Iftar sambil beramal, itulah konsep yang di ketengahkan oleh Dapur
Infaq Ummah yang berdaftar secara rasmi dengan pejabat pendaftar
Pertubuhan pada 2019 ( PPM 0230625112010 ). Matlamat utama Dapur Infaq
Ummah, Kuantan adalah untuk kebajikan. Mereka juga membantu golongan yang memerlukan
seperti gelandangan ,rentan dan asnaf khasnya di Bandaraya Kuantan. Ia
meliputi seluruh negeri di Pahang.
Iftar di tengah
Bandaraya Kuantan, Majlis Berbuka Puasa yang di anjurkan oleh Dapur
Infaq Ummah yang terletak di lokasi Tourism Information Centre atau
Villa Ranting. Atau landmark nya adalah berhadapan Kompleks Teruntum.
![]() |
Dapur Infaq Ummah |
Misi utama Dapur Infaq Ummah adalah bertujuan Iftar amal. Iaitu mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan seperti gelandangan, keluarga
miskin, serta pelajar-pelajar Universiti sekitar Pahang yang kurang
berkemampuan.
Objektif lain Dapur Infaq Ummah adalah :
![]() |
Dapur Infaq Ummah menawarkan 5 menu berlainan setiap hari. Menu
istimewanya sudah tentu, Kambing Golek yang pastinya menjadi kegemaran
ramai. Anda jangan kecewa, kerana Kambing Golek akan di hidangkan setiap
hari bersama menu tambahan lain.
5 Menu di Dapur
Infaq Ummah boleh di rujuk dalam jadual di bawah. Bukan itu sahaja,
selain menu utamanya Kambing Golek, nasi-nasi turut di hidangkan bersama
pencuci mulut dan 5 pilihan air balang lain.
![]() |
Ustaz Badrul Jamili ialah Timbalan Pengerusi di Dapur Infaq Ummah.
|
![]() |
||
Tuan Zahir Shah bersama Chef |
![]() |
Konsep Mini Garden di Villa Ranting |
Aku percaya, sesiapa yang datang ke Villa Ranting ini pastinya akan tertumpu dengan dekorasi nya. Ia bertemakan mini garden. Anda yang pertama kali datang ke Villa Ranting pastinya terpukau dengan kecantikan serta keselesaan di sini.
Ia mampu memuatkan seramai 200 tetamu dalam satu masa. Di samping itu, Villa Ranting turut di dendangkan dengan alunan muzik yang mendamaikan bagi menghidupkan suasana berbuka puasa.
Harga Buffet Dapur Infaq Ummah di Villa Ranting
MENU 1 |
MENU 2 |
MENU 3 |
HIDANGAN
Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam
HIDANGAN UTAMA
1. Nasi Putih 2. Nasi Hujan Panas 3. Mee Hoon Goreng 4. Sotong Sambal 5. Rendang 6. Ayam golek 7. Nangka masak 8. Lala berlada 9. Bubur lambok 10. sambal balacan/budu/acar buah 11. Ulam-ulaman 12. Pelbagai
PENCUCI MULUT
1. Ice cream 2. Buah-buahan 3. Pelbagai Kuih 4. Pelbagai Puding 5. Pelbagai Agar-agar
MINUMAN Air Balang 5 Air Panas 1 |
HIDANGAN
Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam
HIDANGAN UTAMA
1. Nasi Putih 2. Nasi Jagung 3. Mee Goreng Mamak 4. Ikan Pari Asam 5. Daging Salai 6. Ayam Percik 7. Masak Lemak Pucuk 8. Siput Sedut 9. Bubur Lambok 11. Ulam-ulaman 12. Pelbagai
PENCUCI MULUT
1. Ice cream 2. Buah-buahan 3. Pelbagai Kuih 4. Pelbagai Puding 5. Pelbagai Agar-agar
MINUMAN Air Balang 5 Air Panas 1 |
HIDANGAN
Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam
HIDANGAN UTAMA
1. Nasi Putih 2. Nasi Tomato 3. Mee Hoon Goreng 4. Patin Tempoyak 5. Kari Kambing 6. Ayam Percik Kelantan 7. Masak Lemak Labu 8. Lala Serai 9. Bubur Lambok 11. Ulam-ulaman 12. Pelbagai
PENCUCI MULUT
1. Ice cream 2. Buah-buahan 3. Pelbagai Kuih 4. Pelbagai Puding 5. Pelbagai Agar-agar
MINUMAN Air Balang 5 Air Panas 1
|
MENU 4 |
MENU 5 |
HIDANGAN
Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam
HIDANGAN UTAMA
1. Nasi Putih 2. Nasi Arab Mandy 3. Mee Goreng 4. Ikan Bakar Portugis 5. Daging Opor 6. Ayam Panggang 7.Ikan Masin Lemak 7. Lala Asam Manis 8. Bubur Lambok 11. Ulam-ulaman 12. Pelbagai
PENCUCI MULUT
1. Ice cream 2. Buah-buahan 3. Pelbagai Kuih 4. Pelbagai Puding 5. Pelbagai Agar-agar
MINUMAN Air Balang 5 Air Panas 1
|
HIDANGAN
kambing golek
HIDANGAN UTAMA
1. Nasi Putih
2. Nasi Tamar Timur
3. Mee Hoon Goreng
4. Ikan Bakar Sumbat
5. Kambing Kerutuk
6. Ayam Masak Lemak
7. Pucuk Ubi Masak
8. Ikan Keli Berlada
9. Bubur Lambok
11. Ulam-ulaman
12. Pelbagai
PENCUCI MULUT
1. Ice cream
2. Buah-buahan
3. Pelbagai Kuih
4. Pelbagai Puding
5. Pelbagai Agar-agar
MINUMAN
air balang 5
air panas 1 |
Sedapnya tgk menu2 dia. Dah la bagus sambil berbuka sambil beramal