Pengakuan Berani Mati Saya Sebagai Seorang Blogger!

Penulis Upahan atau Ghostwriter


Pengakuan Berani Mati Saya Sebagai Seorang Blogger | Alhamdulillah.. sekarang saya dah jadi work from home. Betul-betul boleh membuat duit dengan menulis. Saya bermula menjadi sebagai ghostwriter (Penulis Upahan)  sahaja. Saya mula aktif mengambil upah menulis seperti menulis artikel , menulis ebook, menulis content di socmedia client dan Copywriting.


Entri lain : Servis Lain sebagai Seorang Penulis Upahan 

Mengimbau kembali kenapa saya berubah?


Kerana selepas saya bersalin, hati saya terdetik. "sampai bila begini?" Rupanya, Allah nak beri petunjuk. Secara perlahan - lahan, saya berubah. Saya cari cara bagaimana nak cari duit selain menjadi blogger 🤭

Saya juga terfikir, sudah penat menjadi blogger. Kena berdepan audien. Kena review produk, tulis produk review, buatkan video.  Entahlah, saya rasa seperti berat ke arah situ. Dan terfikir untuk bekerja di belakang tabir sahaja. 

Jadinya, Allah jentik hati saya!

Saya terjumpa posting Syaza Redzuu , akhirnya saya mendaftar sebagai ghostwriter. Join kelas berbayar. Rupanya, kat sini lah platform yang betul. Selama ni, saya memang sudah lama mencari tapak untuk pergi jauh dalam dunia penulisan.

Bagi saya, untuk ILMU. Saya tak kisah untuk mengeluarkan sedikit wang. Sebab saya tahu, dengan ILMU kita mampu berubah. Dengan ilmu juga, kita mampu pergi lebih jauh. Alhamdulillah, saya dapat jana pendapatan kurang dari sebulan sebanyak 4 angka. Rezeki ramadan ketika itu, lagi beberapa hari nak raya. Client meminta saya buatkan copywriting dan Handling socmedia mereka. Yang ini saya menulis content di social media bagi pihak client. Saya menulis content bagi pihak mereka selama sebulan. 

Client baru jer bincang (tengahari ) dengan saya mengenai social media. Pada hari yang sama juga, client datang bayar fullpayment terus. Alhamdulillah.. Bidang yang saya suka pula tu. Ahaks! Bidang automotif. Lagipun saya pernah bekerja dalam bidang tersebut selama beberapa tahun. Tetapi dalam bidang perkeranian dan memang mempunyai serba sedikit ilmu automotif. Kira stock sparepart, kenal sparepart dan cara kerja.Saya tahu. 

"Eh, kau tak boleh menulis ni",  " Ayat kau tak sedap dibaca, mengarut betul"  
Saya pekakkan telinga. Sebab ada yang cuba mematahkan semangat pada awalnya. Terima kasih juga pada mereka. Jika tidak, saya takkan lebih ke depan. Yea! Saya cabar diri saya.

Saya SKIP tengok cerita Tamil (cerita favourite) , scroll Facebook dan komen bukan-bukan di socmedia. Saya korbankan masa saya. Saya FOKUS! BIG WHY saya lah yang membantu untuk lebih fokus. Akhirnya , saya dapat lebih daripada pulangan modal sebagai seorang ghostwriter ( penulis upahan ).

Kini, saya sudah mempunyai ebook keluaran sendiri. Karya saya sendiri..🥰🤗
Jika saya boleh, anda pun boleh.


upah menulis ebook, tawaran menulis, upah ghostwriter untuk menulis ebook
Karya ebook pertama saya 


ebook 5 rahsia kelihatan awet muda
Sales ebook




Ini pula ebook karya sulung saya. Saya menulis sendiri untuk hasilkan sebuah ebook yang bertajuk 5 Rahsia Kelihatan Awet Muda. Ia ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Mempunyai jumlah 33 muka surat ebook ini. Untuk pengetahuan anda, servis menulis ebook turut saya sediakan. 

Ebook saya kini boleh di beli di SINI




Dikelilingi oleh Kelompok POSITIF!



Alhamdulillah, hari pertama saya launching ebook. Tengah malam itu juga sudah ada yang membeli ebook hasil karya saya. Syukur sangat tau! Rezeki ini berkat doa dari anak-anak yang selalu mendoakan. Dan tak lupa juga kepada rakan penulis di Kelab Penulis Malaysia. Hasrul Roslan ialah selaku Presiden di Kelab Penulis Malaysia. Beliau juga founder website efranchise.com. Dimana ebook saya dipasarkan di website tersebut. 

