4 Sebab Wanita Cepat Nampak Tua dan GEMUK selepas Berkahwin

Segelintir para suami sudah mula mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik,nampak tua,gemuk,menggeleber sana sini..Tetapi tahukah korang (suami sekalian)..Pernah tak berfikir..,kenapa Isteri jadi sebegitu?? Sudah tidak menarik lagi di mata korang? Punca dan sebab khusus isteri tidak menarik lagi di mata suami??




SAYA dah gemuk selepas kahwin,
isteri gemuk


1. Suami Jenis Selfish



Tahukah,wahai suami...,? jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga betul-betul  hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk..

 tetapi kesian lah sikit, si isteri terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tetapi si suami..?? layan jer sambung makan atau yang jenis suami handphone kat tangan, buat-buat tak dengar anaknya menangis

So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.Nasiblah,tak tercekik si isteri.Mati saja jer isteri tu kan?


2. Suka Menghabiskan Sisa makan



Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”


3. Bangun Malam



Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.Wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak.. 

Bila tak cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Nutox anti aging ker, aper ker… takkan nak hilangnya. Petua untuk cantik kan  yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA. Atau bolehlah mencuba teknik urutan wajah ini : Petua betul untuk Elak Kedutan Wajah




4. Suami Pemalas,jadikan Isteri seperti Babu



Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik ke rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini..(pendek kata..,nak ambil air di dapur pun malas bangun dan berjalan..) So, wanita pun membebel, marah-marah… dan bila marah-marah, banyak leter, so cepatlah jadi tua.. dan paling bahaya lagi isteri boleh jadi Depression.


Kesimpulannya. ..wanita cepat lah nampak tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri korang. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri  tiada, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia sementara, para suami mungkin tidak mampu melakukan seperti isteri lakukan.




  Tips lain :   9 Cara Kekal Kurus Selepas Bersalin



Dan,suami sekalian..Dah tahu isteri tu gemuk dan tak menarik lagi.Belikan isteri produk,manjakan isteri di spa ataupun ajaklah isteri sama-sama berjogging. Janganlah awak sorang jer yang nak kurus.Nak jaga body kan? Kesian isteri.. Selfish betul suami macam ni kan?


Okay..bagi isteri diluar sana..jangan terlampau stress sangat yer. Chill sahaja..banyakkan ingat allah s.w.t.Tetapkan dalam hati,basahi lidah sentiasa dengan  berzikir.Kang,kalau tak berjaya kawal diri.Terjadilah kes-kes bunuh anak ni semua.Haishhh,moga kita kaum isteri dijauhkan dengan kes-kes sebegitu.






type='text/javascript'>