Pontianak si pemilik batu yang di jumpai | Realiti atau mimpi


Assalamualaikum...


Bangun pagi ini,pening betul kepala.Janganlah berulang lagi migrain yea,bulan lepas dah berbekam . Huhuhu.. Okay,berbalik kepada apa yang Ina nak ceritakan ni baiklah korang fokus tang ni.Sebab apa Ina jadi sakit kepala pagi ini..Errmmm. Mestilah tak cukup tidur.Tidur malam pula terganggu akibat bermimpi seram.




Terjaga tidur 



Apalah nasib malam tadi,walaupun kaki telah dibasuh dan wuduk telah pun diambil sebelum tidur.Mimpi seram tetap juga menghantui.Mungkin petua basuh kaki sebelum tidur hanya sekadar mitos sahaja.Iyerlah.. orang tua-tua dahulu kan? Penuh dengan segala petua.Tetapi bukanlah nak menidakkan..Dah kebetulan kan nak kena? Mungkin dari petua itu ada benda tersirat disebalik petua.Heeeee~


 Dan sebelum tidur juga Ina bersama anak-anak membaca doa-doa lazim iaitu 3 Qul dan bersama ayatul qursi serta mengucap dua kalimah.Ini antara amalan sebelum tidur kami anak beranak.




Bermimpi PONTIANAK!



  Uishhhh~ Bila nak ingatkan kembali cerita mimpi  Ina ni.Haihhh~ seram betul.Sangat seram,bagi diri sendiri lah.Korang tak tahu lah macam mana yea punya perasaan.


 Sebelum terjaga dari tidur, bermimpi pontianak berjaya menangkap Ina.Dan yang paling takut adalah,Pontianak tersebut mahu menghisap darah Ina.Puas dah melarikan diri.Tetapi pontianak tersebut berjaya menangkap juga.Dan dalam mimpi tersebut,Ina membaca surah yassin.Tapi tidak berjaya menghabiskan bacaan disebabkan belum habis menghafal.Adeii~~ pontianak tersebut sudah menghisap ibu jari kaki dan tangan ( seolah-olah seperti ia betul berlaku.. sakit sangat)



PONTIANAK Kepanasan



Pada masa itu juga Ina menukar bacaan seterusnya iaitu ayatul Qursi.Baru sahaja membaca kalimat:

a’udzu billahi minasy syaithonir rojim. Yang beerti, aku berlindung kepada Allah dari (godaan, kejahatan, bisikan) syaitan yang terkutuk.


Semasa ini pontianak tersebut sudah kepanasan,pontianak itu berkata "Panas..panasssss,, sambil menutup telinga" dengan kukunya yang panjang dan tajam.


Dalam mimpi ini,muka pontianak tu.Taklah buruk tapi menyeramkan sangat sebab dia menyeringai senyum.Alahhh,korang sendiri lah bayangkan macam mana rupa pontianak tersebut.

Betul-betul Pontianak 




 Diteruskan dengan surah ayatul qursi sambil ulang baca sehingga terjaga dari tidur pun masih lagi kumat kamit membaca ayat qursi.Dan banyak kali juga ulang baca ayat qursi itu sebenarnya.Dengan niat,pontianak tersebut takde lah menganggu sehingga ke dunia realiti dan bukan alam mimpi.



Entahlah,macam mana nak cerita kat korang semua.. wahai pembaca blog.Setelah banyak kali ulang baca ayat qursi.Semakin seram jer sekeliling.. macam pelik pun ada.Dan secara tiba-tiba tu juga ada something berbunyi macam ni .. "Huuuuuuuuuu.. " kedengaran begitu sayup dan menyeramkan.




SOLAT TAHAJUD



Dengan sepantas kilat,sambil mulut membaca ayat qursi tanpa henti dari tadi.Terus berlari ke tandas (ambil wuduk)..,dengat niat nak mengerjakan solat tahajud.


