Isu Fake Bird Nest. Macam Mana nak kenal?


9:44 AM




Kecoh di kalangan netizen tentang bird nest.Berkenaan isu FAKE bird nest ni.. macam-macam lah korang ni.Ina,buat rileks jer lah. Benda kecil jer pun.Janji kita sebagai pengguna,mestilah jadi  bijak.



  Sebenarnya isu fake tak betul pun.Yang menjadi isu fake adalah kurangnya bird nest dalam minuman tersebut.Percaya tak? ada yang 2% 7%,18% dan ada yang 28% isi kandungan bird nest.Semakin banyak kandungan bird nest,semakin mahal.Dan warna didalam minuman bird nest tersebut lain-lain warna.Warna lain-lain disebabkan campuran didalam kandungan bird nest lah. Korang perasan ke tidak? 



 Tapi korang jangan cakap kalau nak kenal minuman bird nest tu kena ada bulu pelepah burung walet pula ekk.Itu pengotor namanya.Sebab tak dibersihkan bird nest itu dengan betul.Leceh nak kena cabut-cabut bulu pelepah burung walet yang melekat pada sarang dia kot.Itu yang dijual mahal.Sebab cara penyediaan itu agak payah..


 Selebihnya dalam minuman bird nest tersebut adalah campuran fungus,ginseng,gula batu, ataupun kolagen.




kinohimitsu,fgwalet,lovlin,bird nest
Bird Nest



   Ina sendiri,peminat tegar bird nest juga.Selepas mengetahui kebaikan dan khasiat mengamalkan bird nest. Pernah consume produk Kinohimitsu,LOVLIN bird nest dan terkini FG walet jenis minuman dalam botol.Cuma yang pure dari bird nest tu jer belum cuba lagi.Hihihi.. kocek belum cukup bajet lagi nak mencuba.


  Sebelum korang nak beli bird nest tu,perhatikan lah terlebih dahulu kandungan bird nest tersebut.Berapa peratus sebenarnya yang ada.Banyak fungus ke,ginseng atau kolagen.


 Sekarang ni apa yang menjadi masalah ialah kat dapur Ina banyak betul botol kaca ni tau.Nak buang sayang pula,sebab cantik.Hahaha.. Ke ada yang nak beli? Eh,tanya jer. Tapi suami mula dah bising ni,dia nak buang.





Minuman bird nest,minuman Fouziah ghous,trending bird nest
Minuman Bird Nest



 Kat atas ni Ina cuba minuman bird nest dari FG walet. Sebotol RM 12 ha, pejam mata jer nak membayar untuk 9 botol.Ahaks! Trending katanya,itulah cuba juga macam mana rasa.Tetapi harus diingatkan,ini hanya minuman.Setakat nak hilangkan dahaga.Yang ni sesuai lah.



Mana satu untuk kesihatan dan kulit Toink-toink



  Andai kata korang  nak kulit toink-toink tu takdelah.Yang tu korang kena beli yang jenis dalam botol kaca macam jem tu.Sebab yang tu barulah betul untuk kesihatan dan kecantikan kulit.Hihihihi.. 




Kinohimitsu,snow lotus,bird nest
Kinohimitsu



  Tadaaaa! Setakat ini.Brand Kinohimitsu paling best,dan ia mampu dimiliki bagi golongan macam Ina ni haa.Ina sudah cuba 2 jenis dari brand Kinohimitsu iaitu Snow Lotus bird nest dan Ginseng Fungus bird nest.


1 Kotak ada 6 botol. Kandungan bird nest pun banyak lah juga. Favourite Ina semestinya Snow Lotus.Tak manis langsung.Sesuai lah dengan tekak.Walaupun ia mempunyai Rock sugar,tetapi takdelah terlampau manis.Seperti minum air gula putih tuu.


  Kesimpulannya,jika korang takut berkenaan isu fake ini.Dinasihatkan beli bird nest yang original,dan masak serta kukus sendiri bird nest bersama rock sugar tu dirumah.HIhihihi... Boleh cari di Instagram.Ramai seller yang jual dalam bentuk raw bird nest. Sah-sah original bird nest walet.


 Ini hanya pengalaman Ina sahaja sebagai pengguna bird nest.Lain orang,lain pendapat.Nak kulit cantik toink-toink dan sihat,buat lah pelaburan sikit.Untuk pengetahuan korang,Ina amalkan bird nest ini pun sebab anak yang sulung mempunyai ekzema dan sesuai.Jadi,kami seisi keluarga memang amalkan.

4 comments:

  1. Akak amalkan minum bird nest ni untuk turunkan tekanan darah tinggi..ntah cane akak dapat darah tinggi...so far alhamdulillah sejak consume tekanan darah akak stabil x pernah naik dah...maintain je

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. yeke? alhamdulillah. Patut nampak kulit akk glowing tuu. Awet muda gitew..

      Delete
  2. ramai duk update bird nest. teringin jugak nk cuba tapi tu lah, harga dia pulak boleh tahan. hehe. ada rezeki lebih nnt cuba la

    ReplyDelete

Powered by Blogger.