2 minggu
kot, aku mengalami sakit-sakit badan. Maklumlah, aku kan berpantang haritu dek
keguguran pada awal April 2022. Hari Jumaat, baru lah aku dapat mencari tukang
urut dan berbekam. Alhamdulillah, syukur sangat ya allah. Dengan berbekam dan
urutan buatkan badan aku bertambah segar, dan kembali sihat seperti biasa.
Asbab berbekam dan urutan juga dengan izin allah.
Nak di jadikan cerita, masa aku
sakit tu. 2 orang dah aku whatsapp tukang urut. Semuanya respon lambat,
sedangkan aku kesakitan ketika itu. Kesakitan yang tidak tertahan lagi. Dari
pinggang sehingga ke kaki. Kemudian, yang terakhir aku whatsapp Kak Farihan.
Dia pun respon laju, terus aku minta dia datang pada hari Jumaat. Alhamdulillah.
Badan aku ni pun mengada sangat,
bila dapat jer si tukang urut dan berbekam tu. Segala bisa-bisa badan berkurangan.
Hahaha. Terus dah boleh tukar daripada mak tersakiti ke title mak terbahagia
sebab berjaya mendapatkan si tukang urut dan berbekam.
Urutan Bali di gabungkan bersama Skill Chineese style
Awal pagi
Jumaat, lebih kurang jam 8.30 pagi. Kak Farihan sampai di depan pintu rumah. Masa
ni suami pun dah pergi kerja. Jadi, takde lah timbul rasa tak selesa kan.
Sampai je
Kak Ann ( Juru bekam) , dia terus mulakan dengan urutan terlebih dahulu. Aku ingatkan dia urut
biasa-biasa je masa tu. Macam yang aku selalu dapatkan urutan dari tukang urut
lain. Rupanya, salah jangkaan aku.
Aku? menjerit juga lah setiap
kali kena urut dengan Kak Ann. SAmpai terangkat-angkat juga lah kaki aku. Korang
tahu kenapa? Kak Ann dia tahu kat mana tempat aku sakit tu. Sebab dia tahu
titik point yang berkaitan. Ya allah, semua point yang di tekan tu, semuanya tempat
aku sakit wei.
Point yang
aku sakit
Dia mulakan urutan di bahagian
kaki terlebih dahulu. Sedapnya ya allah masa ni. Sebab aku tengah sakit kan? Rasa
lega sangat. Part kaki aku paling banyak sakit. Dan, Kak Ann juga memberitahu
ku bahawa ibu jari kaki yang aku sakit tu adalah berkaitan kepala. Ya, aku mengaku
memang kepala aku sakit sewaktu aku berpantang tempoh hari.
Bawah ketiak aku pun dia tekan,
ya lah. Bukan tekan kosong, mestilah sambil urut. Situ pun ada satu point,
iaitu dimana masalah berkaitan tangan. Serius wei, tangan aku memang ada
masalah. Cepat lenguh dan rasa tegang. Katanya lagi, jika dia tekan titik point
tu. Akan ada getaran berlaku ( ala, macam enset korang vibrate tu) , ia bermakna
kesakitan yang teruk dan merbahaya. Tapi aku, mujur lah takde getaran tu.
Bahagian leher tepi aku pun dia
usik juga. Allahuakbar! Sakit gila. Sampaikan berbunyi sewaktu titik point di
tekan. Memang sakit. Jika korang nak tahu, aku kebelakangan ini kerap tegang di
bahagian leher sebelah kanan. Ya allah, mujur lah dapat di urut serta dapat di
kesan awal, jika tidak. Wallhualam..
Pinggul aku pun dia usik. Memang
nak menjerit sambil nak tendang je rasanya sewaktu dia tekan. Memang situ punca
aku sakit yang membawa ke hujung kaki. Maklumlah, aku kan berpantang keguguran
hari tu. Apa yang aku rasa, selepas aku lakukan proses di Hospital. Terus aku mengalami
kesakitan yang maha dasyat. Aku rasa, mungkin urat aku salah start dari sini.
Rasa macam bengkak pula. Selepas berjaya Kak Ann tekan dan lakukan urutan bahagian
tersebut, barulah rasa sakit nyeri di bahagian pinggul hilang. Seriously wei.
