Content Writer adalah individu yang menulis isi kandungan di media sosial client. Tugasan mereka adalah menyediakan penulisan yang berinformasi serta poster menarik. Menjadi seorang content writer juga, bukan perlu kemahiran menulis content biasa sahaja. Bahkan, turut mahir menulis copywriting. Nak jadi Content Writer Limited Edition tak? baca sampai habis artikel ini okay.

 

    Dalam artikel lepas aku ada bercerita bagaimana untuk menjadi content writer serta pengalaman aku sendiri. Rujuk artikel di sini



cara nak jadi content writer






Relevan atau tidak, sebagai 'job seeker' hanya duduk diam-diam dan tunggu kerja?


Sepanjang aku menjadi ghost writer, yang sudah tentunya perlu mencari makan setiap hari, dan perlu rajin tidak cukup. Aku rasakan dalam situasi sekarang adalah tidak relevan lagi. 

 

Jika dahulu, aku boleh katakan duduk diam je dapat job. Kini, tidak lagi. Persekitaran boleh berubah mengikut keadaan semasa. Tambahan lagi, jika sesuatu bidang semakin berkembang dan ramai pesaing.

 

Jadi, apa yang relevan sekarang sebagai JOb SEEKER adalah ;

 

1. Pitching Client

Sebagai job seeker, wajar mengetuk mana-mana pintu rumah 'client'. Skill di sini paling mahal iaitu  perlu turunkan ego anda.

Bertanyakan kekosongan jawatan. 


2. Portfolio


Sediakan satu portfolio lengkap untuk di berikan kepada client. Portfolio terdiri maklumat diri dan kerja-kerja yang lepas. Rujuk sample di 'Google', jika tidak mahir membuat portfolio, boleh upah individu yang mahir.

Atau boleh download  'Resume Builder Apps' di Appstore. 


3. Sample kerja

Sila sediakan 'sample kerja' sebagai persediaan. Jika majikan perlu melihat untuk di nilai sama ada layak atau tidak dengan jawatan tersebut.


4. Skill 


Jika boleh, perbanyakkan 'skill' anda. Jangan fokus kepada satu skill sahaja untuk menang dalam 'pitching' tersebut.

Sebagai contoh [ jika dalam bidang penulisan ] : 


Jika anda tawarkan upah menulis artikel, permintaan tetap ada. Tetapi di nasihatkan juga mempunyai skill tambahan seperti mahir menulis content social media, copywriting dan juga e-book.

Tambahan lagi dengan kepesatan dunia Internet pada masa ini.

Jika anda hanya ambil upah menulis manuskrip, sila belajar juga skill tambahan seperti proofread dan suntingan. Tidak semua client yang perlukan upah menulis manuskrip sepanjang masa, mungkin prospek datang kepada anda perlukan proofread dan suntingan. 


Kadang-kala ada yang bertanyakan kepada aku. Kenapa tidak 'sub' job kepada rakan penulis lain;

 

Sebenarnya, bukan aku tidak cuba reccomend kepada penulis lain. Tapi itulah, prospek yang datang kepada aku sebab percayakan aku ( ni bukan angkat bakul sendiri tau, memang betul). Pernah je nak 'sub' kepada rakan penulis. Tetapi, bila prospek sendiri melihat rakan penulis yang aku reccommend itu terus prospek senyap seribu bahasa. 

 

Lagi satu berisiko juga kepada ku, sebab aku reccomend. Dan bila hasil tidak seperti yang diinginkan. Client tu akan cari aku semula. 

 

Ya, ini cerita betul. Memang pernah berlaku. Aku pass job sebab bukan bidang aku, client nak penulisan akademik. Dan akhirnya, kerja tu tak di siapkan mengikut deadline. Aku yang malu tau. Pelbagai alasan daripada rakan penulis. Aku share job sebab kasihan, tapi itulah yang aku dapat. Wallahualam.


Jawapan:

 


1. Perlukan 'portfolio' yang matang untuk pitching client. 


Iaitu pengalaman sebagai content writer dan sample penulisan yang lepas.


2. Mahir menulis Copywriting


Sebaiknya untuk menjadi content writer, skill menulis copywriting perlu ada. Sekurangnya basic Copywriting. Jika prospek meminta sample copywriting, perlu di kepilkan sekali.


3. Kehendak Pelanggan


Sebagai content writer, perlu faham content yang di mahukan oleh client. Sebab jenis content mempunyai banyak jenis. Andai kata, client nak tarik dari audien ke Channel Telegram anda perlu faham content jenis apa yang sesuai.


4. Content 'Fresh'


Bagi mengelakkan pembaca tidak 'curang' kepada anda., Content Writer perlu sediakan content yang terbaru. Bukan content yang di ulang-ulang. Manusia, sifatnya sukakan 'benda baru'. Jadi, perlu lah kreatif sebagai Content Writer.

 

5. Infografik atau mini poster

 

Tidak dinafikan, sebagai content writer anda perlu tahu basic membuat poster. Ini kerana, sebagai content writer, gambar poster perlu di lengkapkan bersama content di tulis. Mini poster mampu menarik audien untuk  membaca. 

 

6. Turun ke Lokasi

 

Ya, perlunya turun ke lokasi client jika anda seorang content writer. Ini kerana, bila anda ke lokasi client. Anda akan lebih mudah menulis aktiviti bisnes client. Walaupun bukan setiap hari, yer lah content writer kan hanya work from home. Tetapi berjumpa itu perlu.


Kenangan aku sebagai content writer, aku menemu bual 'client mereka' untuk jadikan video testimoni. Basah lah juga ketiak, namun berbaloi untuk aku dan client. Alat kerja aku ketika ini menggunakan kamera. 


7. Brainstorm 


Wajib brainstorm untuk penyediaan content yang fresh dan menarik. Tidak lah sukar mana, yang di perlukan adalah masa untuk berfikir dan relate kan dengan bisnes client. Banyak membaca, mengkaji niche bisnes client dan banyakkan bertanya. Okay?



Jika anda nak hasil kerja anda berbaloi di bayar, miliki ebook FORMULA ASAS : Panduan Asas Meletakkan Caj Penulisan Servis Menulis

 

Apa yang menariknya, dalam ebook tersebut terdapat penjelasan lanjut mengenai kadar harga sebagai penulis freelance dan penulis sepenuh masa. Serta perbezaan content writer, penulis artikel, Ghostwriter dan Copywriter.



Jika anda cukup syarat diatas, anda memang layak di gelar content writer.  Dan memang layak untuk 'apply' mana-mana job sebagai content writer.


Akhir sekali, jika kita inginkan sesuatu kerja. Perlu juga berusaha. Kerja takkan datang bergolek kepada kita tanpa usaha yang keras. 


Dan jangan lupa, kikis sikap ego dan malu yang tidak bertempat dalam diri kita. Beranikan 'ketuk pintu' mana-mana industri untuk meminta pekerjaan. 

 

 

Pelajari 6 Teknik 'Approach Customer di Whatsapp'. Rujuk artikel sini 

 

 

    Sekiranya anda sudah tahu apa tugasan Content Writer dan cara kerjanya, anda sudah layak di gelar Content Writer . Tahniah! nak jadi content writer juga perlukan pengalaman dalam sesuatu niche. Terdapat banyak niche yang memerlukan content writer, pastikan anda minat dalam niche tersebut. 


Ikuti aku di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita :