Pengalaman Menulis Artikel Islamik : Ini rahsia saya sebagai penulis upahan

 

Mungkin ada segelintir kalian yang berminat dengan kerja-kerja menulis atau ghostwriting job yang dikatakan kini semakin meluas di pasaran Malaysia. Tetapi tahukah kalian, bagaimana mahu mendapatkan tawaran menulis. Terutamanya sebagai penulis artikel dalam niche Islamik iaitu keagamaan. Mesti kalian nak tahu kan? teruskan membaca pengalaman menulis artikel Islamik saya.

 

 

pengalaman menulis artikel Islamik
Klien bersetuju setelah saya tunjukkan sebahagian penulisan

 

Dalam gambar diatas, saya tidak tunjukkan keseluruhan artikel klien lepas. Cuma sebahagian sahaja, kerana ia berkaitan privasi klien lalu. 

 

 

 

Pengalaman mendapat tawaran pertama menulis dalam niche Islamik

 

Seingat saya, dalam niche Islamik. Saya hanya menerimanya sebanyak 3 kali sahaja. Itu pun tawaran menulis daripada klien yang melamar saya secara terus melalui aplikasi whatsapp. Klien tersebut meminta saya menulis sebanyak 10 artikel. Iaitu 5 artikel dengan 600 patah perkataan setiap satunya, manakala 5 lagi artikel dengan 1000 patah perkataan.

 

 

    Klien tersebut adalah individu perseorangan yang menjual produk Islamik. Masya-allah, sungguh tidak sangka. Sebenarnya, klien tersebut hanya melihat penulisan saya sahaja di Facebook pada ketika itu. Jujur saya katakan, penulisan saya hanya santai. Dan, kerana itulah juga klien terpikat dengan penulisan saya. 

 

Selain itu, penulisan saya di laman facebook tidaklah menulis dengan aras tinggi. Cukup sekadar pembaca saya faham apa yang hendak disampaikan. 

 

Tawaran tersebut saya dapat sewaktu saya mengandung serta keguguran tidak lama kemudian, dan klien tersebut menyambung dengan menulis content dan copywriting pendek selama sebulan, juga dalam niche yang sama. 

 

Pengalaman menerima tawaran menulis artikel Islamik  10 artikel

 

Ketika itu, klien meminta saya menulis 10 artikel . Dalam masa yang sama, klien mahukan 5 artikel dengan 600 patah perkataan, dan 1000 patah perkataan artikel SEO ( Search Engine Optimization ). Artikel SEO sebelum menulis, perlu melalui seeding keyword terlebih dahulu


Pakej artikel ini, klien yang mahukan cadangan daripada saya sendiri. Alhamdulillah, saya menulis dengan gembira mengenai artikel-artikel klien. Dan hasilnya, klien berpuashati. Tabarakallah, syukur sangat saya ketika itu. Rasa penat menulis tu, berbaloi apabila klien berpuashati. 

 

 

Klien 

 

Seterusnya, saya menulis artikel Islamik tetapi klien yang menjual produk  pakaian pula. Seronok sangat tau. Secara tidak langsung, saya dapat ulang kaji kembali bab-bab keagamaan yang dibelajar sewaktu zaman persekolahan. Menarik untuk saya kupas. 

 

 

Yang ketiga pula, klien daripada badan  kerajaan. Masya- allah, tabarakallah. Sungguh seronok saya menulis artikel SEO tersebut. Dan, artikel kali ini saya banyak lakukan pengiraan supaya audiens di website klien jelas dengan penerangan yang saya berikan. Inilah kali pertama saya berurusan dengan badan kerajaan. 

 

 

Proses di 'pitching client'

 

Apabila  menjadi penulis, wajar prospek bertanyakan mengenai servis menulis yang kita sediakan. Pada awal saya menjadi penulis upahan, saya seorang yang sangat takut untuk berurusan dengan klien. Pelbagai andaian yang berlegar di minda. Takut kena 'reject' lah, disoal pelbagai soalan yang mengarut dan lain-lain lagi. 

 

    Sebenarnya, semua itu tiada ditanya pun. Habis soalan yang ditanya oleh klien ialah :

 

"Puan, pernah menulis artikel agama tak sebelum ini?"

 

"Boleh saya tengok contoh penulisan puan?"

 

"Puan berminat tak menulis artikel berunsur islamik?

 

"Puan ada tak, artikel yang boleh saya baca dulu?"

 

Saya rasa, 4 soalan cepumas ini sahaja yang sering ditanya oleh prospek kepada penulis upahan. 

