Jika tetap memilih pengering rambut, gunakan pada suhu tinggi kerana suhu rendah akan mengambil masa lebih lama untuk mengeringkan rambut. Risikonya, rambut lebih mudah rosak.
Okay,diharapkan dengan berkongsi 11 tips Penjagaan rambut bagi Wanita Bertudung/Hijab dapat memberi kebaikan kepada semua golongan wanita bertudung.Selepas ini,korang dah tak perlu risau lagi berkenaan isu rambut tidak sihat atau sebagainya.Jika korang ikuti tips ini,insyallah.Tiada lagi masalah berbangkit mengenai rambut dan bertudung.
jarang nak pakai balik tudung ni sebab kepala rajin berpeluh. Tengah cari product untuk rambut sebab rambut asyik berbuah je