Terbaharu Army In You : Pengorbanan dan Perjuangan MK K-CLIQUE X De’Xandra

 

Bila  nama selebriti ini disebut, aku gerenti
peminat lagu-lagu Indie mengenalinya. MK K-Clique.  Bukanlah aku nak
bergosip dalam artikel ini.   Tetapi kisah pengorbanannya, yang besar
sebagai seorang anak serta perjuangan yang dibawakan olehnya mampu dijadikan
teladan bagi anak-anak muda pada masa kini.

 

 

pengorbanan-perjuangan
majlis pelancaran De’Xandra X MK

 

 

 

Selebriti yang berasal dari negeri di bawah Bayu,
Sabah.  Mungkin ada yang masih tidak tahu dengan nama sebenarnya iaitu
Muhammad Hairi Amin Hamdan.  Seorang jejaka yang tidak kedekut dengan senyuman
setiap kali berjumpa dengan para  peminatnya. Melihatkan kejayaannya
sekarang, ada terselit kisah sedihnya sewaktu hidup susah sebelum bergelar
selebriti.

 

Tanpa perjuangan yang jelas, hidup tidak akan
berubah

 

    Beliau
juga tidak terlepas dalam ujian kehidupan yang dilaluinya, yang penuh berliku.
Beliau pernah bekerja sebagai penarik kereta bersama rakan-rakannya sewaktu
berada di kampung halamannya, di Tawau Sabah. Kerana memikirkan perjalanan
hidupnya begitu, beliau nekad untuk berhijrah ke Ibu Kota demi mengubah nasib
hidupnya serta keluarganya. Bagi beliau, dia lah ketua keluarga nya juga
menjadi harapan ibu serta adik beradiknya.

 

    Jika
difikirkan kembali, memang tidak sanggup untuk meninggalkan keluarganya demi
keluar mencari rezeki di Semenanjung. Disebabkan mereka yang menjadi tunjang
utamanya, beliau sanggup berkorban. Pemergian beliau ke Semenanjung telah
mendapat restu dan reda seorang ibu, akhirnya beliau berjaya sehingga menjadi
Selebriti pilihan syarikat perfume terkemuka di Malaysia iaitu De’Xandra.

 

Pengorbanan
hidup setiap individu berbeza. Begitu juga dalam kehidupan MK K-Clique. Yang
tahan dengan cabaran, akan kekal bertahan. Yang tidak pernah ­ sesekali
berjuang dalam kehidupan, pastinya tiada motivasi dalam kehidupan. Siapa yang
tidak tahan dengan cabaran hidup, pasti mudah menyerah begitu sahaja tanpa
berusaha meneruskan perjuangan hidup.

 

 

De’Xandra Perfume Berkolaborasi dengan 
 MK K-Clique

 

    Sabtu bersamaan 15 Oktober 2022, majlis pelancaran De’Xandra Perfume berkolaborasi
bersama MK K-Clique yang diadakan di Suria Mall, Sabah. Kempen kali ini ‘Army
In You’, diangkat bersempena dengan pengorbanan dan perjuangan MK K-Clique
dalam kehidupannya. Turut diceritakan kisahnya dalam lagu ‘Mimpi’ yang
diterbitkan pada tahun 2019. Kini, MK tidak bermimpi lagi dengan menjadi
selebriti pilihan De’Xandra.

 

 

Majlis Pelancaran Perfume Terbaharu, ‘Army In You’

 

    Majlis
pelancaran perfume terbaharunya ‘Army In You’, seperti dalam mimpi. Apa
tidaknya bagaikan menghadiri konsert secara terbuka MK K-Clique. Peminat di
Sabah boleh mendekati beliau dengan bergambar, dan turut juga melakukan sesi
video sewaktu sedang mendendangkan lagunya. Selain itu, peminat juga boleh
mendapatkan tandatangan secara ekslusif melalui posternya.