 

 

Jika kalian ditanya oleh prospek dengan salah satu soalan diatas, bagaimana mahu menjawabnya? jawab secara jujur sahaja. Jika tiada bahan penulisan, katakan tiada. Tetapi boleh mencuba dengan katakan sahaja bahawa, "saya boleh mencubanya, menulis dengan baik dalam niche tuan / puan minta."

 

 

 

Bagaimana jika prospek reject penulis? apa nak buat :

 

1. Ucapkan ribuan terima kasih kepada prospek tersebut kerana sudi menghubungi kalian. Dan, doakan supaya urusan prospek tadi allah permudahkan

 

Walaupun rasa  sakit dan kecewa kerana tidak dipilih menjadi penulis artikel prospek, lepaskan prospek tersebut dengan tenang. Jangan paksa prospek tersebut. Mungkin hari ini, dia tidak menggunakan servis kalian mungkin akan datang prospek tersebut akan cari kalian kembali untuk projek akan datang. Teruskan berukhwah dengan prospek tersebut ya. 

 

2. Jangan tamatkan hubungan disitu sahaja.

 

 

Sebagai penulis upahan, jangan matikan hubungan antara prospek dengan kalian setakat itu sahaja. Cuba kalian berikan link media sosial  dan sertakan portfolio lengkap kalian. Mudah prospek tersebut membuat rujukan di kemudian hari. Hantar artikel-artikel terbaharu daripada blog atau website kalian supaya 'trust' dapat dibina. 

 

3. Banyakkan berdoa, untuk menerima pengalaman menulis artikel Islamik yang lain

 

Reda dengan rejection tadi, dan belajar reda. Insya-allah, pasti allah gantikan dengan rezeki ghostwriting job yang lain pula, yang lebih bersesuaian dengan kepakaran dan pengalaman kalian selaku penulis upahan. 

 

4. Jangan berhenti promosikan diri 

 

Ada sales atau pun tidak. Sila pastikan kalian membina content di laman media sosial secara konsisten. Lakukannya setiap hari, dan hasilnya juga pasti ada. Cuma, proses pembinaan 'trust' diperlukan mungkin mengambil masa yang lama. 

 

Selain daripada itu, menerima pengalaman menulis artikel Islamik. Ada lagi rahsianya saya kongsikan...

 

Apakah cara yang tepat untuk dapatkan job menulis dalam niche Islamik

 

  1. Jadi diri sendiri sewaktu menulis

 

Menulis lah di mana-mana laman media sosial secara konsisten. Paling penting, jadi diri sendiri. Jangan meniru penulis lain. Tak perlu pakai tudung labuh, beserban dan sering berhujah keagamaan. Cukup kalian menulis dalam versi kalian sendiri.

 

 

2. Menulis gaya santai

 

Jangan menulis dalam laras Bahasa Malaysia tinggi. Ini adalah kerana, audiens yang ada berkumpul dilaman media sosial kalian terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Jadi, gunakan bahasa yang mudah difahami.

 

 

3. Konsisten menulis artikel

 

Konsisten menulis bermaksud, bukanlah 24 jam menulis mengenai keagamaan sahaja. Bukan! boleh seimbangkan content kalian dengan bahan penulisan lain. Seperti saya sendiri, tidak hadkan penulisan kepada islamik sahaja. Kerana saya penulis upahan, bebas untuk  menulis apa sahaja yang mampu memberi manfaat kepada audiens saya di facebook mahupun di blog azlinaghostwriter.com.

 

Memang betul, ada yang mengatakan bahawa fokuskan kepada 1 niche sahaja. Tetapi dengan cara begini, bagaimana lah dapur nak berasap kalau hadkan begitu. Skop penulisan itu luas, pelbagai niche dan juga pelbagai jenis penulisan ada.

 

 

Walau bagaimana pun, menjadi penulis upahan amatlah seronok. Bukan kerana bayaran yang diterima, sebaliknya pengalaman menulis artikel islamik yang mahal itu tadi penulis dapat gunakan sampai bila-bila. Saya kira ianya ilmu juga yang mendidik penulis upahan sekeras 'diamond'. Iaitu 'Diamond' tahan dengan proses pembuatannya, manakala penulis upahan pula keras semangatnya dengan pelbagai ujian yang datang sebelum, semasa dan selepas proses menulis.

    


Artikel lain : Testimoni pelanggan, menulis artikel SEO 



                                                 Facebook : Nor Azlina Mohd Ali 

 

Mahu menggunakan servis menulis artikel SEO > wasap.my/60189107161/upahtulisSEO

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan