Tak Panas , Mudah di Gayakan Patuh Syariah - Leesa Shawl Koleksi Aina Farina Scarves


4:17 PTG

Tak Panas, Mudah di Gayakan serta patuh syariah - Aina Farina Scarves   |  Shawl yang sedap dipakai. Tak panas, mudah digayakan serta patuh syariah. Ini adalah antara jenis shawl yang menjadi idaman muslimah. 


Seringkali kita mendengar rungutan pembeli shawl. Antaranya merungut dengan masalah sebegini:




Shawl saya beli ni, pendek.Kain jarang sangat.Bidang kecil.Material tak berkualiti. Baru guna sekali, sudah tertarik benangnya.Harga tak masuk akal dengan kualiti.Kain jenis licin. Susah ingin menggayakan.


aina farina scarves, leesa shawl printed shawl, shawl cantik, Material premium
Penulis menggayakan Koleksi dari Aina Farina Scarves (Leesa Shawl)  

Saya menggayakan koleksi dari Aina Scarves iaitu Leesa Shawl. Shawl yang saya gayakan ini sangat selesa. Mudah digayakan. Tidak panas. Yang paling best material jenis premium valentino Silk. Sudah semestinya ia tidak licin. Cantik terletak elok  di kepala. Dan paling utama, ia patuh syariah. Shawl ini juga labuh. Jadi sangat bagus kita sebagai muslim menjaga aurat dalam bergaya. 

Dengan design yang cantik.  Ia adalah corak grafik dan warna  yang sangat memukau mata sesiapa yang menggayakan. Bagi saya, ia mampu menaikkan seri wajah. Ia menggunakan warna-warna yang segar. Jadi, ia kelihatan sangat-sangat menarik!.




           Aina Farina scarves Measurement 200cm x 70cm 



Aina farina scarves, koleksi scarves aina farina,
koleksi shawl Aina Farina 




Cara penjagaan Shawl Jenis Premium Valentino Silk



Tips membasuh 




  1. Tidak sesuai dibasuh dengan mesin basuh. Ssebaiknya dicuci dengan ‘dry cleaner’ supaya fibernya tidak rosak. 
  2. Jika mahu mencuci sendiri gunakan sabut lembut seperti shampoo atau sabun mandi. 
  3. Jangan mengguna berus kerana berus boleh merosakkan urat benang sutera. Elakkan mengguna detergent. 
  4. Tambah air suam secukupnya supaya pelapis atau coating pada sutera bersinar kembali kemudian masukkan kain sutera ke dalamnya.
  5. Rendam selama lima minit tanpa dikocak airnya. Jika ada kotoran yang susah dihilang percik sedikit cuka dan kotoran tersebut dengan jari sehingga hilang. Jangan guna agen peluntur. 
  6. Fabrik sutera tidak boleh direndam dalam air yang terlalu panas kerana ia kan mengkerintingkan sutera. 
  7. Basuh fabrik sutera dengan kaedah meramas, menguli dengan lembut. 
  8. Selepas membasuh, bilas kain sutera samada menggunakan air yang sedikit berasid mahupun sedikit beralkali. pH yang terbaik adalah sekitar 6 - 8 pH. pH air yang betul dapat memastikan sutera menjadi lembut dan bersinar. 
  9. Sutera boleh direndam dalam air yang mempunyai pH yang sesuai . Oleh kerana cuka dan limau adalah contoh-contoh sumber asid dan garam pula bersifat alkali maka bolehlah digunakan ke tiga-tiga bahan ini untuk mengubah pH air bilasan. Dua camca besar garam dicampur dengan dua camca cuka yang dicampur dengan satu gelen air. Bilas dengan air suam sebanyak dua kali. 
  10. Elakkan daripada memerah fabrik sutera anda kerana ia akan memintal dan merosakkan aluran urat benang. Jika fabrik sutera anda perlu dikeringkan dengan cepat, masukkan ia di dalam gulungan kain tuala,tekan atau ramas untuk mengeringnya. 



Cara menjemur Shawl Sutera




  1. Sidai di tempat yang redup dan berangin untuk mengelak terkena panas terik matahari.
  2. Semasa menyidai guna penyangkut baju untuk menggantung baju dan kain sutera.
  3. Terbalikan kain supaya bahagian dalam berada di luar semasa menjemur. 
  4. Hindari dari menjemur secara langsung di bawah sinar matahari kerana matahari boleh meninggalkan kesan kekuning-kuningan pada kain. 
  5. Elak menggosok pada suhu yang tinggi semasa menseterika. Gosok dengan suhu sederhana. Boleh setting pada ‘silk’ pada seterika. 
  6. Untuk mengelak kerosakan pada sutera sepasa menseterika boleh gunakan alas atau pelapik seperti alas kain kapas. 
  7. Simpan kain sutera di tempat yang kering. Jika perlu boleh bungkus dengan kain kapas.
  8. Tidak boleh bersentuh dengan alkohol seperti minyak wangi kerana sifat sutera sebagai protein. 





Shawl premium silk, cara penjagaan Shawl jenis silk, silk shawl
Lembut shawl ni, cantik. Shawl jenis printed. Secara langsung buat saya nampak cantik dan exclusive.




                 Shawl Leesa RM 69.00

           Material Premium Valentino Silk

aina farina scarves, aina farina scarves shawl, shawl labuh silk
Kain tak licin, material jenis premium valentino silk





Anda yang suka pelbagaikan gaya. Ini lah shawl nya. Pilihan tepat! Shawl yang mudah digayakan, kain tak panas serta patuh syariah. Dan pastinya Leesa shawl dari Aina Scarves dengan printed grafik membuatkan anda nampak menawan dan exclusive




Info lanjut sila kunjungi laman sosial mereka 






2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.