 Selesai mengambil wuduk tadi,perasaan seram itu masih ada.Tetapi Ina kuatkan juga hati , tanpa mengejutkan suami yang sedang enak dibuai mimpi.Kalau boleh, nak lawan sorang-sorang.. cabar diri.Tanpa bantuan suami..


 Solat tahajud yang didirikan Ina tadi adalah sebanyak 2 rakaat sahaja.Rakaat pertama hanya bacaan surah lazim dan rakaat kedua banyakkan membaca surah ayat qursi, al-kafirun dan 3 qul secara berulang.Alhamdulillah,dalam ketakutan habis juga solat tu.Setelah selesai menunaikan solat tahajud dan berdoa,sambung lagi dengan membaca surah yassin di al-quran.Ketika ini,suara memang tak keluar sangat.Hihihii.. 



Yang peliknya,selepas solat tahajud itu.Sambung lagi bermimpi pontianak!! Ahhh..mungkin perasaan jer kot.Terlalu banyak memikir..



sunyi dan terpencil.pantai sepat




 Lampu bilik tidak di Off kan.Iyerlah.. seram lagi kot.Ehehehe.. Jam menunjukkan 2.54 pagi ketika itu.Dalam kepala bermacam fikir,macam-macam hal dan tiba-tiba teringat ahad yang lepas.Aktiviti kami sekeluarga ketika berada di Pantai Sepat,kami seronok menikmati keindahan alam semulajadi disana.


Dan.. sebelum pulang ke rumah,Ina ada mengambil sesuatu.Terpesona akan kecantikan batu tersebut.Terus bawa pulang.. batu yang mungkin dengan berat 2kg.Berjaya dibawa pulang ke rumah.. gigih kutip tau Ina ni..


Sebelum ambil tu,suami ada memesan supaya jangan ambil batu tersebut.Risau ada benda yang mengikut (menumpang) pulang sekali.


Suami : Awak tak takut ke ambil batu tu bawa balik?

Ina : Insyallah,takde pape lah.

Suami : Jangan ada yang kacau malam-malam sudah lahh.



Batu tersebut Ina berkenan sebab cantik dan sesuai untuk dijadikan prop untuk product review..



3 hari yang Lepas..


Sebenarnya, suami pun dah rasa lain macam malam selepas membawa pulang batu tersebut.Katanya tak boleh tidur malam .. 

Malam itu juga,Furqan yang berusia 2 tahun meragam.Asyik menangis jer sebelum tidur.Ermm.. fikirku mungkin sebab hidung tersumbat selsema kan? Heee..so,biarkan sahaja.Tepuk-tepuk bagi dia lena..

Hari ini adalah hari ke-3 batu itu berada dirumah.Furqan masih meragam lagi..




Ingin pulangkan kembali..



Bangun pagi tadi,bagitahu pada suami bahawa ingin memulangkan kembali batu yang diambil tempoh hari.Suami? Awal-awal kata tak mahu pergi ke sana dah.Hurmmmm... tapi kan,memang rasa lain sangat.Perasaan seram tu lah,anak-anak pun jadi lemah semangat dah ni.Tak tahu lah kenapa,especially si Furqan tu.Ni dia duk berkepit jer atas riba.. 







pantai sepat,sunyi dan terpencil,seram,kisah seram,kisah pontianak,diganggu pontianak



 Kalau korang nak tau,pantai sepat ni adalah antara tempat yang terpencil dan agak seram.Redup jer tempatnya..terasa seperti memasuki alam lain pula bila ke sini.Eheheheh... dipenuhi pokok rhu dan di depan kawasan ni pula adalah pantai.Pantai yang dipenuhi oleh batu-batu yang cantik dan bergemerlapan.Kat sini,takde orang berkelah.Sebab sunyi sangat.. jika datang secara perseorangan agak merbahaya.Jika berkeluarga tak takut sangat pun.

1 comment:

  1. mak aihh baca petang 2 ni pun seram..hishh..kalau nad tak berani ambil batu-batu ni dekat luar..seramm

    ReplyDelete

Powered by Blogger.