Assalamualaikum..
Selamat pagi duniaa~ Yeeehaaa! Alhamdulillah.Syukur nikmat allah s.w.t berikan terhadap Ina.Alhamdulillah, sakit-sakit kepala,kemungkinan migrain puluhan tahun dahulu ingin berulang kembali,dapat diselesaikan dengan berbekam.Syukur~
Kisah MIGRAIN
Kisahnya, semasa zaman ina kecil.Seingat ina,sewaktu berumur 10 atau 11 tahun.Satu hari tu,kepala berdenyut.Semacam nak pecah.Keadaan ketika itu,Ina tak boleh bangun langsung.Hanya berbaring di katil.Dan.. apabila bangun saje dari berbaring, muntah-muntah yang sangat kronik.Ermm..,kan budak lagi ketika itu,menangis saja yang mampu.
Setelah ke klinik,doktor memberikan ubat bewarna biru.Besar gedabak juga.Nak menelan tu,emm. Memang asyik duk ulang jer minum air.Tetapi ubatnya masih ada diatas lidah.Kahkahkah~ Tetapi iu dahulu lah.Sekarang ni dah dewasa,segala ubat dah boleh menelan,ahaks!
Ehh,sebab ubat besar gedabak tu lah.Sakit migrain sudah tak kembali.Sehinggalah sekarang ni,umur pun dah 31 tahun.Tup-tup migrain kembali menyerang.Tetapi kali ni,migrain biasa.Sakit sangat kepal semasa sujud didalam solat.Ngappp! Dia tarik sakit kepala tu.. mata pula seakan nak pecah.Hee.Itulah gambaran yang Ina boleh cakap.
BERBEKAM di Rumah
Hampir seminggu juga sakitnya.Dan, akhirnya.Terpaksa mengalah.Tetapi kali ini.Bukan ke klinik lagi.Kebetulan suami Ina ni memang biasa berbekam dengan orang yang dia biasa ambil tu.Hampir setiap bulan juga suami berbekam.Dan… alhamdulillah, Juru bekam tu.. isteri kepada yang bekam suami tiap bulan tu.Mudah lah..,dari rumah jer kan? berbekam.Tak perlu susah payah lagi nak berbekam di kedai ke apa.Sebab anak-anak asyik duk mengacau nanti.Lagipun,Ina lebih selesa bekam di rumah. Tehehehe.
Tujuan asal,memang nak bekam bagi masalah migrain tu saja.Tetapi,dah alang-alang kan? Terus bekam satu badan ha.Puashati! Petang semalam,terus set appointment untuk berbekam.Selepas maghrib tu juga jurubekam tu datang.
Bila sebut bekam.Mesti soalan pertama yang muncul di mulut-mulut orang ni.Sakit tak bekam? Termasuklah Ina sendiri.Hehh.. Dan jawapan Ina.Tak sakitlah,sakit lagi beranak weii.. ,kena toreh dan kena jahit hidup-hidup..Fuhhh! Setakat bekam ni,best sebenarnya.
Proses BEKAM
![]() |
Proses berbekam sedang dilakukan |
Gambar sekadar hiasan..
Sebelum proses berbekam ini dilakukan.. kawasan yang ingin di bekam itu akan disapukan aspirin terlebih dahulu.Aspirin digunakan bagi menahan sakit.Jadi,taklah sakit kot.Tetapi bukan bius ni tau.Hahaha..
Sesudah kawasan yang ingin di bekam itu disapukan dengan aspirin.Maka,proses seterusnya dilakukan iaitu bekam angin pula.
Heeeh~yang ni kelakar tau. Antara perbualan ina bersama jurubekam tersebut
Feedback Berbekam
Okay..rasa nak melompat.Bila migrain dah hilang.Legalah..alhamdulillah..
takutla ina..hihi
sakit migrain punya pasal,redah jer ciknor
tak pernah berbekam lagi setakat ni..takut
memang takut juga pada awalnya,tapi sebab dah tak tahan dengan migrain.Nak solat pun susah,sakit kepala macam nak pecah.Merana.. banyak kerja pending.So..berbekamlah.
nak buat tapiii takut..!! tp bagus la bekam. ikut saranan sunnah juga kan.. insyallah one day =D