Patutlah orang kata nak beraya, emas perhiasan ni penting. Nasib baiklah boleh buyback emas. Akhirnya dapat juga merasa barangan kemas yang baharu untuk dipakai raya. Semuanya bermula daripada suami yang marahkan saya sebab rantai kahwin dan cincin tunang tidak dipakai lebih kurang hampir 2 tahun. Kalau tidak kerana suami, mungkin tiada 2 unit rantai tangan anak-anak , rantai leher saya serta rantai.
Minggu pertama berpuasa. Suami membebel pada saya, menyoal lagi mana saya letak rantai dan cincin. Dengan tenang aje saya cakap tidak tahu. Seingat saya, semua barangan kemas dah tanggalkan simpan dalam almari. Tapi. itulah memori saya setakat itu aje.
Boleh baca : Cerita raya di Temerloh
Operasi mencari barangan kemas
Lebih kurang jam 10 pagi, hari Jumaat. Suami mulakan operasi mencari barangan kemas . Dia lah memanjat dengan tangga lipat. Geledah almari 8 kaki tinggi pakaian, puas mencari. Namun gagal! marah dan terkilan katanya sebab saya tidak pandai menjaga barangan berharga. Terdiam kejap saya. Hanya akur aje saya.
Suami stress, dia keluar sekejap. Lalu anak istimewa saya. Arif Furqan yang sambung mencari. Dia yang panjat tangga lipat. Walaupun saya kurus, tapi gayat nak panjat tangga. Jadi, anak yang tawarkan diri dia. Katanya lagi, nak mama cantik raya ni.
Nak mama cantik!
Disebabkan nak mama cantik raya kali ini. Anak istimewa saya, iaitu anak nombor 3. Dia bersungguh mencari sehingga jumpa.
“Mama, ni beg duit. Banyak duitlah dalam ni.” sambil dia hulurkan beg kepada saya.
“Oh, tu bukan! ada duit raya dalam tu untuk sedekah nanti.” Cepat saya ambil pada anak tadi. Rasa macam nak buka jenguk.
“Ya Allah! cincin dan rantai mama yang hilang ni. Macam mana ada kat sini pula? kan beg ni mama pegang semalam untuk masukkan duit sampul raya dalam ni.
Saya peluk erat dan cium kepala Arif Furqan. Banyak kali saya ucapkan terima kasih kepada anak. Air mukanya jelas terlihat tersenyum bangga.
Terus ke kedai emas
Masya-Allah. Keesokannya, saya ke kedai emas sekitar Kuantan. Dengan harapan nak jual cincin tunang yang ketat ni. Sungguh! dengan ketatnya. Rantai leher pula saya memang tidak mahu guna dah. Ini kerana alergik dengan pattern rantai tersebut. Rasa tercucuk cucuk leher saya ni. Bila umur dah menginjak, ada aje yang alergik.
Suami saya terkejut bila beritahu nak ke kedai emas. Tambah lagi, dengan ekonomi keluarga saya sedang tidak stabil.
Korang yang masih blur tentang emas. Ada 3 harga berbeza bagi pembelian emas di kedai. Iaitu Harga emas terkini, emas Trade In, dan emas Buyback.
Dalam cerita saya, ialah buyback. Iaitu saya akan jual pada kedai emas. Kemudian saya akan ambil emas perhiasan yang baharu tanpa perlu menambah duit saya.
Kedai emas di Kuantan , Jalan Mahkota
Korang nak tahu tak, bab emas saya memang tiada ilmu. Tiba di kedai emas saya bersama keluarga kecil. Terus saya keluarkan cincin tunang . Dibeli sekitar tahun 2010 . Cincin bertatahkan berlian.
Tunjuk kepada penjual. Kata saya nak jual terus. Itu pun sebab dah tak nak pakai lagi, ketat di jari. Penjual nasihatkan supaya resize aje cincin. Terkejut kejap. Sebab kami tiada duit langsung.
Kata penjual lagi, kalau nak dijual. Sangat rugi, perlu kikis batu belian semua dan akhirnya nipis emas yang dapat nanti. Terus saya batalkan hasrat. Pakai juga lah walau ketat dijari. Haha.
Rantai tangan baby
Dah lama simpan rantai gelang ni. Hanya pakai beberapa kali oleh anak sulung semasa baby. Kemudian, rantai tangan kemek love gantung dan patah cangkuk. Dari tahun 2012 dibeli rantai tangan, akhirnya tahun 2026 baru dijual.
Cuba korang bayangkan, banyak sangat naik emas. Entah macam mana, langsung saya tidak terfikir pun nak upgrade rantai tangan anak semasa berduit. Buta emas saya dan suami . Kami hanya nampak Tabung Haji untuk masa depan anak-anak.
Rantai tangan anak saya ni, nampak kecil. Tapi bila pegang rasa padat. Bila timbang di kedai emas, 9 gram juga. Dalam masa sama, suami dan saya tekan kalkulator pada smartphone masing-masing.
Harga Buyback emas
Kebetulan sangat, saya pergi tu emas tengah mahal. Harga buyback emas RM 590 segram. Kami laki bini pun terkejut. Terus saya cakap pada penjual tadi nak jual. Hahaha.
Terus panggil anak dara saya 2 orang ni datang ke meja pilih rantai tangan. Sementara itu, suami tengokkan 3 anak lelaki saya yang lain. Suka tengok anak-anak happy.
Masya-Allah. Maknanya dengan harga 9 gram di tahun 2026, saya boleh dapat gelang seutas lagi. Masya-Allah.
