Suri Rumah Jangan Terlalu Selesa! Gunakan KEPAKARAN kalian untuk buat duit

 
Dulu saya sentiasa menanti duit suami tiap bulan.
Orang cakap, apa yang diberikan oleh suami. Hargai dan bersyukur.
Memang lah bersyukur. Tetapi sedih lah kan, takkan kita tak hulurkan langsung duit pada kedua orang tua.

Surirumah buat duit dengan kepakaran yang ada


Takkan nak berikan duit menggunakan hasil duit suami kepada orang tua. Emm.. memang boleh bagi.


Cuma..
Ianya berbeza sangat.
Hasil titik peluh kita sendiri dengan bukan.


Bila kita dapat berikan duit pada mak ayah kita, tanpa lompang tiap bulan.
Kita rasa, best. Jiwa pun tenang sebab kita dapat memberi duit kepada mereka. Dapatlah kita kurangkan kesusahan mak ayah kita. Jelas terpancar di wajah mereka kelak.


Disebabkan hal diatas, saya bangkit! Menjadi seorang anak dan isteri yang dapat membantu ekonomi suami serta mak ayah.


Saya kan minat menulis. Jadi saya gunakan kepakaran saya dengan menawarkan servis menulis kepada prospek yang memerlukan. 


Jadi, kalian yang tak tahu bagaimana nak jana ekonomi keluarga. Carilah kepakaran masing-masing. 


Dengan kepakaran kalian, kalian mampu mempunyai duit sendiri. Beli apa yang kita suka dan sebagainya. 


Dengan minat sesuatu (yang mampu menghasilkan duit )juga, kalian mampu bertahan dengan bisnes tersebut.


Jadi, bila sudah ada pendapatan sendiri. Bolehlah ringankan belanja bulanan keluarga juga. 

 

Antara Kepakaran Yang boleh dijadikan sebagai Sumber Pendapatan :

  1.   Membuat gubahan bunga.
  2.  Membuat Web Design .
  3. Penulis Upahan .
  4. Membuat editing.
  5. Membuat kek dan masakan lauk pauk.
  6. Menjahit.

 Dan pelbagai lagi jenis ( nak taip semua, jenuh pula ). Kalian cuma kenali terlebih dahulu potensi diri. Kemudian berilah sepenuhnya kepada kepakaran tersebut. Buat sampai menjadi.

 

 Begitu juga diri saya, saya bermula pun begitu. Dari seorang blogger dan secara sepenuh masa saya menjadi penulis upahan atau Ghostwriter. Kini , dengan menggunakan kepakaran saya inilah saya dapat membantu ekonomi keluarga.


Sedikit sebanyak kalian sebagai seorang isteri mampu membantu suami. Ini barulah dikatakan tolong menolong dari segi kewangan. Kita sebagai seorang isteri tidak boleh terlalu selesa juga dengan duit suami. Mesti usaha demi kepuasan, niatkan kerana Allah. Niatkan juga dengan kepakaran yang kita ada dapat membantu orang ramai. Dengan cara, tawarkan perkhidmatan mengikut kepakaran kita ada.

type='text/javascript'>