Personal Facebook

https://www.facebook.com/ina.norazlina/

 7 Cara rezeki tidak putus seperti air zam-zam | Sering mengeluh, katanya rezeki macam air keluar. Anak sakit, pasangan sakit, ibu bapa sakit dan kereta anda juga sakit. Banyak perlu di baiki, rosak sana sini.  Anda di timpa musibah. Agak-agak anda, kenapa ianya terjadi?  seolah rezeki itu tadi tidak lekat kepada anda. Nauzubillah min zalik. Takut pula kan? adakah kerana kita 24 jam memikirkan duit sepanjang masa? fikirkan duit sampai diri stress. Bekerja lebih 24 jam kerana mengejar duit? sedih bila mendengarkan hal begini berkaitan duit. Kerja bagai nak gila semata-mata duit.


rezeki tidak putus seperti air zam-zam


Artikel : Allah hadirkan hujan, sebelum pelangi


    Rezeki tidak boleh dikejar, sebaliknya jemput ia dengan melakukan amalan-amalan tertentu. 


Antara amalan Rezeki Tidak Putus Seperti Air Zam-zam, yang perlu di lakukan ialah : 

 

1. Solat awal waktu Rezeki Tidak Putus.

 

    Masuk jer waktu solat, terus ambil wuduk. Tinggalkan kerja anda sebentar. Hanya dengan utamakan  allah swt, allah beri apa yang kita mahukan. Kejar akhirat dulu, dunia mengejar kita.

 


2. Bangun tengah malam, mengadu pada Allah melalui solat-solat sunat hajat, tahajud dan taubat

 

Mengadu lah kepada allah. Kerana allah maha mendengar. Anda bercerita lah kepada-Nya. Lakukan solat-solat sunat di tengah malam di mana keadaan itu orang lain sibuk tidur.

 


3. Membaca Al-Quran serta memahami maksud setiap surah.

  Cari Al-Quran yang mempunyai terjemahan.


4. Banyakkan berzikir serta memahami maksudnya.

Berzikir lah dengan nama-nama allah, asma al husna sebagai rutin harian anda. Iaitu Ya Razzaq ( maha pemberi rezeki ), Ya Bari ( Maha Merancang, mudahkan urusan ), Ya Fattah ( Maha Membuka ), Ya Muqit ( Maha Mencukupkan dan kekuatan  )


5. Sedekah. 

 

6. Jangan Bergaduh Suami Isteri

 

    Antara yang perlu di jaga dalam hubungan suami isteri. Macam mana marah sekalipun terhadap pasangan, jangan bermasam muka. Berikan layanan yang baik kepada pasangan. Reda apa yang berlaku.  Sentiasa bertolak ansur.
 
 

7. Reda 

 
 
Sering kita menyalahkan diri. Jika aku lakukan ini dulu, semuanya takkan terjadi sekarang. Seolah rasa menyesal akan hal yang telah berlaku. Walaupun hal sudah berpuluh tahun sekalipun. Sebagai contoh, Kita tidak reda jadi gemuk, asyik salahkan diri sendiri. Di uji dengan kemalangan, dan menyalahkan diri. Jangan lakukan begitu! sebaiknya, reda apa yang telah berlaku. Jangan bebankan fikiran dan jiwa.  
 
Bila jiwa kacau bilau, pelbagai hal tidak diduga juga akan datang. Jadi, reda apa sahaja yang berlaku. Belajar memaafkan diri sendiri dan orang sekeliling. Insyallah, hal positif pasti menyusul.


Nota : 


1. Lakukan sedekah selepas subuh, setiap hari beserta niat. 50 sen sehari pun boleh. Ikhlaskan hati. Jika tabung penuh, hantarkan kepada masjid atau surau berdekatan. 


2. Nak sedekah, perlu sedekah pada orang terdekat dahulu. Bantu yang terdekat. Seperti adik beradik dan saudara mara. 


3. Jangan lupa beri belanja pada kedua orang tua kita tanpa lompong. Hubungi mereka dengan kerap, jika berjauhan.


4. Dah buat semua diatas, pastikan jangan terlalu fikirkan *DUIT* kerana, anda akan sering diuji dengan masalah kewangan sahaja. 


5. Cara betul, lakukan kerja dan rutin anda seperti biasa. Insyaallah, Allah akan hadirkan rezeki satu persatu dalam hidup anda. Bergantung lah kepada Allah. 


 

    Akhir sekali, jika mahukan rezeki tidak putus seperti air zam-zam, banyakkan amalan diatas dalam kehidupan. Ganjarannya allah berikan di dunia dan akhirat kelak. Kerana dengan amalan tersebut, allah bukakan pintu-pintu kerezekian yang lain juga. Usaha dan tawakkal juga perlu ada dalam diri kita sebagai umat islam. 


Post a Comment