NUTOX : Cleanser Terbaik untuk semua jenis Kulit



Kebetulan pencuci muka ina sudah habis. Jadinya ina tercari-cari juga di google produk apa yang sesuai untuk kulit ina.Lagi pun ina sudah memasuki angka 31,pada tahun ini..huhuhuh.Jadi,memang kalau boleh nak yang betul-betul berkesan bagi kulit wajah ina.


Kulit wajah ina takda masalah banyak pun.Bukan berjerawat..Tetapi bermasalah kulit berminyak dan kering di sebahagian wajah.huuuuh.Kadang tu, kering di dahi dan juga dagu..,memang geram betul lahhh.

Kebetulan ina terbuka laman web lazada,seminggu sebelum akhir tahun 2017 tempoh hari.Ina sudah ternampak ada sale skincare,tetapi malang nya..ina tak sempat nak grab promosi tersebut. Akhirnya, teringat kat Guardian..eh..boleh pula beli online.Terus ina order NUTOX di guardian secara online.. ada promosi. 


Bukan beli disebabkan Gelombang #FATTZURA tetapi tertarik dengan tagline NUTOX iaitu  Nutox 7 day stay Young.Eheheheeh..Siapa tak mahu Awet Muda oiii.. Eh, itu tagline lain punya keluaran Nutox yang botol merah.. Tapi tak kisah mana pun.Ina memang sudah tertarik dengan tagline berikut.Hahahahaha


NUTOX ni yang buatkan ina tertarik adalah ia tidak mengandungi paraben dan SLS.Juga mengandungi Bird Nest...ina memang tak boleh dengar kalau ada bird nest nii.. heeeehh.Geram nak mencuba

Okay,hari ini bertarikh 21 January 2018..dan ina start gunakan Nutox pada 28 Disember 2017. Malam itu juga gunakan terus..hihihii.Ina memang spesis tak sabar sangat nak gunakan mana-mana produk yang ina beli itu.Sebelum ina gunakan Nutox,ina memang dah stop guna mana-mana produk.Orang kata..kena biarkan wajah bebas dari sebarang skincare jika nak mencuba yang baru. Sekurang nya 3minggu,tetapi ina dah sebulan lebih tau.Hukhukhuk..Tak selesa betul masa ni  muka.Macam mana la mereka yang jenis tak suka mencuci wajah tu ya? 

Muka ina semakin menjadi jadi pabila ina biarkan muka tak menggunakan sebarang pencuci wajah.Minyak bermaharajalela di seluruh wajah. Kulit ina sendiri.Sebulan bebas skincare..tiada pencuci wajah,tiada serum.Hasilnya..liang roma terbuka.Sedih sangat tau...

Ina hanya amalkan scrub setiap hujung minggu sahaja sementara nak bebaskan kulit wajah dari sebarang skincare.. Scrub wajah dengan bahan semulajadi


Pada malam 28 Disember tu..baru start cuci wajah dengan cleansing foam Nutox.Lega sangat.. Kulit lembut aje bila bangun pagi tu.Kulit sudah tak berminyak sangat. Hari ke 2 baru lah nampak perubahan.Minyak terus tiada di wajah.Tak mengeringkan kulit.Dan paling best Nutox Cleansing Foam ini wangi dan tak memedihkan kulit.Mungkin Cleansing foam ini amat sesuai dengan ina.Betul-betul serasi dengan kulit kombinasi ina. 


Selepas selesai cucian wajah,ina gunakan pula Toner Nutox.Toner dari Nutox ini, memang lain dari lain tau.Ia memang betul-betul menjaga kualiti.Satu satunya,Toner yang menggunakan spray.Spray ke arah wajah dan tepuk tepuk sedikit wajah korang tu.Dan selesai.. 



ni wajah ina tak mekap..just pakai celak kening sahaja




Dan sekarang.. ina hanya gunakan Cleanser sahaja.Toner dah tak gunakan lagi..hihihi.Tiba-tiba bila memasuki minggu ke 4,kulit ina terasa panas semasa spray serum.Jadi,ina tak nak ambil sebarang risiko untuk memakai Toner tersebut.Ina tak hasut korang yeee... Bukan semua skincare sesuai dengan kulit wajah kita. Kulit ina sendiri,hanya cleanser foam sahaja yang sesuai dengan kulit. Jadi..ina hanya teruskan juga pencuci wajah dari Nutox dan ina sambung dengan produk penjagaan dari Bio essence

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.