Dan, satu lagi ya allah. Dia juga urutkan aku
di bahagian kepala. Atas kepala tu ada satu point. Dia usik dan urut, terus
rasa macam darah tu berjalan lancar. Kemudian, dia juga lancarkan darah di
aliran muka aku. Iaitu dia tekan point di kedua belah kening. Um, seronoknya
masa ni tau.
Kesimpulannya, urutan yang Kak
Ann lakukan keatas diriku sangat berbaloi. Bukan urutan kosong. Tapi di akhir
urutan tu dia bagi satu petua untuk aku betulkan kembali pinggang aku yang lari
sebelah kiri. Satu lagi, urutan Kak Ann ni nampak bagus. Semua titik point dia
tahu, sebab dia pun belajar dengan bos dia chineese. Jadi, memang lah best.
Urutan bali spa gitu. Satu lagi, urut dengan Kak Ann ni tidak meninggalkan
kesan lebam pada kulit customer. Kan biasanya, jika orang yang urut tidak mahir
akan menjadikan tubuh badan pelanggan akan menjadi lebam-lebam selepas urut.
DOA KETIKA SAKIT
Doa ini boleh di baca ketika mengalami kesakitan tubuh badan. Termasuklah macam sakit bahu aku tu.
Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min
syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan
kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku
khawatirkan)” (HR. Muslim).
diajarkan Rasulullah kepada sahabat yang dijelaskan dalam Syarah Hisnul
Muslim. Dikisahkan bahwa pada suatu hari seorang sahabat bernama Utsman
bin Al Ash r.a datang kepada Rasulullah karena merasa sakit dibagian
tubuhnya. Lalu Rasulullah mengajarkan doa dan cara tersebut.
memerintahkan Utsman bin Al Ash meletakkan tangan pada tempat yang
sakit, kemudian membaca bismillah sebanyak tiga kali dan membaca doa di
atas sebanyak tujuh kali. Atas kehendak Allah, Utsman bin Al Ash sembuh
dari penyakitnya.
BERBEKAM TANPA PERLU MENCUKUR RAMBUT
Dah
alang-alang Kak Ann ada servis bekam. Aku pun terus lah cuba servis berbekam
Kak Ann ni. Masa ni aku dah ketakutan. Bukanlah aku ni tak pernah berbekam.
Tapi, Kak Ann cakap dia guna mesin untuk berbekam. Ha sudah! Lagi lah takut. Aku
dah menggigil. Dalam hati, aku dah nak cakap ‘cancel jerlah bekam’. Tapi,
cepat-cepat aku twist mindset aku ni. Yang mengatakan bahawa, lagi sakit
bersalin. Hahaha. Jadi, aku terus proceed dengan bekam.
Jenis aku, kalau dah nak berbekam
tu. Terus lah aku ambil full body bekam. Nak sakit, sakit sekali je. Tak nak
berulang kali berbekam. 22 cup untuk
full body bekam.
PERALATAN BEKAM
Ada satu mesin di gunakan untuk
menyedut, cup pelbagai saiz, dan pen
jarum. Dalam melakukan proses berbekam, pisau langsung tidak di gunakan. Itu
biasanya apa yang kita selalu fikirkan dalam kepala kan? langsung tiada adegan
torehan berlaku ya.
Kak Ann akan lakukan urutan dengan tanduk
kerbau [ guasha, boleh rujuk gambar diatas ] terlebih dahulu, sebelum proses bekam di lakukan.
Aku rasa, wow sangat! Pertama
kali kot, juru bekam macam ni. Masa ni, aku dah rasa professional nya dia.
Sebab jurubekam lain takde, Kak Ann je
ada. Dengan cara begini, darah seluruh tubuh dapat dilancarkan.
Bukan sekadar
nak lancarkan darah sahaja proses tu di lakukan, tapi akan timbulnya
bintik-bintik merah di Kawasan bermasalah. Iaitu dimana Kawasan yang perlu di
bekam.
Dah siap tu, dia terus lakukan
bekam. Di sapu terlebih dahulu dengan ubat aspirin kot. Lepas tu cup bekam di
pasang ke seluruh belakang badan ( bahagian yang di perlukan sahaja ). Di biarkan
beberapa minit, kemudian pen jarum di
tekan ke cup tersebut ( cup tadi di cabut ). Sakit? Tak. Cuma pedih jerlah. Tapi
tak lah pedih macam kena toreh orang bersalin tu tak lah.
