ANCASA ROYALE,PEKAN MEMPERKENALKAN LEBIH DARI 100 SAJIAN MASAKAN TRADISIONAL KAMPUNG SEMPENA RAMADAN 2018 | Tidak lama lagi,kita bakal menyambut bulan ramadhan al-mubarak..Bermulanya pelbagai juadah dan menu iftar bakal kita bersua.Haihh..rindu betul masakan dari air tangan bonda.Lebih-lebih lagi masakan kampung.
Di dalam fikiran,sudah berfikir bermacam menu untuk berbuka.Tetapi,bagi korang yang berada jauh dari bonda dan rindukan masakan kampung.Boleh lah mencuba di Ancasa Royale,Pekan.
‘KAMPONG BOY’ TEMA KALI INI DI ANCASA ROYALE,PEKAN
| Daging Salai Masak Lemak |
PELBAGAI KUIH MUIH DI ANCASA ROYALE,PEKAN
KONSEP GERAI DAN LIVE COOKING
Mempunyai 8 gerai berhias bertemakan ‘Kampong Boy’ dengan harapan agar pelanggan dapat merasai ‘homely dining experience’ semasa berbuka puasa di sini.
Best tau,konsep begini. Dapat makan masakan betul-betul yang baru siap masak.Ooohhh..Syok weii.
| Murtabak di Ancasa Royale,pekan |
Paling rekomen murtabak.Sangat sedap..antara makanan wajib di cuba jika berada di sini.Tebal sangat murtabak kat sini..memang berpuashati dapat makan.
Mengetengahkan sajian masakan istimewa kampung hasil air tangan Chef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung,pastinya korang akan menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda.
Kat sini ada pelbagai jenis kerabu.Antaranya,Kerabu kerang,Kerabu kaki Ayam dan Kerabu betik..Piihan ina ialah Kerabu Betik .Em,sedap tau.Memang sedap dimakan sewaktu berbuka.Masam-masam sedikit rasanya.Sangat kena dengan selera ina ni…
| Tauhu sumbat |
HARGA BUFFET RAMADAN DI ANCASA ROYALE,PEKAN
DEWASA RM 68
KANAK – KANAK RM 40
Jika korang nak dapatkan harga potongan,bolehlah dengan membeli baucar sebelum 12 Mei 2018 dengan harga murah sebanyak RM 58.
| Staff yang mesra Ancasa Royale |
Keseluruhannya,Ina sangat berpuashati dengan layanan yang di berikan oleh Staff Ancasa Royale,Pekan.Dari Awal masuk dari pintu utama Hotel sehinggalah bahagian makan.Jadi,tak lah terasa blur apabila kita mahukan sesuatu.Staff juga memang tak lekang dari mengukir senyuman.
Gambar di atas itu pula,staff memakai pakaian mengikut tema iaitu ‘Kampong Boy’.
MENGENAI ANCASA HOTEL DAN RESORTS
CARA HUBUNGI ANCASA ROYALE,PEKAN PAHANG
Alamat Ancasa Royale Pekan :
No 2670, Jalan Pekan-Kuantan,26600 Pekan Pahang.
Tel: 609-424 6600
Meriahnya buffet Ramadan di Ancasa Pekan, syok tengok menu dia tu
Husni bole singgah sini nanti.. ye.
Terliur tengok Opor Daging tu. Harga buffet pun murah tu Ina