Akhirnya sampai juga ke majlis sambut menantu anak sepupu suami di Utropolis Glenmarie. Tidak jauh dari penginapan homestay, yang kami duduki selama 3 hari 2 malam di Seksyen 19 Shah Alam. Di majlis tersebut, kami bersama 3 buah keluarga datang ke majlis. Tibanya kami disana, bagaikan berada di alam sebelah sana dah. Mana tidaknya, cantik sangat hiasan garden gitu.


majlis-sambut-menantu
ala garden di Utropolis Glenmarie

 


Pertama kali saya  jejakkan kaki di Utropolis Glenmarie. Jika tiada jemputan perkahwinan, mungkin saya tidak tahu akan kewujudan tempat ini.


Parking Utropolis Glenmarie


Sewaktu tiba di sini, kereta perlu memasuki parking di bawah. Jika tidak silap saya, bangunan ini mempunyai 3 tingkat. Jika salah, harap dimaafkan ya. 

 

 Yang mana kereta modified memang perlu berhati-hati ketika memandu. Seperti suami, memandu kereta Subaru. Memang tidak lain, extra berhati-hati. Memang perlahan jer lah mahu memasuki ruangan parking tersebut. Nasib baik tidak tercabut jee bahagian bawah kereta tu. Silap suami sendiri lah, siapa suruh bawa kereta Subaru datang ke Shah Alam. Sedangkan Toyota Caldina kami masih elok digunakan. 



Tema majlis sambut menantu keluarga pengantin 


Keluarga pengantin lelaki mengenakan baju berwarna mint green untuk majlis sambut menantu. Cantik lah. Rugi pula tidak mengenakan baju kurung mini yang saya beli semasa beraya tempoh hari, pun warna yang sama. Cumanya kain cotton, itu sebabnya saya tidak menggunakan sewaktu majlis. Hanya mengenakan baju kurung mini bersama kain pario sahaja. Bebas mahu bergerak. 

 

Manakala, pasangan pengantin pula mengenakan songket hijau.  Buat pengetahuan pembaca, ini adalah pertama kali keluarga sepupu mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Anaknya semua lelaki. Mak nya memang teringin mahukan anak perempuan setiap kali melihat anak-anak  saya iaitu yang sulung dan nombor 2.



majlis-sambut-menantu
dah siap makan, tunggu ketibaan pasangan mempelai pula


Kemudahan yang ada di Utropolis Glenmarie


Kemudahan yang ada di sini semuanya mencukupi. Tetamu yang hadir jika ingin ke tandas, tidak jauh. Cuma perlukan peneman untuk ke tandas, maklumlah sedikit sunyi di bahagian laluan tandas. 

Sebelum sampai di majlis, akan melalui terlebih dahulu butik-butik pengantin di sini seperti Kamalia butik dan ada beberapa lagi.  


Aircond pun sejuk dan selesa dengan pencahayaan di dalam hall tersebut. Staff sewaktu mengendalikan majlis pun sangat membantu. Sesuai sangat untuk majlis-majlis begini. 


Ok, jom lah tengok gambar-gambar yang sempat diambil sempena majlis sambut menantu. 

 

Ada yang berminat nak baca Majlis kahwin adik ipar



majlis-sambut-menantu
Bersama anak saudara suami. Tudung hitam tu, ada gaya tak macam anak Dato' Alif Syukri?