 

    Sebelum pelancaran,
2 orang Emcee sempatlah menemu bual Founder De’Xandra iaitu Puan Ernayanie Nur
Binti Julaimi dan MK K-Clique selaku selebriti ‘Army In You’.

 

    ‘Army In
You’ diinspirasikan mengenai sifat yang ada pada seorang tentera. Yang sanggup berkorban
dan berjuang demi negara. Dikatakan juga, sifat tentera yang bermotivasi tinggi
dalam mencapai sasaran iaitu musuh. Sebelum menghadapi musuh, mereka akan
menyusun terlebih dahulu startegi untuk membenamkan musuhnya. Berkat perjuangan
dan sepakat, musuh dapat ditumpaskan dengan mudah.

 

    Begitu
juga MK K-Clique dalam perjuangan hidupnya dan juga De’Xandra yang telah berada
dipasaran dunia selama 7 tahun dalam industri minyak wangi, merentasi pasaran
luar negara iaitu China, Hong Kong, Cambodia, Brunei Darul Salam.
Pengorbanannya berbalas, apabila De’Xandra berjaya dinobatkan sebagai pemegang
terbesar pasaran minyak wangi antarabangsa.  Juga berjaya mengalahkan
jenama perfume terkemuka di Asia Tenggara.

 

 

pengorbanan-perjuangan
Spray perfume MK Collection De’Xandra, tanda perasmian

 

 

 

    Part yang
aku paling suka adalah sewaktu pelancaran bermula. Sesuai sangat dengan TAGLINE
mereka tu: melekat, memikat dan teringat. 3 orang terpenting iaitu Founder
De’Xandra, CEO De’Xandra serta MK K-Clique. Masa mereka semburkan perfume MK
Set ke udara, aku rasa nak je  berlari kearah mereka tu menyelit. Nak
rasai sendiri kesegaran perfume. Orang cakap ambil ‘aura’ mereka yang
menyemburnya, mana lah tahu terkena sipi aura positif pun takpe. 

 

MK SET Edition terdapat dalam 3 pilihan pakej
semasa hari pelancaran. Iaitu Pakej Sapu Rata, Pakej Mimpi, dan Merais. Ianya adalah pakej semasa hari pelancaran selama 2 hari sahaja.

 

 

Pakej Sapu Rata by De’Xandra

 

Perfume
for Him, emerald Green adalah bauan perfume khas untuk lelaki yang sentiasa
berjuang dan berkorban hidupnya demi insan tersayang. Aku percaya, bauan ini
mampu menjadikan seorang lelaki bersemangat untuk menghadapi pelbagai cabaran
hidup. Antara item yang terdapat dalam MK Set Collection :

 

  1. De’Xandra Perfume For Him
    35ml
  2. De’Xandra Perfume 15ml
  3. Lanyard Limited Edition MK
  4. De’Xandra Air Freshener Car
    atau pewangi kereta
  5. T-shirt Jersey Premium by
    Debrog Limited Edition by MK
  6. Shopping Bag by Label
    Sendiri

 

 

Pakej MIMPI by De’Xandra

 

Pakej
MIMPI

 

1.     De’Xandra Perfume For Him 35ml

2.     De’Xandra Perfume 15ml

3.     Lanyard Limited Edition MK

4.     De’Xandra Air Freshener Car atau
pewangi kereta

5.     T-shirt Jersey Premium by Debrog
Limited Edition by MK

6.     Losyen

 

Pakej Merais

 

Terdapat
2 botol perfume MK Set Collection iaitu Perfume for Him dan Perfume for Her.

 

 

 Disebabkan permintaan perfume De’Xandra MK SET diluar jangkaan, makanya pakej diatas telah kehabisan iaitu semasa pelancaran selama 2 hari di Sabah. Pakej yang sedia ada hanyalah De’Xandra X MK

 

 

perfume-for-him-De'Xandra-MK-K-Clique


 

 

 Jika anda membeli perfume  De’Xandra X MK :

 

anda akan mendapat paper bag, box packaging, dua jenis perfume iaitu perfume for him dan perfume for her, serta thank you card.