Dalam kami kesusahan, Allah bagi rezeki ikut lain. Dah lah bulan April 2026 iaitu bulan depan ada kenduri kahwin sebelah suami. Jujur saya cakap, suami malu dan rasa gagal bila anak-anak dan isterinya tiada barangan kemas pada badan. Sedih kan korang?
Harga emas semasa pada 8 March RM 636 segram. Manakala, buyback emas RM 590 segram.
Feeling anak-anak beli rantai tangan
Sungguh! selama perkahwinan 15 tahun. Ini kali pertama belikan anak-anak perempuan emas. Beli rantai tangan anak-anak pun tanpa perlu tambah duit. Itu yang best.
Sara suka yang simple, tapi padu. Harga pun dua ribu lebih seutas rantai tangan ya. Dia pilih ada loceng. Manakala, Soffea pilih clover love. Cantik juga. Seingat saya, ni design terbaharu.
Semasa penjual kata harga lima ribu lebih untuk buyback rantai tangan 9 gram tadi, mata suami nak terkeluar. Hahaha. Ini moment kelakar suami, baru dia tahu penangan emas tu naik bila simpan lama.
Mungkin ada hikmahnya, saya tidak sentuh langsung rantai tangan anak dari dulu. Kalau tidak, mesti rugi banyak.
Rantai kahwin Tak laku!
Selepas selesai rantai tangan anak-anak. Saya keluarkan rantai perkahwinan pula. Kata saya dah puas pakai rantai ni. Tambah lagi, rantai ni buat saya alergik di leher. Tercucuk aje sehinggakan leher saya jadi ruam dan melecet.
Korang bayangkan, saya risau rantai leher tak laku. Rantai leher saya design ada emas putih. Risau kena kikis tinggal berapa je beratnya. Sama seperti cincin tadi. Mujur tidak ye. Syukur sangat. Ada rezeki saya.
Penjual cadangkan saya tinggalkan separuh untuk jadikan gelang tangan. Saya tak nak! dah puas pakai kan. Jadi saya jual terus!
Berat rantai leher perkahwinan
Sejak kahwin, memang saya tidak tahu berapa nilai rantai leher dan beratnya. Kata suami nak surprise kan saya. Akhirnya, surat beli tu hilang.
Bila penjual timbang depan saya, nampak angka berat rantai tu naik. Lalu penjual tekan kalkulator tunjukkan pada kami suami isteri berat sebenar rantai.
“Bila beli rantai ni?” soal penjual emas.
“Akhir tahun 2010, berat dan harga tak ingat.” kata suami.
“Awak tau ke berapa nilai sekarang?” penjual ni senyum.
Terpinga-pinga kami suami isteri. Antara takut, risau bercampur baur.
Dia tekan kalkulator, lalu tunjukkan pada kami suami isteri. Maklumlah, sekeliling kami ada juga pelanggan lain. Risau ada yang pasang telinga.
Kami suami isteri terkejut. Berat 31.xxx gram rantai leher. Ikutkan saya nak ambil serba satu. Iaitu rantai leher, rantai tangan dan sebentuk cincin. Tapi itulah, sedar diri. Suami bisik kat telinga, Cash nak juga di tangan.
Pilih rantai tangan dan rantai leher
Mujurlah saya dah cuci mata di Tiktok. Segala patter yang saya berkenan dah screenshot. Laju mata saya mencari rantai tangan dan leher.
Walaupun tiada pattern yang saya mahukan. Tapi ada hampir sama. Rantai tangan jenis Paper clip yang jadi pilihan. Nampak nipis, tapi dah mahal. Maklumlah emas dah mahal. Rantai tangan paling murah yang saya berkenan pun lima ribu.
Dari dulu juga minat love gantung, tak dapat love kembung. Yang nipis pun boleh. Korang nak tahu, dulu saya ada rantai tangan dan cincin belah rotan. Tapi itulah, tiada rezeki. Gatal jual, lepas tu tak mampu nak beli baru. Yang tu lagi tebal, kalau jual mesti dah cecah sepuluh ribu. Cincin dua ribu kot.
Rantai leher pula saya pilih jenis simple. Tak tebal. Nak beli yang jenis pintal padu, kena tambah duit sebanyak 3 ribu pula. Jadi ambil mana yang cukup duit. Ikutkan suami, dia nak saya beli rantai leher padu. Tapi nanti tak dapatlah saya pakai rantai tangan kan?
Kesimpulan : Rezeki dari Buyback emas yang tidak disangka
Boleh dikatakan semua ni rezeki tidak disangka juga. Bila Allah gerakkan hati manusia untuk bertindak. Maka, terjadilah. Bismillahi Masya-Allah. Anak-anak perempuan saya happy dan juga saya. Begitu juga dengan suami. Dia tak gagal sebenarnya. Kami masih boleh beraya dan pergi kenduri sebelah suami dengan aman.
Ada lebihan itu lah buat belanja raya. Akan datang, cari pula yang lain. Insya-Allah.
Buyback emas di kedai muslim. Ada lafaz akad. Tuan kedai juga berikan anak-anak saya duit raya. Terima kasih tuan kedai. Kedai Emas An-Nur, berada berdekatan Balai Polis Kuantan.
Tidak menjadi kerugian bila mempunyai simpanan emas walaupun sedikit. Yang pasti, ada untuk kelangsungan sewaktu sesak. Syukur! selebihnya sedekah duit raya untuk tetamu, mak abah, dan anak-anak.
Kenapa perlu review bisnes di blog penulis?