Perbualan
aku bersama Kak Ann sebelum berbekam:
“Nak kena cukur
rambut ke ni?”
Dah aku
ambil pakej full body bekam. Maksudnya, aku pun kena bekam kepala juga. Masa ni
aku pun dah cuak.
“Eh, tak
lah. Saya gunakan mesin ni. Dengan adanya mesin, kita dah tak perlu botakkan
rambut. Teknologi baru dalam berbekam ni.” Terang Kak Ann sambil tersenyum.
Paling aku tertarik mengenai
bekam kak Ann, dia bekam di bahagian yang bermasalah termasuklah di point
peranakan. Masya allah, tabarakallah. Hasilnya aku sihat-sihat selepas berbekam. Dan, apa yang Kak
Ann beritahu aku ialah darah beku keluar di bahagian betis, leher, dada belakang,
peranakan dan pinggul. Maksudnya itu semua yang bermasalah. Di bahagian lain semua
darah cair termasuklah di kepala aku tu.
Apa yang dapat aku simpulkan mengenai
berbekam adalah ianya bagus. Sangat-sangat bagus untuk kesihatan. Aku sebagai
pelanggan Kak Ann, setelah di bekam. Darah beku aku dapat di keluarkan. Yang
selama ini berada dalam tubuhku, juga menjadi penyebab utama dada terasa berat sebelah kiri.
Pernah satu hari, aku nak Tarik nafas tapi tak puas. Aku sakit, rasa kat
paru-paru kot. Tapi selepas berbekam ni. Masya allah, tabarakallah. Aku dah boleh
bernafas seperti biasa. Iaitu sebelum aku di vaksin. Kembali normal untuk aku
bernafas. Dada kiri pun dah tak berat lagi. Selepas ni, aku akan berbekam lagi jika alami masalah yang
sama.
Haritu nak menangis sebab tak mampu nak berdiri lama sewaktu solat. Pinggang sakit dan tapak kaki sakit sangat. Selepas dapatkan khidmat bekam dan urutan Farisyah, dengan izin Allah. Aku kembali sihat.
Syukur ya Allah. Lagi satu, masalah nafas jadi pendek dan berat dada sebelah kiri pun selesai. Selepas berbekam, darah beku keluar di kawasan bekam yang bermasalah. Ya Allah, bulan Ramadan ni Allah datangkan ujian Allah juga temukan penyelesaian..
PAKEJ URUTAN DAN BERBEKAM
DI KUANTAN
Urutan Tradisonal wanita (1jam30min)……RM120
Urutan Tradisonal wanita (2jam)……RM150
-free urutan seri wajah
Urutan Bali ‘relaxing’ (1jam30min)……RM100
-free urutan seri wajah
Urutan Refleksologi (1jam)……RM 50
Urutan Refleksologi (1jam30min)……RM 90
Bekam darah full body……RM 120
Bekam darah half body+kepala……RM 100
Bekam darah (migrain)……RM 80
Bekam seri wajah (resdung&jerawat)……RM 80
Bagi aku,
jika korang yang ada masalah yang sama. Seeloknya, lakukan urutan dan berbekam.
Baru lah hasilnya kita nampak. Puashati! Badan nak pakai lama kan? apa lah
salahnya laburkan duit korang tu dengan berbekam dan buat urutan. Badan pun
kembali sihat, dengan izin allah. Eh, aku sungguh tak perasan sebenarnya aku
berbekam pada hari Jumaat. Iaitu di mana hari yang baik penghulu segala hari. Dan ikut juga sunnah
berbekam.
Yang masih mencari juru bekam dan urutan di sekitar Kuantan, boleh hubungi : 0133116300 atau klik link ; Juru bekam dan Urutan Bali Spa
Facebook : Farisyah Home Spa
Rasai Urutan Bali Spa dan bekam terus ke rumah anda! Kak Ann juga Juru bekam berpengalaman dalam bidang selama 5 tahun. Beliau juga adalah salah seorang pekerja Spa terkenal di Kuantan.
kalaulah kak ann tu ada di KL alangkah indahnya. Payah betul nak dapat tukang urut yang betul