Ohhh,semakin hari.Semakin tak berkeyakinan pula Ina ni haa..Aduhhh! Stress sedikit.Ohhh,ho.. Usia semakin menginjak ni.Kulit wajah pula semakin mempunyai masalah.Jerawat tu tidaklah,mungkin ini salah satu kebaikan bagi mereka yang mempunyai kulit sawo matang seperti ina.Jerawat susah nak hinggap.Tetapi masalah kulit yang semakin hari pigmentasi kulit semakin menjadi-jadi.Dengan liang pori wajah yang semakin terbuka luas ni.Adeiiii..
Liang Pori Wajah Terbuka
Liang pori terbuka adalah disebabkan faktor usia.Ini apa yang Ina perhatikan pada diri ina sendiri.Jika dahulu,sekitar umur belasan tahun dan sekitar 20-an,langsung ina tiada masalah ni tau.Sejak akhir-akhir ini,semenjak memasuki 3 series.Semakin menjadi masalah liang pori terbuka ni.Di sekitar tepi kawasan hidung dan semakin merebak ke pipi.Nak meraung tau,bila perasan akan masalah ini.
Bagi masalah tersebut ina dengan beraninya mencuba satu produk yang didatangkan khas dari Korea iaitu Dear,Klairs.Alhamdulillah.Nampak sedikit perubahan pada wajah ina.Yang paling penting,kulit ina jadi lembut dan lembab serta bangun keesokan paginya tidak berminyak.Hahhh,kulit ina ni cerewet sedikit dengan mana-mana skincare.Kadang tu,dah sesuai tetapi keesokan harinya dah berminyak jadinya kulit.Tetapi dengan Dear,Klairs ni.Kulit ina takde masalah untuk menggunakan terus.
Dear,Klairs
SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER
Yang paling best Dear,Klairs ni ialah Supple Preparation Facial Toner yang mana ia bertindak secara lembut dengan mengimbangi PH kulit kita.Maksudnya tak mengeringkan kulit..lagi menyihatkan kulit wajah.Jadi yang mana kulit kusam memang sesuai sangat guna Supple Preparation Facial Toner ni. Dan satu lagi kehebatan Toner in ialah ia dapat membantu menyerap keberkesanan produk.
1st time apply kat muka ina itu hari,rasa sejuk je.Tak pedih kulit.Sebab sesetengah produk toner yang bau tengik dan memedihkan kulit wajah.Hahhh! Tetapi dari Dear,Klairs TIDAK!
Cara Menggunakan Supple Preparation Facial Toner
1. Basuh Wajah sebersihnya
2. Gunakan Toner Mate 2 In 1 Cotton Pad dari Dear,Klairs.Serta titiskan 3-5 titis sahaja.
3. Dap-dapkan Cotton pad tadi yang berisi titisan Toner tersebut ke wajah.
4. Sapu rata ke wajah sehingga terasa wajah bersih.Rasai kesegaran toner tersebut. Ina sapu Toner tersebut di mata,dahi,hidung dan part yang bermasalah tu..,memang ina sapu lama-lama.. syokkk.
(Errr,bila sapu toner ni.Seolah berada di spa pula.Hhihihi..Rasa ketenangan tu..)
Okay,selepas Ina gunakan Toner.Sambung Step seterusnya pula iaitu Midnight Blue Youth Activating Drop
uish bagusnya produk klairs ni
bestnyer produk nii..