 Saya dikelilingi oleh rakan-rakan positif. Walau pangkat dan kedudukan mereka semuanya berlainan ( taraf pendidikandan jawatan yang mereka miliki ). Tetapi mereka semuanya tidak sombong. Saling bantu membantu. Itu yang penting! Ciri teamwork yang patut dicontohi. 


storytelling, ayat iklan jenis storytelling, servis storytelling
pembaca sukakan ayat copywriting


Servis Copywriting, menulis Ayat Iklan 


Kini, selain menulis ebook dan juga menulis content di sosial media. Saya juga mengambil upah copywriting. Orang kata, jika kita buat kerja apa yang kita suka. Insyallah menjadi. Alhamdulillah. Kerja-kerja copywriting saya disukai oleh orang ramai. Saya bersyukur sangat. Allah datangkan ilham kepada saya untuk menulis copywriting. Copywriting adalah menulis ayat iklan. Ayat iklan ini lah ayat untuk memujuk customer supaya membeli. Tetapi copywriting ni bukan ayat jualan hardsell! 

Bila ayat copywriting kita menjadi dan berjaya menyentuh emosi bakal customer. Secara tak langsung juga, ramai yang sukakan posting kita. Alhamdulillah. 




ayat iklan, copywriting, servis copywriting, servis menulis ayat iklan
beracun ek copywriting?


cas copywriting, pakej copywriting




 
 
 

 ISI KANDUNGAN
CHAPTER 1 : Kerana Mulut


1.1 : “Pagar Diri dan Anak-anak” sebelum
Keluar Rumah
1.2 : Mataku Seolah Terpaku dan Menegur
Sesuatu Sewaktu Dalam Perjalanan Pulang.
1.3 : Tiba-tiba jadi „Pekak‟
1.4 : „Sesuatu‟ Ingin Menguasai, Sewaktu Solat!
1.5 : Gegendang Telinga, seolah direntap
sewaktu tidur.


CHAPTER 2 : Suara Aneh di
Homestay


2.1 : 3 Hari 2 Malam
2.2 : Kami disambut Dengan „Aura Seram‟.
2.3 : Seperti „tiada bertuan‟.
2.4 : Suara Mendodoikan Baby di petang hari.
2.5 : Milik Siapakah Empunya Suara Mendodoikan
itu? Semakin Jelas Kedengaran
2.6 : Malam Menjelma
2.7 : Siapa Main Buaian Waktu Malam ?
2.8 : Telinga Semakin Tajam Mendengar Pelbagai
Bunyi

 

 CHAPTER 3 : Rumah Sewa Murah


3.1 : Kisah Seram bermula disaat kami berpindah.
3.2 : Rumah dipenuhi Kalimah Suci Al-Quran.
3.3 : Bunyi TV dipasang Selepas Jam 12 Tengah
Malam.
3..4 : Keluarga Misteri Ingin Menumpang
3.5 : Bertentang mata Dengan Burung Gagak
Sewaktu Maghrib.
3.6 : „DIA‟ datang Selepas Diundang!
3.7 : „DIA‟ Menyamar jadi Aku

AWAS!

CERITA SERAM ini TIDAK DITAPIS
bagi mengekalkan tahap keseraman
 
 1 unit EBOOK RM 16.00 
Beli di link >> AKU TAK KUAT ( SIRI 1)
 
 
 
 


softselling pakej


close deal copywriting







Baiklah, bagi anda yang berminat untuk menggunakan servis menulis saya seperti menulis ebook, menulis ayat copywriting, menulis content di socmedia dan servis menulis lain. Bolehlah wasap di link berikut. 


                  Klik link             >> ServisMenulis


Catat Ulasan

9 Ulasan

Warisan Petani berkata…
Tahniah
Semoga terus memacu kejayaan
Sii Nurul berkata…
Tahniah kak...semoga terus dimurahkan rezeki
Mrs Pip berkata…
semoga terus sukses sis.
Mas FVOME berkata…
tahniah sis smoga makin berjaya..nak cuba juga tapi tak berkesempatan lagi..ingt nak retire keje kuli dgn jd ghost writer..bebas sket..hehe
ray berkata…
berdebar tengok title tadi
ina berkata…
Terima kasih
ina berkata…
terima kasih, Aamiin ya mujib, dikembalikan juga doanya ini.
ina berkata…
terima kasih. Boleh buat sebagai part time juga ghostwriter ni. Kita yang tentukan masa. Tak terikat pun dengan client