 

 

 

Aktiviti selama 2 hari di Suria, Mall Sabah

 

Bukan tu
jer, paling aku suka tentang majlis pelancaran perfume De’Xandra ialah
pemilihan hosnya iaitu Badrul Haziq dan CEO De’Xandra, Encik Safwan Bin Ismail.
Aku suka cara  mereka berdua handle sesi cabutan bertuah , bukan nak cakap
mereka ni ‘ suara handsome’ yer. 


Suara yang lantang dan jelas, paling penting
ber’energy’. Aku yang tunggu situ, setia menanti pengumuman pemenang sehingga
ke penghujung majlis. Mana lah tahu, antara 5,000 penyertaan tu mungkin rezeki
aku terselit. Ha.. tapi memang serius aku cakap. Bagus pengurusan De’Xandra,
tepat hosnya untuk mencabut undi. Sebutan setiap perkataan pun jelas.

 

Berbalik
kepada tadi, hanya 30 pemenang bertuah sahaja diumumkan secara langsung dalam
page De’Xandra HQ. Sewaktu nama pemenang diumumkan, aku rasa macam menghadiri
majlis anugerah berprestij pula dah. Berdebar-debar, cuma tiada rezeki untuk
aku menang.

 

Selama 2
hari event berlangsung, pengunjung juga boleh dapatkan sample perfume di
bahagian booth tersebut secara PERCUMA. Selain itu juga, aktiviti lain turut
disediakan selain sesi bergambar bersama MK K-Clique, sesi temubual, ada game
‘Wheel of fortune’, dan Lucky Draw.

 

 


 

MK K-Clique menyemai rasa cinta dan kasih buat
penduduk di Sabah

 

Buat
julung kalinya, MK K-Clique memberikan 5,000 unit perfume Ekslusif secara
PERCUMA kepada para peminatnya. Aku ni ha, terharu sangat bila dia umum macam
tu. Patut lah, rupanya beliau ni pemurah orangnya. Cukup pakej betul, selain
menjadi anak soleh tak lupa keluarga walaupun berjaya.

 

De’Xandra mencari Reseller di Sabah.

 

Oleh
sebab, perfume De’Xandra mendapat permintaan tinggi di Sabah. De’Xandra membuka
peluang secara besar-besaran bagi penduduk di Sabah menjana pendapatan dengan
produk nya. Mesti ada tertanya-tanya kan, cara jadi reseller De’Xandra. Justeru itu, penduduk Sabah juga boleh dapatkan secara terus
melalui  reseller yang terdekat sahaja secara
COD. Produk yang mudah dijual serta keuntungan tinggi, turut menyediakan
platform istimewa buat reseller. 

 

 

pengorbanan-perjuangan-MK-KClique
Sesi temubual antara MK-K-Clique dan Founder De’Xandra Ernayanie Nur

 

 

Menurut
pandanganku sendiri, apa yang dapat disimpulkan adalah De’Xandra  satu brand yang stabil dalam perniagaan. Perhatikan sistem ejennya, stabil. Aku
suka strategi yang dimainkan dalam perniagaannya, tambahan lagi mereka
mempunyai guru yang hebat iaitu ‘Sifu Jamal’. Jadi, siapa lagi yang 
berminat untuk membuat pendapatan secara tetap,  ingin membuat duit dengan menjual perfume ni boleh mendaftar sebagai
Reseller De’Xandra. Pergi terus ke website : dexandra.com

 

Okay,
baiklah. Artikel pun dah ke penghujung. Boleh lah aku tutup muzik video yang
aku mainkan di channel Youtube MK K-Clique, supaya ‘feel’ tu sampai untuk aku
menulis. Betul-betul melekat, memikat seterusnya terpikat! 

 

 

 


Page : De’Xandra HQ 

 

  Instagram : De’Xandra_HQ

 

 

 

 

One thought on “Terbaharu Army In You : Pengorbanan dan Perjuangan MK K-CLIQUE X De’Xandra”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *