Mesti ada Hala Tuju sebagai Freelancer

Di zaman kini, zaman tenat. Jika nak hidup sebagai freelancer mesti ada hala tuju. Berpusu-pusu orang berusaha untuk mencari duit lebih. Halal dan haram, ramai yang tolak tepi. Setuju tak? Secara sedar atau tidak. Sebaiknya, pastikan ada hala tuju sebagai Freelancer.

google.com, pub-9710208122940552, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Dek kerana tiada hala tuju, kita mudah terikut-ikut dengan perkembangan semasa. Misalnya jadi YouTuber seperti Sugu Pavithra. Sedangkan tiada kemahiran mengenai youtube dan tidak berminat.

Tak kisah jika anda nak jadi macam siapa pun. Nak tiru siapa pun boleh. Orang kata persaingan sihat. Apa salahnya. 

Tetapi, sedarkah anda? hanya  dengan meniru corak trending semasa, anda akan penat akhirnya. Akhirnya berhenti separuh jalan dan kecewa.

Bangkitlah. Dunia sekarang, bukan boleh main-main lagi. Tiada masa untuk bermain. 

Macam mana nak Fokus hala tuju sebagai Freelancer

Fokus kemahiran

Jika anda mempunyai kemahiran sesuatu. Jadikan ia sebagai punca pendapatan anda. Iya,dengan kemahiran yang ada kita mampu menjana pendapatan. Misalnya anda minat menjahit. Tetapi tiada ilmu, pergi lah kelas belajar menjahit. Bila sudah ada ilmu, barulah mudah untuk kita melangkah ke seterusnya.

Begitu juga saya. Saya juga fokus dalam minat saya sendiri iaitu menulis. Sebenarnya saya ni sudah lama berminat dengan penulisan. Bermula dari sekolah rendah lagi. Saya mempunyai diari. Disitu tempat saya update perkembangan semasa. Diari tempat saya meluahkan rasa. 

Saya menjadi Blogger

Tahun 2016 saya mula serius menulis di dalam blog. Itu pun hanya cerita seram. Hahaha. Kelakar. Dan , cerita seram itulah ada yang berminat ingin membeli. Cerita seram dengan harga RM 30 sahaja. Masa tu cerita seram di media sosial.

Seterusnya saya serius lagi. Kali ini menulis di blog dan mula mendapat job penulisan artikel berbentuk review. Syukur sangat. Saya sehingga kini menjadi salah seorang blogger kumpulan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9).

Ghostwriter atau Penulis Upahan

Kini, saya menyambung pula mengambil upah menulis bagi pihak pelanggan. Dan itulah. Jiwa saya! Jiwa menulis saya. Seterusnya dapat menghasilkan pendapatan lumayan. Alhamdulillah! Saya seorang suri rumah sahaja. Suri rumah yang mempunyai 4  orang cahaya mata.

Saya menulis content social media, Copywriting, artikel dan menulis ebook. Hanya 4 kemahiran ini sahaja saya boleh fokus. Saya menulis berdasarkan tempahan pelanggan. 

Cara bekerja seorang Ghostwriter

Apa yang menariknya, saya menulis dengan seronok. Sebab bidang ghostwriter ni, hanya bekerja di belakang tabir sahaja. Tak perlu tonjolkan diri sangat macam blogger. Blogger kena buat video , bergambar dan nak kena  pergi ke event. Dunia ni dunia blogger. Silap hari bulan boleh jadi lupa diri, angkuh dan sombong. Nauzubillah min Zalik. Itu saya tau, bercakap pada diri sendiri.

Nampak tak  perbezaan dua bidang di situ? Saya rasa macam tak berkat duit hasil menulis. Iyalah, nak terjun dalam mana-mana bidang ni. Mesti nak kena dapat restu. Lagi-lagi saya ni sudah berkahwin. Suami izinkan, sokong sangat-sangat saya dalam bidang ghostwriter ni. Alhamdulillah, macam air rezeki ni masuk bila dapat restu tau. 

Alhamdulillah, kini saya lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir sebagai ghostwriter sahaja. 

Minat menulis

Kerap kali mendapat pertanyaan daripada pembaca, bagaimana caranya untuk serius menjadi penulis.

Jawapan saya : 

Daftar kelas berbayar. Kelas online sebagai ghostwriter. Saya pun bermula dari sini sebenarnya. Orang tak ajak saya pun. Saya sendiri rela hati memasuki kelas online ghostwriter. Saya laburkan sedikit duit.

Alhamdulillah, saya nampak jalan cerah dengan hanya menulis. Walaupun saya seorang blogger. Tetapi ilmu baru  tetap perlu dicari. Saya fikir, sampai bila nak jadi blogger. Penulisan saya ketika itu pun hancur.

Saya rasa hampir putus asa. Saya bosan, menjadi penulis semata mata menulis artikel produk. Memang tak kena dengan jiwa ini. Rasa tak mencabar bagi saya.

Dan alhamdulillah, dengan keyakinan yang saya miliki. Akhirnya berjaya jana pendapatan dengan menulis. Sebelum job 4 angka secara bulanan saya terima, Allah beri saya jadi Copywriter dulu.

Sebagai copywriter, saya dapat memiliki sebuah netbook. Iaitu dengan hasil duit upah menulis sahaja. Syukur!

Sifat keyakinan sebagai Ghoswtriter

Nampak tak disitu? Bila kita yakin. Kita mudah capai kejayaan. Kunci kejayaan seseorang adalah yakin.  Bila anda yakin, pasti berjaya! Iya, saya berhasil mendapat 4 angka pendapatan tak sampai sebulan dengan hanya menulis. Lagi beberapa nak raya, saya dapat job bulanan sebagai Content Writer di page Facebook.

Klien tersebut dalam niche Automotif.

Alhamdulillah, bersyukur sangat. Saya dapat bantu mak abah saya. Bantu tingkatkan ekonomi keluarga juga

Kesimpulan : Hala tuju sebagai Freelancer

Akhir kata, buatlah sesuatu dengan minat. Buat jangan mengikut corak trending semasa. Cuba carigali kelebihan anda untuk menghasilkan pendapatan.

Mungkin ada di sini yang berminat dengan dunia Ghostwriter? baca dulu 5 Jenis Upah Menulis yang perlu di elakkan sebagai Ghostwriter .

Bagi yang berminat untuk sertai kelas ghostwriter , klik Link ini 

>> https://bit.ly/3eZVtc3

By Nor Azlina

Minat menulis artikel di blog dan website. Suka cabaran sebagai penulis artikel SEO.

3 thoughts on “Mesti ada Hala Tuju sebagai Freelancer”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *