ANEKDOT : MATA ( CONTACT LENS )

 

ANEKDOT : MATA ( CONTACT LENS ) : Sedang
matahari terpacak, aku seisi keluarga keluar bagi membeli persiapan terakhir
sebelum majlis perkahwinan ku.

Masih ku
ingat, hari Ahad kejadiannya.  Aantara
ahli keluargaku yang menemani ku ialah mak, 2orang  adik perempuanku. Dan sudah tentu abah. Ya,
mana mungkin abah tak pergi. Jika tak, masakan kami boleh bergerak. Abah lah
orang penting kami saat itu. Aku masih tidak tahu memandu kereta. Penakut! Dan
juga lemah semangat. 

 

 

anekdot kehidupan- mata- zaman remaja


 

Baru sahaja
beberapa minit memasuki kereta Iswara berwarna kelabu. Kereta keluar dari
perkarangan rumah. Ku kira beberapa Langkah sahaja, tiba-tiba..

 

“Arghh!” Jerit
aku yang dalam ketakutan, bercampur baur antara panik.

 Aku menjerit tatkala yang lain sedang  berseronok dengan mood masing-masing yang
asyik bercerita plan untuk shopping. Maklumlah, awal bulan. Ada gaji masuk.

Sambung ku
lagi..

“Mak,abah.
Habislah kali ni. Majlis lagi 2 hari ni. BUTA dah mata!” Kataku dengan separuh
penyesalan.   { sambil menangis teresak }

 

Abah
memberhentikan kereta secara mengejut. Dengan muka yang PANIK!

 

Perwatakan
Abah :

 Seorang yang kelakar, Muka
ala-ala mamak
,Cepat
kesiankan orang.Slang percakapan Kelantan.

 

 “Kenapa poklang. hantu masuk ke ?”

Abah ku  dari segi percakapan agak kasar bunyinya tapi dalam
masa yang sama dia melawak sahaja.

“Bukan ( sambil
teresak-esak aku menangis ). Contact lens naik kat atas mata dah”  Atas kelopak mata dah naik. Nyaris nak lekat
diatas mata. Aduhhhh.. ( sambil sambung lagi menangis )

 

Dengan
kuasa orang yang dalam ketakutan, entah bagaimana. Aku dengan spontannya, menarik
keluar contact lens tersebut. Alhamdulillah, Berjaya dikeluarkan dengan izin
allah.

 

“Okay, mak
abah. Mata kaklang sudah OKAY. Dah tak buta. Kalau tak, entahlah nasib jadi
buta sampai bila-bila.”

 

Antara memori
yang kekal terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Sungguh! Memang kelakar.
Nasib baik tak kena cepuk dengan mak abah Ketika drama tersebut berlaku.
Hahaha..

 

 -TAMAT- 


Anekdot pendek tentang Mata. Kisah ini semasa saya berumur 24 tahun.












 

 

By Nor Azlina

Minat menulis artikel di blog dan website. Suka cabaran sebagai penulis artikel SEO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *