Pengalaman Berbekam | Hilang sakit Migrain..

Assalamualaikum..


Selamat pagi duniaa~ Yeeehaaa! Alhamdulillah.Syukur nikmat allah s.w.t berikan terhadap Ina.Alhamdulillah, sakit-sakit kepala,kemungkinan migrain puluhan tahun dahulu ingin berulang kembali,dapat diselesaikan dengan berbekam.Syukur~



Kisah MIGRAIN


 Kisahnya, semasa zaman ina kecil.Seingat ina,sewaktu berumur 10 atau 11 tahun.Satu hari tu,kepala berdenyut.Semacam nak pecah.Keadaan ketika itu,Ina tak boleh bangun langsung.Hanya berbaring di katil.Dan.. apabila bangun saje dari berbaring, muntah-muntah yang sangat kronik.Ermm..,kan budak lagi ketika itu,menangis saja yang mampu.


 Setelah ke klinik,doktor memberikan ubat bewarna biru.Besar gedabak juga.Nak menelan tu,emm. Memang asyik duk ulang jer minum air.Tetapi ubatnya masih ada diatas lidah.Kahkahkah~ Tetapi iu dahulu lah.Sekarang ni dah dewasa,segala ubat dah boleh menelan,ahaks!


 Ehh,sebab ubat besar gedabak tu lah.Sakit migrain sudah tak kembali.Sehinggalah sekarang ni,umur pun dah 31 tahun.Tup-tup migrain kembali menyerang.Tetapi kali ni,migrain biasa.Sakit sangat kepal semasa sujud didalam solat.Ngappp! Dia tarik sakit kepala tu.. mata pula seakan nak pecah.Hee.Itulah gambaran yang Ina boleh cakap.


BERBEKAM di Rumah



  Hampir seminggu juga sakitnya.Dan, akhirnya.Terpaksa mengalah.Tetapi kali ini.Bukan ke klinik lagi.Kebetulan suami Ina ni memang biasa berbekam dengan orang yang dia biasa ambil tu.Hampir setiap bulan juga suami berbekam.Dan... alhamdulillah, Juru bekam tu.. isteri kepada yang bekam suami tiap bulan tu.Mudah lah..,dari rumah jer kan? berbekam.Tak perlu susah payah lagi nak berbekam di kedai ke apa.Sebab anak-anak asyik duk mengacau nanti.Lagipun,Ina lebih selesa bekam di rumah. Tehehehe.



Tujuan asal,memang nak bekam bagi masalah migrain tu saja.Tetapi,dah alang-alang kan? Terus bekam satu badan ha.Puashati! Petang semalam,terus set appointment untuk berbekam.Selepas maghrib tu juga jurubekam tu datang.


Bila sebut bekam.Mesti soalan pertama yang muncul di mulut-mulut orang ni.Sakit tak bekam? Termasuklah Ina sendiri.Hehh.. Dan jawapan Ina.Tak sakitlah,sakit lagi beranak weii.. ,kena toreh dan kena jahit hidup-hidup..Fuhhh! Setakat bekam ni,best sebenarnya.



Proses BEKAM




pengalaman bekam,bekam kuantan,bekam sunnah,Cara buang toksin dengan bekam,bekam bagi masalah migrain
Proses berbekam sedang dilakukan 


Gambar sekadar hiasan..


Sebelum proses berbekam ini dilakukan.. kawasan yang ingin di bekam itu akan disapukan aspirin terlebih dahulu.Aspirin digunakan bagi menahan sakit.Jadi,taklah sakit kot.Tetapi bukan bius ni tau.Hahaha..


Sesudah kawasan yang ingin di bekam itu disapukan dengan aspirin.Maka,proses seterusnya dilakukan iaitu bekam angin pula.


Heeeh~yang ni kelakar tau. Antara perbualan ina bersama jurubekam tersebut



Ina : er,dah cucuk jarum ke tu? 

Jurubekam : Belum lagi,ni proses bekam angin dulu.Sebelum bekam darah dilakukan.

Ina : Errrrrrkkkk.. dalam hati (Cehhh,ingatkan dah cucuk dengan pen dia tu.Seakan pen,tetapi dalam tu.Mengandungi jarum halus) Patutlah tak berasa lagi.. 


Sebelum bekam darah,jurubekam akan cucuk dengan pen bekam tu bagi memudahkan proses bekam darah dilakukan.Errr,, pen tu dia akan cucuk di bahagian tempat cup bekam angin tadi tu.Korang faham tak?? Faham-faham lah yer. Ekekeke..


Ohh,yea.Hampir terlupa pula nak cerita.Ikutkan asalnya nak buat bekam migrain tu jer kan? Tetapi disebabkan Ina sayangkan rambut ni haa.Sebab bekam ni bagi menyelesaikan masalah sakit kepala,jurubekam akan bekam di kepala.Dan akan mencukur sedikit rambut bagi memudahkan proses berbekam.Tetapi,nasib baiklah .. ada alternatif lain. Jurubekam ni syorkan kepada Ina untuk bekam di kedua belah leher dan satu point di tengkuk jer bagi masalah sakit kepala tersebut.


  Dan.. oleh sebab dah alang-alang berbekam.Teruslah minta jurubekam tu buat satu badan.Iaitu di bahagian belakang sahaja.Jika kaum lelaki pula,boleh dilakukan di depan dan belakang badan.Tetapi harga ni.. lainlah.Sebab depan belakang badan kan? 



Feedback Berbekam



 Selepas berbekam tu kan.. apa yang ina dapat rasakan.Penglihatan ni,seolah terang dari sebelum ni.Ermm,korang rasa ada kemungkinan ke tak ek dengan mata? Yup,Ina ada masalah rabun jauh.Mata jadi cerah dan segar.Angin ada keluar dan terasa seperti nak muntah pun ada.Angin banyak ek.. 


Okay..rasa nak melompat.Bila migrain dah hilang.Legalah..alhamdulillah..


 Semasa proses dilakukan,darah yang keluar tak berbuih.Katanya jurubekam tersebut,jika darah berbuih maknanya tubuh badan penuh asid.Iaitu tinggi toksin.Haaa~ risau kan? 


 Dan .. apa yang best.Semasa berbekam angin keluar.Kentut dan sendawa..ehehe.


 Dari segi darah pula,darah berbekam Ina keluar sedikit.Taklah banyak seperti suami Ina tu.Separuh baldi kecil.. Ina yang tengok pun hampir pitam.


 Keseluruhannya,berbekam ni sangat bagus bagi membuang darah kotor didalam badan kita.Harga berbekam ni RM 100.00 termasuk bekam di leher dan  belakang badan.Total ada 12 cup jika tak silap ina.Next..kemungkinan pula ina nak repeat tetapi nak buat bagi masalah resdung pula.



Jurubekam Kuantan wanitahttps://www.facebook.com/princess.lavender2

  















type='text/javascript'>